Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.
Kisah sebulan yang lalu sewaktu dalam perjalanan ke Melaka. Kami mencari-cari lokasi tarikan pelancong ketika di dalam perjalanan menuju ke Ayer Keroh. Memandangkan masih awal pagi, kami melencong keluar tol Seremban untuk mengikut jalan lama, mudah-mudahan dapat ke tempat tersebut :)
dari laman web ini |
Teringat seorang sahabat pernah ke Muzium Lukut, apa lagi, jomlah kita ke sana
jom kita memanjat untuk ke Kota Lukut |
klik untuk besarkan imej |
Menurut sejarahnya, Kota Lukut telah dibina oleh Raja Jumaat bin Raja Jaafar pada tahun 1847 di atas Bukit Gajah Mati a.k.a Bukit Raja. Selanjutnya silalah baca di imej berkenaan :D Di sekeliling kotanya digali parit besar untuk mengelak dari musuh. Inilah jambatannya.
menara pemerhatian |
telaga Di Raja |
pelan kedudukan Kota Lukut |
Selesai menjelajah Kota Lukut untuk beberapa minit, bergerak ke bahagian muzium Lukut.
di bahagian luar muzium |
Tiada bayaran dikenakan untuk memasuki muzium. Cumanya, tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di dalam muzium.
muzium |
meriam Raja Jumaat |
Teruja juga sekali-sekala dapat mengetahui sejarah silam kewujudan sesebuah kota itu :)