Semalam adik dengan terujanya memberitahu dia sudah mula membaca 'quran besar'. Seminggu lalu, dia memberitahu, cikgu mengalihkan bacaan ke iqra' 6 walaupun tidak menghabiskan iqra' 5. Adik beritahu saya, cikgu katakan adik sudah boleh membaca dengan lancar, jadi cikgu naikkan bacaan ke iqra' 6.
Semalam sewaktu memegang quran, adik juga ingin membaca. Dibukanya surah Al-Baqarah dan mula membaca. Alhamdulillah, dia sudah mengenal huruf dan baris tanda bacaan.
"Ummi, bila tanda ni kena baca panjang kan?", sambil menunjukkan ke huruf yang bertanda mad panjang.
Sambil adik membaca, saya membetulkan bacaan tajwid adik supaya makhraj yang disebutnya betul. Walaupun saya sendiri tidak mahir dengan tajwid lagi, tetapi insyaAllah, boleh juga menegur yang sedikit itu.
Alhamdulillah. terima kasih cikgu-cikgu Tadika Tahfiz Fitrah kerana mendidik anak saya. Kredit diberikan kepada mereka kerana mereka meluangkan lebih banyak masa berbanding saya di dalam mendidik anak-anak.
Saya merancang untuk memberi hadiah kepada cikgu adik. Kain ela barangkali?
Assalam,
ReplyDeleteIla yang tu pocket Quran with translation ke? Nampak small aje.
w'salam,
ReplyDeletek.mid, not actually. Besar sikit dari pocket quran lebih kurang 15cm x 10cm. ada lagi kecil dari tu