Sunday, October 23

Hadiah kecil (mood : kraftangan)

Adik semakin hampir menamatkan persekolahan tadikanya.  Mulai tahun hadapan, insyaAllah, kakak juga akan berpindah ke sekolah berhampiran rumah dan tidak akan transit di pusat jagaan itu lagi.  Saya sudah menyediakan hadiah kecil yang tidak begitu mahal untuk cikgu-cikgu mereka (harap-harap mereka sudi menerimanya) sebagai hadiah kerana mereka telah mendidik dan mengasuh anak-anak saya seharian sewaktu saya bekerja.
  



pin/brooch comel untuk cikgu adik dan kakak

Saya mencuba untuk membuat kotak kecil sendiri dengan bahan-bahan yang tersedia dengan panduan yang diberikan oleh carian google (saya google "how to make paper box").  Ada beberapa cara untuk membuat kotak, antaranya lipatan kertas (origami) atau secara teknik lipat, gunting dan lekat.  Saya mencuba secara origami, untuk kertas yang nipis, tidak menjadi masalah, tetapi apabila melibatkan kertas tebal, hasilnya tidak kemas.

Hasil yang saya buat ini menggunakan kertas special  yang berkilat 230gm secara gunting lekat.  Walaupun tidak berapa kemas seperti yang dibeli, tetapi, memadailah untuk pertama kali mencuba.  Saya mencuba juga dengan kertas 200gm, hasilnya tidak berapa memuaskan hati.  Untuk membuat kotak, jika boleh, gunakan kertas tebal atau 'mounting board' yang lebih keras.  Cumanya, akan menghadapi masalah untuk melipat jika ianya terlalu tebal.

kotak yang dibuat sendiri

Ada juga template yang sedia ada yang lebih mudah.  Kita hanya perlu gunting mengikut garis panduan yang diberi.


beli vs buat


Yang ini paper tray yang menggunakan template yang sedia ada.  Yang ini juga menggunakan kertas 230gm untuk kelihatan lebih kemas.  Saiz tapak paper tray ini hanyalah 4cm x 4cm saja.




Mood kraftangan ini... jika datang, layankan sajalah...

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin