Penanda buku ini adalah untuk mereka yang mendapat markah tertinggi di dalam ujian matematik baru-baru ini. Saya hasilkannya sendiri hasil dari 'bantuan' encik Publisher yang telah menyediakan template untuk penanda buku. Hasil pencarian untuk kata-kata, saya memilih ungkapan al-hadith (klik di sini) untuk diletakkan di hadapan dan di belakang penanda buku tersebut.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah".
Dari Abu Hurairah r.a, dari Rasulullah s.a.w sabdanya: "Sedekah tidak akan mengurangi harta seseorang. Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya. Dan seorang yang tawadhuk (merendahkan diri) kepada Allah, makan Allah menaikkan darjatnya."
Sebagai kemasan terakhir, saya laminate kan penanda buku tersebut. Semoga yang bakal mendapatnya nanti beroleh manfaat dari hasil saya yang tidak seberapa ini.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?