Showing posts with label adik. Show all posts
Showing posts with label adik. Show all posts

Monday, April 15

Dia sudah 8...


Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup dan keturunan yang menjadi penyejuk mata (penyenang hati), dan jadikanlah kami ketua bagi orang-orang yang bertaqwa." - Al-Furgan : 74


Anak bongsu ini genap 8 tahun pada 13 April yang lalu :x

Membesarlah menjadi anak yang taatkan perintah Allah dan Rasul dan jadikanlah sunnahnya sebagai amalan seharian.  

Selamat Hari Lahir Adik... We ♥♥ you

Friday, April 13

Selamat Hari Lahir Adik - 7 tahun



Diam tak diam, sudah 7 tahun usia adik.

Dari sekecil 2 kg sudah membesar sehingga hampir 30 kg.

Semoga adik membesar menjadi seorang muslimah yang sentiasa taatkan perintah Allah dan Rasul.

Semoga sunnah menjadi pakaian dan perisai kepada adik untuk menghadapi cabaran yang semakin getir dewasa ini.

Selamat Hari Lahir yang ke-7 Adik

Sunday, February 5

Mengantuk agaknya...




Selesai dia mengemas baju untuk dimasukkan ke dalam beg, saya meminta dia mengutip penyangkut baju-bajunya untuk disimpan.  Tengok-tengok... alahai, selamat tidur.

Saya suka menyakat adik, apabila dia bangun, saya menunjukkan gambar ini.  Beriya dia minta saya delete gambar ini.  Kata saya, saya ingin menyimpannya, apabila besar nanti, dia akan teringat kembali zaman kanak-kanaknya.

Monday, January 16

Sembang-sembang anak beranak


"Ummi,adik baca Alham (Al-Fatihah) saja boleh?"(dia maksudkan di dalam solat)

"Boleh", dan saya menyambung lagi, "Ok,adik suka makanan yang sedap atau biasa-biasa yang tak rasa apa?"

"Adik suka makanan sedap-sedaplah ummi"

"Ha,macam tu juga dengan solat kita.  Kalau kita baca surah,solat kita pun jadi lebih sedap.  Kalau baca Alham saja,solat kita jadi biasa-biasa saja"

Saya memberikan analogi makanan kerana adik seorang yang suka makan.  Di peringkat usia adik,mungkin dia perlukan sesuatu yang boleh dilihat atau dibandingkan.

Dulu, saya pernah ceritakan kepada mereka bahawa makanan yang dimakan hari-hari itu adalah makanan untuk badan (jasad), dan solat serta amal ibadah yang lain itu adalah makanan bagi roh.

"Adik tak larat nak baca surah lah ummi"

"Pendek-pendek pun boleh"

Tiada paksaan,tetapi Alhamdulillah,dia dapat bersolat bersekali dengan membaca surah lazim.  Masih ada beberapa tahun untuk membentuk adik supaya dapat menunaikan solat lima waktu secukupnya.

Teknik memuji

Saya masih mencuba-cuba teknik memuji untuk anak-anak begitu juga dengan pelajar-pelajar saya.  Entah betul atau tidak teknik saya itu, tetapi saya cuba adaptasikan dari pembacaan blog Puan Khairulaniza itu.

"Siapa yang dapat buang tisu di atas meja itu, dia seorang yang rajin"

Tanpa disuruh, adik bangun dan terus membuang tisu itu ke dalam plastik sampah.

"Bagus adik...adik seorang yang rajin"

Adik tersenyum-senyum.

Masih lagi di peringkat cuba-cuba.  Saya faham, teknik ini mengajar kita supaya lebih banyak sabar.  Sememangnya mendidik memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi, dan saya masih lagi belajar untuk bersabar dengan kerenah anak-anak dan juga pelajar-pelajar saya.  

As-Sabru minal iman... sabar itu separuh dari iman....

Sunday, January 1

Dia semakin besar...

Tahun ini, adik melangkah ke alam persekolahan formal.  Hari orientasinya pada 28 Disember lalu dilalui dengan penuh keterujaan.  Nama adik tidak tersenarai di dalam empat buah kelas yang diperuntukkan untuk tahun 1 kerana adik baru saja mendaftar pertukaran sekolah.



"Ummi, cikgu tak marah ke adik masuk kelas lambat?", itu soalannya ketika saya berlegar-legar di hadapan pejabat sekolah menanti untuk mendaftarkan nama adik.  





Selesai sesi orientasi, adik ramah bercerita,

gambar diambil oleh kakak

"Cikgu bagi pizza kecik dengan ayaq soya.... sedap..."

"Hari ini saja cikgu bagi makanan, nanti kena bawa atau beli sendiri", saya mencelah apabila dia bercerita tentang makanan.  

Oh ya, sebelum itu, dia ada bertanyakan saya di mana kantin dan tentang makanan.  Hmm, budak montel ini sentiasa teringat makanan saja!

Semasa sesi orientasi itu, cikgu membawa murid-murid mengenali persekitaran sekolah.




"Adik buat latihan, senang kacang saja...", adik bercerita tentang aktiviti di dalam bilik darjah.

"Adik tulis nama sendiri...", dia tidak henti bercerita.  Saya menyuruhnya mengeja namanya sambil berjalan balik.

Sampai di rumah, dia teruja mengecop namanya sendiri di hadapan buku tulis.

sesi mengecop nama

Adik juga sudah dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru yang ditemuinya, katanya, kawan sebelahnya bernama Intan.  

Harap-harap semangatnya berterusan sehingga ke hujung tahun.  

Sunday, November 13

Graduan kecil

Adik sudah rasmi menamatkan alam tadikanya.  Adik yang lahir dengan seberat 2kg saja dulu kini sudah besar.   Adik yakin sekali melangkah di atas pentas di hadapan ramai ibubapa yang hadir.  Dua tiga tahun dahulu, dia pernah mengatakan dia tidak mahu berada di atas pentas nanti kerana malu ketika menyaksikan kakaknya melakukan persembahan, tetapi saya lihat, dia yang terlebih yakin! Kakak pula yang tidak menyertai mana-mana persembahan.



budak bolat!

Perarakan masuk para graduan kecil





bacaan Al-Quran oleh pelajar transit

guru besar yang berwawasan

hadiah kecemerlangan

gembira

giliran kakak pula

tempat kedua

coral speaking

hey hey... I get all A in my subjects... Really?

because of what?  Teachers la....




Video persembahan


Penyampaian sijil






kesemua 30 graduan kecil

menyanyi dengan berani







tayang hadiah

dengan kawan baik

barisan guru yang banyak berjasa... syukran ya ustaz ustazah




Tuesday, October 11

"Study time"

Study lah kononnya... belajar sedikit saja, yang lebihnya...?  Gambar tidak penuh kerana adik terlalu seksa untuk dipaparkan.  Adik sedang berada di dalam minggu peperiksaan akhir tadikanya.  


Sunday, September 11

Aktiviti hari Sabtu

Pagi semalam, saya memanggil adik, dia diam saja.  Saya mengintai di luar.  Rupa-rupanya, dia sedang leka mengepam tayar basikalnya yang kempis.  Adik menggunakan pam yang tidak sesuai untuk basikal.  Saya mengambil gambarnya secara sembunyi di sebalik cermin pintu sliding. 





Bersungguh-sungguh benar saya lihat dia mengepam tayar basikalnya.  Rupa-rupanya, angin tidak masuk langsung ke dalam tayar.

Petangnya, selepas kami balik dari kenduri kahwin, anak-anak jiran mengintai-intai.  Dari dalam rumah, terdengar mereka memanggil-manggil "Siti...siti..." (adik).  Si kakak, Shahida sebaya adik dan adiknya Najiha, 5 tahun.  Cepat benar mereka berkawan ketika mereka baru berpindah ke sebelah rumah. 


ahli mesyuarat tembok


pakat-pakat makan kuih di tembok

Sunday, October 31

Persediaan...

Persediaan untuk persembahan graduasi tadika adik.  Ini adalah sebahagian dari lagu yang akan disampaikan oleh adik dan rakan-rakannya.

Monday, October 18

Rombongan pertama adik...

Agak susah untuk melepaskan 'anak dara' ini untuk mengikuti rombongan sekolah tadikanya.  Saya rasa, setiap ibubapa pasti merasai perasaan demikian (atau saya dan suami saja?).  Kasihan pula melihat keterujaan adik untuk mengikuti lawatan ke akuarium bersama kawan-kawan sekolahnya.  Saya meminta adik bertanyakan gurunya samada ibubapa dibenarkan turut serta di dalam rombongan itu.  Terukkan? Hehehe.  Saya meletakkan 'syarat' pada diri saya untuk tidak mengganggu aturcara lawatan.  Adik dibiarkan menaiki bas bersama guru dan kawan-kawannya dan kami akan ke tempat lawatan secara berasingan.  Adik dibiarkan bersama-sama dengan kawan-kawannya sepanjang program.  Saya boleh juga mencuba kamera  itu.   Lama juga tidak mencuba-cuba setting yang ada. (Nanti akan saya letakkan di sini beberapa gambar yang telah diambil menggunakan setting yang berlainan). 

Akuarium ini letaknya di Batu Maung di dalam kawasan penyelidikan perikanan.  Akuarium ini tidak jauh dari Muzium Perang Batu Maung.   Kawasannya tidak lah begitu luas.   Nasib kurang baik, kebetulan kawasan akuarium indoor ditutup untuk penyelenggaraan, jadi, hanya dapat bersiar di persekitaran yang memuatkan kolam ikan dan kura-kura saja yang tidak dikenakan apa-apa bayaran. 




 berbaris sebaik sampai ke akuarium




 auditorium yang mempunyai akuarium besar

 adik bersama cikgu dan kawan

 ikan yang ada di dalam akuarium besar

 adik dan kawan


 memberi ikan makan

 ikan koi


Selesai melawat akuarium, 'acara' yang paling dinanti-nantikan oleh mereka adalah aktiviti mandi di kolam air di Taman Belia.  





Ada yang tidak mahu naik setelah berendam.  Ada seorang anak ini, sesudah ditukar baju, terjun semula dengan baju dan kasut.  Mujur juga ada ibu lain yang membawa persalinan lebih, sudahnya, cikgu memakaikan baju kawannya.

 lapar, sesudah puas berendam

Tiga kali tambah si adik, dia yang terawal makan, dan antara yang terakhir sudah

Saya sangat kagum melihat kesungguhan dan kesabaran cikgu-cikgu ini menjaga dan mengawal kanak-kanak tadika.  Bukan senang kerjanya.  Hanya orang yang benar-benar sayangkan kanak-kanak boleh bertahan dengan kerja ini.

Adik berulang-ulang kali menyatakan keseronokannya dapat ke akuarium dan mandi kolam bersama kawan. 

"Nanti kita boleh pergi lagi ke kolam 'tu", saya memujuk adik kerana adik tidak puas mandi kolam di dalam tempoh tidak sampai 1 jam.

"Tapi kawan adik tak dak", jawabnya.

Begitulah keseronokan apabila bersama kawan-kawan. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin