Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Monday, April 15

Dia sudah 8...


Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup dan keturunan yang menjadi penyejuk mata (penyenang hati), dan jadikanlah kami ketua bagi orang-orang yang bertaqwa." - Al-Furgan : 74


Anak bongsu ini genap 8 tahun pada 13 April yang lalu :x

Membesarlah menjadi anak yang taatkan perintah Allah dan Rasul dan jadikanlah sunnahnya sebagai amalan seharian.  

Selamat Hari Lahir Adik... We ♥♥ you

Tuesday, July 3

Raikan kakak...




1 Julai 2012, ulangtahun kelahiran kakak yang ke-10.  Kami ke restoren pilihan keluarga kami untuk meraikan hari lahir kakak.  

kek hari lahir kakak - orange cheese cake

Kek yang sepotong itu pun jenuh hendak dihabiskan.  



fish piccata - abah

Texas Chicken - Ummi

Oriental Chicken Chop - Kakak dan Adik

Selamat Hari Lahir Kakak...

Monday, April 16

Kek sahaja...

Saya membuat kejutan untuk adik dengan membawa dua jenis kek untuk hari lahirnya.  Kek pertama, untuk menjamu kawan-kawannya di transit dan satu lagi, khusus untuk ahli keluarga.  Seronok melihat kegembiraan kawan-kawannya dapat makan kek beramai-ramai.



Ini untuk keluarga!  Dikelilingi oleh ahli keluarga.


adik dan cik

birthday girl


dengan sepupu

Friday, April 13

Selamat Hari Lahir Adik - 7 tahun



Diam tak diam, sudah 7 tahun usia adik.

Dari sekecil 2 kg sudah membesar sehingga hampir 30 kg.

Semoga adik membesar menjadi seorang muslimah yang sentiasa taatkan perintah Allah dan Rasul.

Semoga sunnah menjadi pakaian dan perisai kepada adik untuk menghadapi cabaran yang semakin getir dewasa ini.

Selamat Hari Lahir yang ke-7 Adik

Monday, February 27

Wish list...

26 Februari 2012

Hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-39.  Hari semalam berlalu seperti biasa.  En. suami membawa kami ke restoren ala timur tengah yang berhampiran untuk meraikan saya.  Sayangnya restoren tersebut tidak dibenarkan merakamkan sebarang gambar.  Sebenarnya, sebelum ini saya pernah mengambil gambar menu-menu pilihan kami di restoren tersebut.  

Ingatkan raikan ummi, tup-tup menu budak berdua yang terlebih mahal dari ummi... hehehe. 

Dinding FB saya dipenuhi oleh ucapan dari keluarga, sahabat, kenalan dan pelajar-pelajar saya sehingga ke hari ini.

Petang tadi, ketika melangkah ke dalam kelas di kampus Bertam, anak-anak murid saya (dari program Sains Persekitaran) beramai-ramai menyanyikan lagu "Allah selamatkan kamu"... Terima kasih (huhuhu.. terharu)

Dan inilah 'wish list' yang panjang yang disiapkan oleh mereka.  Kreatif juga mereka ini... 

stitch 2 foto
Dan ini ucapan balas saya kepada semua yang saya letakkan di dinding FB saya:

"Terima kasih keluarga, sahabat, kenalan dan pelajar di atas ingatan dan doa di hari lahir saya. Semakin meningkat umur, semakin hampir waktunya untuk kembali ke kampung abadi. Ya Allah, berkati dan rahmatilah hidup kami, keluarga kami, sahabat-sahabat kami di dunia dan akhirat. Permudahkanlah urusan kami tika tiba saat untuk kami kembali kepadaMu"

Terima kasih kerana hadir dan turut mewarnai perjalanan hidup saya di alam persinggahan ini.  

Friday, July 1

Selamat Hari Lahir Kakak

Hari ini umur kakak genap 9 tahun.  Sudah besar anak sulungku.  Sembilan tahun yang lalu, kakak lahir hanya dengan berat 2.3kg saja.  Sekarang ini hampir 30kg beratnya.  


kakak bersama rakan-rakan dan ustazah transit
Kek ini saya hantarkan sebagai kejutan kepada kakak di transitnya.

Kakak sudah besar, maka, tanggungjawab juga turut bertambah.  Semoga kakak sentiasa mentaati perintah Allah dan Rasul serta ummi dan abah dan menjadi contoh yang baik kepada adik.

Selamat Hari Lahir Kakak.  

Monday, May 2

BerBBQ di dalam pantang...

Sudah lama tidak berBBQ bersama keluarga.  Cadangan asalnya, ingin makan-makan ikan bakar di luar, tetapi memandangkan keadaan saya yang tidak mengizinkan, maka, kami persetujui untuk mengadakan BBQ saja beserta sambutan hari lahir untuk yang tarikh lahirnya di dalam bulan Mei, termasuklah en. suami, abang ipar dan anak saudara yang dua orang itu.

Tiramisu


photographer cilik

Yum...yum
 Teringinnya melihat jagung bakar yang menjadi kegemaran saya.  Tidak mengapa, berpantang sekejap demi kesihatan yang berpanjangan.



Bihun singapore

Budak kecik yang tidak sabar

Makan...

dan makan...

Dua orang budak kecik yang menyibuk... wakil abah mereka

Oppss... luasnya nganga...

Meriah.  Selepas itu, kembali menanda kertas pelajar pula.  Alhamdulillah.

Wednesday, April 20

Hadiah Adik

Hadiah hari lahir adik yang tertangguh.  Adik sangat gembira setelah melihat bungkusan hadiah ketika balik dari sekolah.  Sebuah buku cerita serta buku latihan sebagai iringan kerana adik mahukan buku Matematik.


Thursday, April 14

Sambutan Hari Lahir


Sambutan yang agak suam-suam kuku sesuam badan adik.  Saya rasa, birthday kali ini adik tidak begitu  seronok untuk menyambutnya kerana demam.  Pada malam sebelumnya, ketika membungkus sedikit ole-ole untuk kawan-kawannya, dia tidak begitu ceria.  Selalunya mulut becok bercerita itu ini, namun, ketika bungkusan masih belum selesai, dia sudah bersandar di kerusi.  

Ole-ole coklat
Pagi-pagi lagi badan adik sedikit panas, jadi, saya membawanya ke pejabat saja.  

Sepagi hanya tidur saja

Tengahari itu, saya bersama adik keluar untuk mengambil kek dan membawanya ke tadika.  Ketika tiba di tadika adik, kawan-kawan adik yang sedang makan di kantin menjerit-jerit, "Siti...Siti..., hari ni birthday Siti"


Kek "Mickey Mouse" yang diingini adik

Tiada mood untuk tersenyum walaupun disuruh oleh cikgunya

Hanya bergambar saja

Selesai sesi bergambar, hanya sedikit potongan kek dibawa balik ke pejabat.  Selebihnya, untuk kawan-kawan yang sudah tidak sabar-sabar untuk merasa kek kereta adik.

Letih...
Harap-harap demamnya tidak berlarutan.  

Wednesday, April 13

Selamat Hari Lahir Adik


Hari ini, 13 April, genap umur adik 6 tahun.  Kasihan, menjelang hari lahirnya, adik pula demam.  Demam beralih umur.


Cerita adik:
- 5 tahun
- 4 tahun

Sunday, February 27

Nikmat umur dan kesihatan


Semalam (26 Februari), merupakan ulangtahun kelahiran saya.  Jika umur di dalam tahun hijri, ianya akan bertambah satu tahun ke hadapan.  Semakin bertambah umur, terasa umur kian singkat menghampiri ke alam hakiki.  Amalan yang ada, belum lagi mencukupi rasanya.  Sehingga bila-bila pun, terasa ketidakcukupan itu.

Yang paling teruja adalah adik.  Dia ingin sangat memberikan hadiah dengan duit tabungannya.  Katanya, dia belikan hadiah, dan kakak diminta untuk membelikan kek.  Jawap kakak, tiada duit!  Hehehe.  Saya katakan, belikan coklat sajalah.  

"Adik tak nak bagi makanan, adik nak bagi barang...", itu jawapannya.

Ketika di sebuah pasaraya, dia menarik tangan saya sambil meninjau barangan apa yang ingin dibelikan.  Setelah 2,3 kali 'tawaf' di rak-rak yang ada, agaknya dia sudah tidak pasti apa yang ingin diberi.  Akhirnya dia menyuruh saya memilih sendiri.  Saya menunjukkan bekas pen/pensil yang agak comel.  Harganya tidaklah begitu membebankan. 

"Adik pilih yang pinklah, comel."

"Ooo...macam Oli dalam Pocoyo (rancangan kartun)", kata saya.

"Ha'a"


Ketika meninjau di rak lain, dia terlihat tabung kayu yang comel.  

"Ummi beli hadiah tabung untuk adik pulak lah.."

Ummi pula yang kena beli untuk mereka!

Tiga empat hari kebelakangan ini kepala saya berdenyut.  Semalam pula bermula sakit tekak dan selesema. Beralih umur di dalam kesihatan yang kurang memuaskan.   Walaubagaimanapun, syukur kerana saya masih lagi dapat menikmati Rahmat Allah untuk kali ke-38 ini.  Alhamdulillah.

Saturday, April 24

Sambutan Keluarga

Lamanya saya tidak update blog ini.  Asyik sibuk dengan itu ini, tidak sempat untuk memasukkan berita seminggu lalu.  Sempena ulangtahun kelahiran adik, kami meraikan bersama keluarga di sini:



Lihat saja gambar-gambarnya.  Jika ada yang berkeinginan, lokasinya di Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam, milik Bumiputera Islam.  Cuma sediakan ongkosnya, standard bagi kedai makanan Western yang eksklusif.


Chocolate Milk Shake

Strawberri Milk Shake

Mushroom Soup - milik kakak

Spagetti - kakak

Fish Firecraker - umi

Blackpepper Chicken - adik

Chicken Italiana..... (tak ingat namanya) - abah

Keseluruhan, makanannya adalah yummy....sedap.  Alhamdulillah.  Berkat rezeki sampingan ketika saya mengendalikan bengkel Maple tempohari, dikongsi bersama keluarga.

Tuesday, April 13

Sambutan sederhana tetapi meriah...

Macam laporan sambutan hari raya yang selalu kedengaran di berita tv lagaknya.  Sambutan hari lahir anak-anak kebiasaannya hanya di taska/tadika mereka sahaja dengan kek dan ole-ole untuk kawan-kawan untuk mengembirakan mereka.  

0 hari - kurang dari 1 jam dilahirkan 13/4/05

7 hari - cukur kepala

7 bulan - sewaktu terkena campak (raya di dalam kuarantin)

1 tahun - masih belum bergigi

2 tahun - mulut becok!

3 tahun - suka posing

4 tahun - masih malu-malu

kek hari lahir ke - 5

5 tahun - bersama kawan-kawan di tadika

Tidak sangka 5 tahun sudah berlalu sewaktu melahirkan adik dengan seberat 2kg sahaja.  Sangat kecil!  Sekarang ini... 20kg (kuat makan!)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin