Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Friday, October 28

Hijrah

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Ceramah oleh Ustaz Elyas Ismail
26 Oktober 2016


Intipati ceramah:

Berhijrah-berjaya.

  • Hijrah bukan hanya bersifat sirah sahaja, tetapi hijrah yang sentiasa berkembang sepanjang zaman.
  • Hijrah bukan hanya berubah (change) tetapi ada kemajuan (progress). Menghijrahkan diri untuk lebih dekat kepada Allah.


Kenapa tak nak berhijrah? kerana 'bajet bagus'

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ
Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". Al-araf : 12

Perangai iblis tak mahu sujud pada nabi Adam a.s sebab dirasakan dia lagi bagus dari Adam a.s.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan. Al-Harsh : 18.

• Lihat kekurangan diri sendiri.
• Orang yang paling bermasalah adalah orang yang tidak sedar bahawa diri sendiri bermasalah.
• Selalu blame orang lain.

Untuk perbaiki diri, tanya

  1. alim ulama, 
  2. Ahli hikmah, 
  3. pasangan, 
  4. Sahabat baik.

Semasa dapat teguran, terima dengan sabar.

Langkah untuk berubah:

  • Hijrah diri sendiri - meninggalkan benda yang kita sayang ke arah yg Allah suka.  Contohnya Nabi s.a.w sayangkan makkah tetapi berhijrah ke madinah sebab Allah suruh.  Pilihan waktu subuh, sejadah atau selimut. Paling berat angkat selimut di pagi hari.
  • Hijrah dengan kesungguhan.  Dalam hidup tak ada yang mudah. Kena usaha, selebihnya Allah tolong. Semakin susah berdepan dengan cabaran.  Contoh: Maryam juga diminta untuk menggoncangkan pokok kurma sedangkan Allah mampu untuk memberikan kurma kepadanya. Begitu juga nabi Musa a.s diminta memukulkan tongkatnya di laut untuk membelah laut ketika ingin melarikan diri dari Fir'aun dan pengikutnya.
  • Hijrah dari sudut keilmuan. 

Kena update ilmu.
Dengan ilmu hidup jadi mudah. Dengan Iman hidup jadi terarah, dengan cinta hidup jadi indah.

  • Siapa ada ilmu dia pegang dunia. 
  • Musuh sekarang sangat cerdik
  • Perkasakan ilmu dan cari keberkatan

Apabila nak berubah, terdetik dalam diri tak layak jadi baik dan merasa diri tak layak untuk nasihat orang. Itu adalah kerja syaitan.



Merasa juga bergambar dengan ustaz selebriti ini bersama-sama sahabat-sahabat sejabatan :D

#ustazelyas

Rezeki Berkat

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Ceramah Integriti oleh Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz
18 Oktober 2016


Intipati ceramah:

Rezeki bukan makanan sahaja, semua yang Allah kurniakan adalah rezeki, contoh: pangkat, anak-isteri, kesihatan.

Untuk berkat dalam perkahwinan, urusan perkahwinan yang mudah dan tidak menyusahkan orang dengan mengikut sunnah nabi 

Untuk mendapat barakah dalam makanan:
1) kenapa perlu makan? 
Makan untuk hidup kerana makhluk dicipta perlu makan tidak seperti malaikat yang tidak makan

2) Apa yang nak dimakan?
Untuk nabi - makan yang baik-baik kerana nabi sememangnya makan makanan yang halal

Untuk manusia biasa - makanan halalan toyyiba
Sumber untuk beli makanan mestilah dari sumber yang halal
Yang halal jelas, yang haram jelas, yang di antaranya ada yang syubhah

Mana-mana daging yang tumbuh dari sumber makanan yang haram, maka nerakalah tempatnya.
Contoh: Duit rasuah

3) Bagaimana nak makan?

  • Nabi ﷺ takkan makan sehingga merasa lapar
  • Nabi makan tak pernah sampai kenyang 
  • Sebelum makan baca bismillah, makan dengan tangan kanan, ambil makanan yang terdekat
  • jika ada makanan yang tumpah, ambil, jika kotor, buang. Jangan biarkan jadi habuan syaitan kerana dalam makanan ada keberkatannya.
  • Yang berkat yang terkhir, dan yang terakhir adalah di jari
Cara makan mempengaruhi keberkatan rezeki

  • Pentingnya mencari nafkah yang halal, walaupun kerja halal tetapi ada penipuan, claim yang melebihi jumlah sebenar, selalu ponteng, tiada barakah di dalam rezeki.
  • Jika bertembung antara yang sunat (contohnya solat dhuha) utamakan yang wajib (bekerja) melainkan mendapat kebenaran dari ketua untuk solat dhuha, namun jangan sehingga 'mencuri' masa.
  • Jika terguna masa bekerja untuk urusan lain, ganti balik masa yang digunakan, seperti balik lambat atau datang bekerja pada waktu cuti

Sunday, January 4

International Conference on Postgraduate Education (ICPE 6)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Kisah beberapa minggu lalu pada tahun lepas, urusan ke Melaka :D .  Bertempat di UTeM inilah saya menimba ilmu dan mengasah kembali semangat untuk meneruskan perjuangan untuk ke garisan penamat.



Pertama kali menjejakkan kaki ke sini, saya terpegun melihat kampus yang luas ini.  




Sedikit pengisian untuk yang berkenaan.  Kemalasan 'tahap melampau' untuk menyalin semula apa yang disampaikan selama 1 1/2 hari program berlangsung.





Gimik perasmian conference
pembentangan poster

















Moga ada manfaatnya buat yang berkenaan.

Saturday, September 20

Perjumpaan ilmiah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

International Conference in Science and Technology : Applications in Industry and Education (ICSTIE 2014) anjuran Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Pulau Pinang telah selamat berlangsung dengan jayanya pada 17-18 September 2014.    Alhamdulillah.  Tahniah kepada rakan-rakan AJK yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan kelancaran program yang dianjurkan setiap dua tahun sekali ini.  Ini merupakan kali kelima penganjurannya sejak 2006.  


Perkongsian di persidangan akademik sebegini dapat menemukan penyelidik dari pelbagai institusi pengajian dari negeri dan negara lain dan bertukar-tukar hasil kajian di dalam bidang masing-masing. Kajian di dalam cross-disciplines sangat mengujakan.  Ternyata, ilmu Allah itu amat luas dan semakin dikaji, semakin terasa betapa kerdilnya diri ini dengan secebis ilmu yang dimiliki. 

Bacaan doa oleh SS Al-Hafiz pensyarah Matematik

perasmian oleh Prof. Dato' Dr Abu Bakar Abdul Majeed, Penolong Naib Canselor (PNC) UiTM Kampus Puncak Alam
  
Persembahan multimedia

ucaptama dari PNC

peserta conference

penceramah jemputan, Prof Dr Hamidi Abdul Aziz - USM

peserta dan penganjur bersama Rektor UiTM Pulau Pinang

Antara tips yang saya kongsikan di dalam support group untuk para ibu yang sedang menyambung pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi adalah:

Antara tips menyediakan slide pembentangan, cuba gunakan layman terms yang mudah difahami oleh peserta dari pelbagai bidang (jika conference itu pesertanya bukan dari bidang yang fokus) dan juga slide yang tidak terlalu teknikal untuk difahami.

Be confident with yourself, it is your work and you know it better. Jika ada pertanyaan, cuba jawab setenang mungkin. Jika gelabah dan kelam-kabut, semua benda yang ingat boleh jadi lupa.

 

Wednesday, February 26

Fenomena alam siber : cabaran menangani anak di zaman internet

oleh Dr Shukri Abdullah (http://www.drshukriabdullah.com)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.


Alhamdulillah.  Ramai yang hadir ke perkongsian ilmu oleh pakar motivasi yang terkenal ini.

Gambar-gambar dari facebook Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah

InshaaAllah, saya kongsi intipati yang saya perolehi dari perkongsian ilmu ini.

Pupuk anak untuk membaca.  Ilmu perlu diperolehi sebelum diberi gajet.  Tiga saluran yang boleh merosakkan anak-anak:
1. Telefon
2. TV
3. Game (internet)

Telefon, game dan tv, fahami masalah dan penyelesaiannya.

Telefon - adakah keperluan kepada budak sekolah?

1. Mudah hubungi anak?
    - berapa kerap anak berhubung dengan ibubapa?  Orang lain lebih mudah dan kerap berhubung dengan anak.

2. Kalau kecemasan?
    - di sekolah, cikgu boleh menghubungi ibubapa

3. Jika tidak diberi, tidak mahu study.
    - siapa pelakon utama?  anak atau ibubapa? Belum tentu jika dapat telefon, anak akan belajar

4. Anak orang lain semua ada.
    - jangan jadikan alasan orang ada, kita perlu ada.  Anak kita, rumah kita, kita berhak tentukannya.

5. Hadiah ujian kecemerlangan.
    - banyak lagi hadiah lagi yang boleh diberi, paling baik, buku

6. Takut ketinggalan zaman.
    - jangan rushing untuk berikan kemudahan. Dr shukri sendiri berikan telefon kepada anak-anak selepas SPM.

7. Tok/abang/kakak bagi.
   - pesan pada abang kakak supaya tidak berikan

Sebab tidak perlu:

1. tidak boleh fokus belajar dengan gangguan dari telefon
2. mudah mendapat bahan lucah di telefon
3. terdedah kepada gejala sosial
4. buang masa dengan bersms, chatting dsbnya
5. bazir wang untuk model terkini, accessories, tambah nilai
6. laluan ke video game dan kafe siber kerana asyik dengan games di telefon.

Empat pilihan untuk ibubapa:

1. langsung tidak beri telefon sehingga SPM
2. berikan telefon biasa tanpa smartphone, masih perlu kawalan
3. berikan smartphone, dengan kawalan ketat
4. status quo, biarlah dia pandai-pandai jaga diri

Video game
melalui -
1. telefon/tablet
2. komputer, notebook
3. kafe siber
4. video game system di rumah

Terdapat 2 kategori game
1. yang ada penamat
2. tiada penamat

Ada game yang menghina Islam.  Ibubapa perlu bertindak jangan biarkan anak bermain game yang menghina agama islam.

Yang mudah terpengaruh dengan games
1. lelaki
2. kanak-kanak dan remaja
3. orang yang menghadapi tekanan
4. banyak masa lapang
5. tak pandai berkawan

Anak yang sihat boleh jadi tidak sihat dengan games.  Ada yang mati kerana leka bermain games.

TV

Banyak realiti tv, drama yang melekakan dan sudah terbiasa dengan maksiat.

Tindakan ibubapa, jadi pelakon utama untuk mendidik anak.  Kunci mendidik anak:
1. Kasih sayang
2. Disiplin

Ibubapa yang penyayang tidak takut buat anak berang, sebaliknya ibubapa yang memberi semua yang diminta, bukanlah sayang namanya.

Kesimpulannya : Sakit mendisiplinkan @ sakit menyesal.  

Friday, June 28

Anekdot Madinah oleh Prof Kamil

Tarikh : 24 Jun 2013
Lokasi : UiTM Merbok, Kedah

Antara intipati tazkirah selama dua jam yang disampaikan oleh Prof Kamil, penulis buku Anekdot Madinah, Bersyukur Saat Diuji dll.

- Antara saat doa paling mustajab :

1. di sepertiga malam

Sabda Nabi SAW: “Allah SWT turun ke langit dunia pada setiap malam ketika mana berbaki sepertiga malam yang terakhir lalu berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya aku akan memakbulkan untuknya, sesiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikannya dan sesiapa yang memohon taubat kepada-Ku nescaya aku akan ampunkan dosanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi) - sumber

2. ketika berpuasa

3. doa kedua ibubapa

4. doa dari sahabat untuk sahabat yang lain tanpa diketahui yang didoakan itu

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya yang tersebut, berkatalah Malaikat yang ditugaskan untuk itu: "Aamin, dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga." (Riwayat Abu Darda') - sumber


- Ramai yang menutup aurat dengan sempurna ketika umrah/haji dengan bertudung, menutup sehingga pergelangan tangan dan berstokin, tetapi diluar waktu tersebut, tidak menjaga aurat.  Pakaian yang menutup aurat apabila pakaian tersebut boleh dibawa terus bersolat tanpa telekung (saya memetik kata-kata Prof. Muhaya "solat ready")

- Tiga tempat yang disyariatkan untuk bermusafir untuk beribadah:

1. Masjidil Haram
2. Masjid Nabawi
3. Masjidil Aqsa

- Sakit tetap perlu menjaga solat.  Yang menjaga orang sakit perlu mengingatkan yang sakit untuk bersolat.

- Saat diuji tetap mengingati Allah, bukan mengambil alasan untuk tidak beribadah kepada Allah



tazkirah

bersama penulis Aroma Antara Benua dll.

di dalam pusat Islam

di luar pusat Islam

pasangan penulis suami isteri

khas dari penulisnya :)

Sunday, March 24

English made easy...

Pembelajaran mudah untuk preposition ini telah berlegar di fb untuk beberapa ketika.  Saya sudah print dan menyerahkan kepada anak-anak untuk dilekatkan di kelas mereka.   Mudahnya pembelajaran zaman sekarang ini, pelbagai cara digunakan untuk pemahaman, cuma hendak atau tidak hendak saja :)



Sumber ini dari Guy Kawasaki yang saya perolehi dari laman ini.

Saturday, March 2

Di dalam pemeliharaan...



Kuliah dhuha, Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, 020313 / 19 Rabi'ul Akhir 1434

Allah memelihara manusia di dalam dua aspek:

1.       Diri, keluarga, hartabenda

a.       Diberi kesihatan yang baik
b.      Ahli keluarga yang baik
c.       Kenikmatan hidup yang diperolehi
                                                   i.      Malaikat hafazah – yang menjaga manusia dari sebarang kemalangan (sebelum berlaku – rasa hati) yang sentiasa bersama dengan manusia
                                                  ii.      Kiraman katibin – malaikat raqib dan atid yang menulis amalan manusia

Allah tidak maqbulkan doa manusia sebab empat perkara:

a.       Merupakan ujian kepada manusia
b.      Untuk memberi yang lebih baik dari yang dipohon
c.       Memberi pahala kepada si pemohon
d.      Memberikannya di akhirat, jika tidak dapat di dunia

2.       Agama dan iman (yang paling penting)

Cara Allah pelihara iman dan agama adalah melalui:

a.       Bertakwa kepada Allah
b.      Ikhlas di dalam segala apa yang dilakukan
c.   Buat yang sunat.  Selain sebagai menampung ibadah yang wajib ianya juga memelihara manusia dari berbuat maksiat kepada Allah
d.      Istiqamah dengan amalan yang dilakukan

“Islamkan diri ketika berdiri, ketika duduk dan ketika tidur, supaya dapat mati di dalam Islam”

 @};-

Tuesday, February 5

Memperkasakan tahun hijrah

Ketika 'menggodek-godek' sistem Windows 8 untuk membiasakan diri dengan interface yang baharu ini, barulah saya perasan yang tarikhnya boleh diubah kepada tarikh hijriah.  Betapa ketinggalannya saya, sedangkan orang lain mungkin sudah lama mengetahui tentang ini.

Caranya sangat mudah rupanya, dengan menukarkan setting ke Bahasa Melayu (Malaysia), di dalam advance setting akan terpapar skrin ini.



Paparan skrinnya begini...

klik untuk besarkan imej

Selamat mencuba...

Monday, January 7

Keunggulan Peribadi Rasullullah s.a.w - bersama Imam Muda Asyraf

Selawat dan Salam ke atas Rasul Junjungan s.a.w


Alhamdulillah... hujung minggu lalu dapat meluangkan masa menghadiri sesi bersama Imam Muda (IM) Asyraff di Surau At-Taqwa Bertam Indah.  Anak-anak teruja ingin mengambil gambar imam muda ini di sebalik tabir.  

Intipati dari penyampaiannya:
  • anak-anak perlu dididik supaya mencintai Rasul s.a.w melebihi keluarganya
  • sebanyak mana sayangnya ibubapa kepada anak-anak masih tidak setanding kasihnya Rasul kepada ummatnya
  • sesiapa yang mendengar nama Nabi dan tidak berselawat ke atasnya, maka celakalah orang itu
  • seluruh alam terasa Rahmat Nabi, bukan saja manusia, tetapi haiwan dan pokok.  Kisah unta dan pohon tamar
  • Hadis yang disampaikan oleh Nabi s.a.w. merangkumi seluruh aspek kehidupan contohnya adab membuang air dan menjaga kebersihan seluruh tubuh badan
  • Hidupkanlah sunnah dan cintailah Rasul s.a.w agar kita tergolong di kalangan orang yang diberi syafaatnya


Saturday, May 26

"R"

R-language.   Apa itu R?

R is a system for statistical computation and graphics. It provides, among other things,a programming language, high level graphics, interfaces to other languages and debugging facilities. (rujukan).

Selama 2 1/2 hari mempelajari ilmu baru ini, sarat dengan ilmu programming yang memeningkan kepala. 



Mungkin ada kegunaannya nanti di dalam bidang saya nanti.

Thursday, May 10

Fiqh wanita yang lelaki juga perlu tahu

Fiqh wanita - Kerahsiaan wanita telah disampaikan oleh Ustazah Zawiyah Hassan di kampus baru-baru ini.  Ceramah ini menjadi sesi penerangan dan perkongsian yang perlu diketahui oleh kedua-dua wanita yang bakal/sudah bergelar isteri/ibu dan juga lelaki yang bakal/sudah bergelar suami/ayah.  Perlu adanya penglibatan kaum adam di dalam isu-isu berkaitan kewanitaan kerana mereka adalah ketua dan pemimpin keluarga.  Janganlah malu dan segan wahai kaum adam untuk menyertai majlis ilmu sebegini.  


ustazah Zawiyah in action

Intipati ceramah saya letakkan di dalam diagram begini untuk rujukan mudah.  Jika perlukan penerangan lanjut berkaitan permasalahan wanita, bolehlah dirujuk kepada yang arif di dalam bidang ini.  


Saya juga baru mengetahui tentang darah 'fasad' ini.  Sedikit homework yang saya lakukan, ada penerangan ringkas oleh Ustaz Nor Amin.  

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin