Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

Friday, April 3

اَلْعَقْلُ السَّلِيْمِ فِي الْجِسْمِ السَّلِيْم - Vision Park, Kepala Batas

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Pepatah arab menyebut - اَلْعَقْلُ السَّلِيْمِ فِي الْجِسْمِ السَّلِيْم  - Akal yang sihat dari tubuh yang sihat.  Sekali-sekala dapat meregangkan urat terasa ringan tubuh badan.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah   bersabda "Orang mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan suatu yang berguna (di dunia dan di akhirat), hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah yakni putus harapan atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu  janganlah berkata, “Andainya aku berbuat demikian tentu akan menjadi begini dan begitu.” Akan tetapi katakanlah, “Ini adalah takdir Allah SWT dan Allah sekehendaknya.” Sesungguhnya perkataan “andainya” (lau) hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.” - sumber

Aktiviti sampingan sambil beriadah di Vision Park, Kepala Batas ini...
Masjid Abdullah Fahim


Masjid, bulan dan layang-layang...

Terima kasih pihak yang bertanggungjawab merealisasikan taman rekreasi seperti ini untuk beriadah. Sedikit ulasan yang dapat diberikan setelah beberapa kali berkunjung ke sini :-


Kelebihan :

  • Kawasan riadah yang sesuai untuk seisi keluarga dengan pemandangan tasik, masjid dan pelbagai kemudahan seperti trek jogging, batu refleksologi kaki, taman permainan untuk anak-anak serta alatan senaman.  

Kelemahan/kekurangan :

  • Apa yang diperhatikan, kurangnya sikap keprihatinan pengunjung ke situ yang meninggalkan sampah seperti bekas minuman, plastik bungkusan minuman dan makanan. 
  • Tong sampah yang disediakan juga terhad
  • Sikap sesetengah pengguna yang menaiki motorsikal di trek jogging dan membawa motorsikal di kawasan wakaf yang dilihat sedikit mengganggu pengunjung taman yang ingin beriadah.

Penambahbaikan :

  • Lebih banyak tong sampah dapat disediakan untuk pengunjung
  • Lebih banyak kerusi atau wakaf untuk berehat

Sunday, October 19

"Made in Penang Interactive Museum"

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Setengah hari meluangkan masa untuk bersiar-siar di sekitar Pulau Pinang dengan bersantai menaiki feri. 

Pulau Payar...Pulau Payar... boleh bergerak sekarang

Sedikit 'jakun' apabila mengetahui di bahagian atas yang boleh dinaiki kenderaan sebelum ini berkongsi dengan penumpang jalan kaki! :D 


tingkat atas Pulau Payar


Ketika di atas feri, saya melihat si dia mengintai-intai di sebalik lubang feri.  Rupanya ini yang diintainya :)




feri yang sedang berlabuh

merenung jauh ke hadapan

Selamat datang ke Pulau Mutiara



Made in Penang Interactive Museum ini adalah muzium 3D yang pertama di Pulau Pinang yang memaparkan lukisan 3D yang memaparkan pelbagai aspek tiga etnik utama di Pulau Pinang. 


Lokasi : No. 3, Pengkalan Weld, Georgetown, Pulau Pinang (lebih kurang 300 meter dari Jeti)
Waktu operasi : 9pg - 6ptg 
Bayaran Masuk : RM30 (bukan warganegara) / RM15 (warganegara) - dewasa / RM10 - kanak-kanak


Tiket ini boleh digunakan untuk sesi interaktif serta disediakan untuk dikitar semula menjadi penanda buku.  Save the earth!
Jika ingin ke sana, pastikan bateri kamera sudah dicas sepenuhnya. Inilah yang terjadi kepada kami, ada gambar yang tidak dapat diabadikan disebabkan itu! :D Kamera pengganti, tablet juga bermasalah.. hahaha.. pakej serentak!  

akuarium

gotong-royong memindahkan rumah

feeding the monkey

cocoon

red hole!



love the parrots


how many likes will you give?

memanjat saja kerjanya! :D

3D interaktif
beginilah rupanya




naga dari tikar mengkuang?

mari bertukang...

kuci-kuci kuch hota hai :)

aiyoo...


hot, spicy and burning tomyam!



aww... muda lagi cek...

henna decorator anyone...

make-up artist pula..

getaran jiwaaaaa.....

shhhhh....


api...api...

3D interaktif menggunakan tiket - feri berlayar

ambik kau!

sian cik penyu...


durian anyone?

HELP!!!!  :D


slurrppp... yummy

satu..dua..tiga..tarik!

gimme the big one, please

siapa pemenangnya?

Penang authentic!

mirror mirror on the wall... who's the fattest among them all.. opps :)

Ini sebahagian gambar yang sempat diabadikan sebelum kamera kaputt.  Terdapat juga miniature permainan tradisional, makanan tradisi masyarakat di Pulau Pinang ini sebelum melangkah keluar dari muzium interaktif ini.

Tips : 
1. Bersabarlah mengambil giliran jika pengunjungnya ramai.  Bertimbang rasalah untuk memberi laluan kepada pengunjung lain merakamkan kenangan di lukisan-lukisan 3D yang ada.
2. Panduan di mana jurukamera perlu berdiri untuk mengoptimakan kesan 3D pada lukisan ada disertakan di lantai.  


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin