Karnival Gemar - Hijabku, kebanggaan agamaku diserikan dengan kedatangan artis/selebriti Diana Amir yang mempunyai aura tarikannya yang tersendiri. Artis muda ini membawa aura positif kepada anak-anak remaja dengan perkongsian penghijrahan beliau. Ada nada sebak di dalam penyampaian Diana Amir, sehinggakan saya yang mendengarnya juga bergenang airmata. Betapa hidayah Allah itu sangat berharga kepada insan yang bernama Diana Amir ini.
Memang benarlah kata-kata panel forum yang menitik-beratkan peri pentingnya sahabat yang baik untuk mendorong kearah kebaikan mengikut syariat. Doa orang di sekeliling juga dapat menjadi pendorong ke arah perubahan yang lebih baik.
|
bicara santai |
|
dialog meja bulat |
|
singgah membeli cd |
|
terima kasih kerana mempromosikan jualan amal yang kami anjurkan |
Kami masih membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan baju labuh muslimah dengan hanya RM25. Setiap pembelian, RM5 akan disalurkan ke dalam Tabung pembinaan pusat dialisis Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah yang masih memerlukan lebih kurang RM500K untuk pembelian alatan mesin dialisis. Atau, setiap pembelian, kemudian sumbangkan baju tersebut kepada NGO Wargakilang (WK) yang akan memberikan baju-baju tersebut kepada keluarga yang kurang berkemampuan melalui 'Jalan-jalan Masuk Kg' yang mereka anjurkan (kami sudah mendapat kebenaran menggunakan nama WK untuk tujuan ini). Kunjungi gerai No.4, Bazar Wakaf Rakyat, Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas.