Showing posts with label farwiizah. Show all posts
Showing posts with label farwiizah. Show all posts

Friday, August 3

Puasa adik...

hampir-hampir bocor puasanya hari itu...kerana dahaga.  Dia sudah memegang botol itu seawal jam 6 petang!


Adik sudah mula berjinak-jinak dengan puasa ketika di usia 5 dan 6 tahun.  Dahulu, dia berpuasa setakat termampu.  Sahur adik adalah sebelum ke tadika.  Kadang-kadang apabila dia terjaga ketika bersahur, dia akan bersahur bersama.  Puasanya selalu bertahan sehingga jam 5 - 5.30 ketika saya mengambilnya di tadika.  Kenapa begitu?  Di tadikanya, cikgu ada menyediakan makanan bagi anak-anak yang tidak berpuasa, tetapi adik malu katanya ingin makan kerana bulan puasa.

Sehingga hari ini, adik yang sudah berusia 7 tahun, tidak lagi meninggalkan puasanya.  Alhamdulillah.  Sebelum bermulanya Ramadhan, kami sudah memberitahu adik tentang puasa dan dia ingin berpuasa penuh katanya.  Kami bimbang dengan adik, kerana adik seorang yang gemar makan, mampukah dia berpuasa menahan makan dan minum untuk tempoh yang panjang.  

Hari pertama dan kedua di rumah, dia merengek lapar.  Setelah diberi galakan dan motivasi serta memuji-muji bahawa dia kuat untuk berpuasa, dapat juga bertahan sehingga tiba waktu maghrib.  Seperkara lagi yang membuatkan adik leka, saya biarkan dia bermain games di tablet saya sebagaimana saranan di dalam hadith ini:

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ar-Rubaiyyi’ binti Muawwiz bin Afra’ katanya: “Pada hari Asyura, Rasulullah SAW telah mengirimkan surat ke desa Ansar yang berada di sekitar Madinah dengan katanya: Sesiapa yang berpuasa pada pagi ini hendaklah menyempurnakan puasanya dan sesiapa yang telah berbuka iaitu makan pada pagi ini hendaklah dia juga menyempurnakannya iaitu berpuasa pada baki harinya. Selepas kejadian itu kami pun berpuasa serta menyuruh anak-anak kami yang masih kanak-kanak supaya ikut berpuasa, jika diizinkan Allah. Ketika kami berangkat menuju ke masjid, kami buatkan suatu permainan untuk anak-anak kami yang diperbuat daripada bulu biri-biri. Jika ada antara mereka yang menangis meminta makanan, kami akan berikan mainan berkenaan sehingga tiba waktu berbuka”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Petikan di sini).

Ada juga suara-suara yang berkata, anak-anak diajar berpuasa, tetapi tidak kisahkan tentang solat mereka.  Ya... solat mereka juga dijaga supaya dapat ditunaikan seiring dengan ibadah yang lain.  Mereka juga sudah dilatih bersolat sebelum umur mencecah angka tujuh.

Kisah puasa lagi di sini dan sini.

Monday, April 16

Kek sahaja...

Saya membuat kejutan untuk adik dengan membawa dua jenis kek untuk hari lahirnya.  Kek pertama, untuk menjamu kawan-kawannya di transit dan satu lagi, khusus untuk ahli keluarga.  Seronok melihat kegembiraan kawan-kawannya dapat makan kek beramai-ramai.



Ini untuk keluarga!  Dikelilingi oleh ahli keluarga.


adik dan cik

birthday girl


dengan sepupu

Friday, April 13

Selamat Hari Lahir Adik - 7 tahun



Diam tak diam, sudah 7 tahun usia adik.

Dari sekecil 2 kg sudah membesar sehingga hampir 30 kg.

Semoga adik membesar menjadi seorang muslimah yang sentiasa taatkan perintah Allah dan Rasul.

Semoga sunnah menjadi pakaian dan perisai kepada adik untuk menghadapi cabaran yang semakin getir dewasa ini.

Selamat Hari Lahir yang ke-7 Adik

Sunday, January 1

Dia semakin besar...

Tahun ini, adik melangkah ke alam persekolahan formal.  Hari orientasinya pada 28 Disember lalu dilalui dengan penuh keterujaan.  Nama adik tidak tersenarai di dalam empat buah kelas yang diperuntukkan untuk tahun 1 kerana adik baru saja mendaftar pertukaran sekolah.



"Ummi, cikgu tak marah ke adik masuk kelas lambat?", itu soalannya ketika saya berlegar-legar di hadapan pejabat sekolah menanti untuk mendaftarkan nama adik.  





Selesai sesi orientasi, adik ramah bercerita,

gambar diambil oleh kakak

"Cikgu bagi pizza kecik dengan ayaq soya.... sedap..."

"Hari ini saja cikgu bagi makanan, nanti kena bawa atau beli sendiri", saya mencelah apabila dia bercerita tentang makanan.  

Oh ya, sebelum itu, dia ada bertanyakan saya di mana kantin dan tentang makanan.  Hmm, budak montel ini sentiasa teringat makanan saja!

Semasa sesi orientasi itu, cikgu membawa murid-murid mengenali persekitaran sekolah.




"Adik buat latihan, senang kacang saja...", adik bercerita tentang aktiviti di dalam bilik darjah.

"Adik tulis nama sendiri...", dia tidak henti bercerita.  Saya menyuruhnya mengeja namanya sambil berjalan balik.

Sampai di rumah, dia teruja mengecop namanya sendiri di hadapan buku tulis.

sesi mengecop nama

Adik juga sudah dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru yang ditemuinya, katanya, kawan sebelahnya bernama Intan.  

Harap-harap semangatnya berterusan sehingga ke hujung tahun.  

Sunday, November 13

Graduan kecil

Adik sudah rasmi menamatkan alam tadikanya.  Adik yang lahir dengan seberat 2kg saja dulu kini sudah besar.   Adik yakin sekali melangkah di atas pentas di hadapan ramai ibubapa yang hadir.  Dua tiga tahun dahulu, dia pernah mengatakan dia tidak mahu berada di atas pentas nanti kerana malu ketika menyaksikan kakaknya melakukan persembahan, tetapi saya lihat, dia yang terlebih yakin! Kakak pula yang tidak menyertai mana-mana persembahan.



budak bolat!

Perarakan masuk para graduan kecil





bacaan Al-Quran oleh pelajar transit

guru besar yang berwawasan

hadiah kecemerlangan

gembira

giliran kakak pula

tempat kedua

coral speaking

hey hey... I get all A in my subjects... Really?

because of what?  Teachers la....




Video persembahan


Penyampaian sijil






kesemua 30 graduan kecil

menyanyi dengan berani







tayang hadiah

dengan kawan baik

barisan guru yang banyak berjasa... syukran ya ustaz ustazah




Tuesday, November 8

Di belakang tabir...kek lapis

Entri lama tertangguh menanti kakak saya masukkan entri kek lapisnya ke dalam blog.  Ini di belakang tabir pembikinan kek lapis yang sedap itu.  Ada chef kecil yang rajin membantu.  Kelakar melihat gelagat adik, apabila setiap kali oven berbunyi menandakan lapisannya sudah masak, dia cepat-cepat berlari untuk menengok kek itu sambil memanggil kakak saya.





lihat pipinya - seakan pipi angry bird




Thursday, August 11

Quran

Semalam adik dengan terujanya memberitahu dia sudah mula membaca 'quran besar'.  Seminggu lalu, dia memberitahu, cikgu mengalihkan bacaan ke iqra' 6 walaupun tidak menghabiskan iqra' 5.  Adik beritahu saya,  cikgu katakan adik sudah boleh membaca dengan lancar, jadi cikgu naikkan bacaan ke iqra' 6. 




Semalam sewaktu memegang quran, adik juga ingin membaca.  Dibukanya surah Al-Baqarah dan mula membaca.  Alhamdulillah, dia sudah mengenal huruf dan baris tanda bacaan.  

"Ummi, bila tanda ni kena baca panjang kan?", sambil menunjukkan ke huruf yang bertanda mad panjang.  

Sambil adik membaca, saya membetulkan bacaan tajwid adik supaya makhraj yang disebutnya betul.  Walaupun saya sendiri tidak mahir dengan tajwid lagi, tetapi insyaAllah, boleh juga menegur yang sedikit itu.  

Alhamdulillah.  terima kasih cikgu-cikgu Tadika Tahfiz Fitrah kerana mendidik anak saya.  Kredit diberikan kepada mereka kerana mereka meluangkan lebih banyak masa berbanding saya di dalam mendidik anak-anak.

Saya merancang untuk memberi hadiah kepada cikgu adik.  Kain ela barangkali?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin