Sunday, January 1

Dia semakin besar...

Tahun ini, adik melangkah ke alam persekolahan formal.  Hari orientasinya pada 28 Disember lalu dilalui dengan penuh keterujaan.  Nama adik tidak tersenarai di dalam empat buah kelas yang diperuntukkan untuk tahun 1 kerana adik baru saja mendaftar pertukaran sekolah.



"Ummi, cikgu tak marah ke adik masuk kelas lambat?", itu soalannya ketika saya berlegar-legar di hadapan pejabat sekolah menanti untuk mendaftarkan nama adik.  





Selesai sesi orientasi, adik ramah bercerita,

gambar diambil oleh kakak

"Cikgu bagi pizza kecik dengan ayaq soya.... sedap..."

"Hari ini saja cikgu bagi makanan, nanti kena bawa atau beli sendiri", saya mencelah apabila dia bercerita tentang makanan.  

Oh ya, sebelum itu, dia ada bertanyakan saya di mana kantin dan tentang makanan.  Hmm, budak montel ini sentiasa teringat makanan saja!

Semasa sesi orientasi itu, cikgu membawa murid-murid mengenali persekitaran sekolah.




"Adik buat latihan, senang kacang saja...", adik bercerita tentang aktiviti di dalam bilik darjah.

"Adik tulis nama sendiri...", dia tidak henti bercerita.  Saya menyuruhnya mengeja namanya sambil berjalan balik.

Sampai di rumah, dia teruja mengecop namanya sendiri di hadapan buku tulis.

sesi mengecop nama

Adik juga sudah dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru yang ditemuinya, katanya, kawan sebelahnya bernama Intan.  

Harap-harap semangatnya berterusan sehingga ke hujung tahun.  

2 comments:

  1. Hehehe tenang saje adik memasuki alam baru..

    berbeza dengan saya..
    hari pertama masuk darjah satu, saya meraung2 tanak berpisah dengan bapak saya...
    ganjil juga sebab saya ada basic belajar di tadika, sepatutnya dah lebih berani...

    mungkin sebab tadika dulu terletak kat belakang rumah je...kalau ada apa2 boleh cabut lari hehehe.. darjah satu saya sekolah jauh sikit dari rumah. Rumah kat Gombak dan sekolah pula terletak kat Selayang Baru..jauh tu hehehe..agak lama juga saya nak menyesuaikan diri..kalau ingatan saya masih kuat, rasaya kalau tak silap dalam seminggu juga bapak saya terpaksa ambil cuti teman saya belajar....hehehe teruk kan? anak jantan plak tu...hahaha

    ReplyDelete
  2. Dia sudah biasa ditinggalkan di nursery, bergaul dengan cikgu dan kawan, jadi tiada masalah. Saya tengok, kebanyakan budak-budak lain pun sudah ok masa orientasi, tiada yang meraung pun bila ditinggalkan.

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin