buah salak |
dalam keterpaksaan untuk menghabiskan buah salak |
Makan tengahari di Restoren Daun Pisang bersebelahan dengan Sek Keb Tengku Mahmud. Ayam berempahnya biasa-biasa saja kerana pernah merasa yang lebih sedap dari ini.
nasi kukus ayam berempah |
Sebelum makan malam, cari dulu makanan alas perut. Maka bertemulah dengan kuih ini buat pertama kalinya. Apabila ditanya pada pak cik ini, katanya kuih Klate. Ooo... ingatkan kuih Terengganu kerana dijual di Terengganu :D
Malu pula untuk mengambil gambar cara pembuatannya. Rugi rasanya :) . Rasa kuih manja ini seperti apam balik kecuali intinya adalah sekaya.
Hari berikutnya, kami meronda-ronda untuk mencari kuih ini (keinginan adik), malangnya tidak berjumpa.
Masjid Hadhari di Bandar Jerteh, dibina pada tahun 2005.
Hari berikutnya, kami meronda-ronda untuk mencari kuih ini (keinginan adik), malangnya tidak berjumpa.
Setelah bertanyakan pak cik google di mana lokasi makan yang terkenal di Besut, ini yang diberikan - Zul Ikan Bakar, bersebelahan jambatan Kuala Besut. Restorennya dibuka jam 8.00mlm - 2pg. Beberapa kali kami 'saie' berulang-alik sepanjang jalan Kuala Besut - Kem Damai Beach Resort - Jalan Sekolah Nasiruddin (homestay) sehinggalah restoren ini dibuka.
Sotong goreng tepungnya berminyak dan sedikit liat berbanding sotong goreng di Telok Tempoyak (the best). Harga sepinggan (1 set) RM7.
sotong goreng tepung |
Ikan bakarnya sedap! Rempahnya dibungkus bersama daun pisang di dalam aluminium foil dan dibakar di atas pembakar. Kata en suami, setanding dengan ikan bakar di Telok Tempoyak, 2nd best!
Ketika kami sampai tepat jam 8 malam, kereta baru 2,3 buah, tetapi selepas itu, meja dipenuhi oleh pelanggan lain.
model Zul Ikan Bakar :) |
Masjid Hadhari di Bandar Jerteh, dibina pada tahun 2005.
Masjid Ulul Albab @ Masjid Kayu di Seberang Jerteh ini menjadi tarikan kami ketika tiba di daerah Besut. Binaan ala-ala rumah kampung ini dirasmikan pada 24 Februari 2012 mengambil contoh senibina Masjid Kg Laut Tumpat. Tercapai juga hasrat untuk bersolat di masjid ini ketika di dalam perjalanan pulang ke P.Pinang.