Tuesday, June 5

Kuala Terengganu

Kami tiba di Felda Residence, Kuala Terengganu bersama hujan yang mencurah-curah.  Hujan membataskan hasrat kami untuk mengunjungi Water Front berhampiran hotel yang dipenuhi lampu seperti i-city.  Sudahnya, kami hanya bersiar-siar di dalam kereta sambil mencari tempat makan yang sesuai pada malam itu.
Waterfront yang nampak cantik pada waktu malam

China town



Taman Tamaddun Islam

Pintu masuk taman monumen

moden dan lama

Bayaran masuk : RM15/dewasa, RM8/kanak-kanak@warga emas.  Kami mengambil pakej keluarga, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, RM35 sahaja dan mendapat 'pasport' untuk menjelajah ke 21 negara.






pilih saja dengan RM...
Kami berjalan saja mengelilingi taman itu, lebih kurang sejam masa diambil untuk menghabiskan kesemua monumen yang ada.  Berpeluh-peluh juga dibuatnya.  Pengunjung juga boleh menaiki tram  atau buggy yang disediakan dengan sedikit bayaran dan berhenti di setiap monumen yang ada.



Mari kita lihat replika masjid di 21 negara.  Opps... Masjid Negara sendiri tidak diambil gambarnya sebab sudah biasa.
Kudus Minar, Indonesia

Pattani Central Mosque, Thailand

Sultan Mosque, Singapore

Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei

Taj Mahal, Agra, India

Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan

Ketika tiba di Kubah As-Sakhrah, hiasan dalaman dibuat seperti masjid sebenar (tidak dibenarkan mengambil gambar).  Hati berbaur walaupun berada di dalam replika masjid berkenaan.  Andainya dapat saya menjejakkan kaki ke tempat sebenar, melihat batu tergantung itu...

Kubah As-Sakhrah, Baitul Muqaddis, Palestin

Great Mosque of Samarra, Iraq

Sheikh Lutfallah Mosque, Iran

Abu Nasr Parsa, Afganistan

Satu lagi tempat yang dipasang impian untuk ke sana.  InsyaAllah, satu hari nanti...

Al-Haram Mosque, Makkah, Saudi Arabia

Aleppo Citadel, Syria

Mosque of Mohamed Ali, Egypt

Sempatkah saya ke masjid ini?

Nabawi Mosque, Madinah, Saudi Arabia

Suleyman Mosque, Turkey

Great Mosque of Qairawan, Tunisia

The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain

Kalyan Minaret, Uzbekistan

Great Mosque of Agadez, Niger

Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia

Xian Mosque, China

TTI Waterwheel

Dari pemerhatian saya, ada bangunan yang kelihatan seperti tidak terjaga walaupun TTI agak baru juga dibuka kepada umum.  Agaknya faktor cuaca atau mutu bahan binaan yang digunakan menyebabkan bangunan-bangunan ini cepat lusuh.  


selesai!


B'Beteng

Makanan yang disaji agak mahal dengan rasa yang biasa-biasa saja tetapi tempatnya santai di tepi Sungai Terengganu.

nasi goreng padprik - RM8

nasi lemak - RM5.50

nasi beriani - RM8

Destinasi terakhir, Masjid Kristal.  Ketika kami sampai, ada program cuti sekolah yang sedang berlangsung di masjid itu.   



phew... entri yang paling panjang

bersambung - destinasi terakhir, Kuantan

2 comments:

  1. dah pi..memang mahal..kami minum..hujan renyai2 pula masa tu...

    BTW klana resort di seremban bukan PD. PD kalu try tiara beach resort..kolam mandi seronok utk anak2 ala2 karnival sikit ada sotong besar..ada slide bentuk haiwan...harga goverment rasanya murah. manager in charge kalau x tukar ex student uitm s.a yg aku tak kenal. ada apt sebilik, 2 bilik. nanti aku post cite di seremban n PD. bole la masuk lam agenda kalu nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh... yang kolam asing tu klana beach resort di PD owned by Majlis Agama Islam N9... ada tengok gambar di web orang lain, kolamnya diasingkan oleh tembok dinding ada pancutan air.

      Dah pernah bermalam di Tiara Beach resort dalam perjalanan balik dari Melaka, tak berapa nak seronok, pasir masuk dalam kolam.

      Ok, tunggu cerita percutian di selatan, nanti boleh masuk agenda... mungkin nak cuba klana beach resort nanti.

      Delete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin