Sambutan yang agak suam-suam kuku sesuam badan adik. Saya rasa, birthday kali ini adik tidak begitu seronok untuk menyambutnya kerana demam. Pada malam sebelumnya, ketika membungkus sedikit ole-ole untuk
kawan-kawannya, dia tidak begitu ceria. Selalunya mulut becok
bercerita itu ini, namun, ketika bungkusan masih belum selesai, dia
sudah bersandar di kerusi.
|
Ole-ole coklat |
Pagi-pagi lagi badan adik sedikit panas, jadi, saya membawanya ke pejabat saja.
|
Sepagi hanya tidur saja |
Tengahari itu, saya bersama adik keluar untuk mengambil kek dan membawanya ke tadika. Ketika tiba di tadika adik, kawan-kawan adik yang sedang makan di kantin menjerit-jerit, "Siti...Siti..., hari ni birthday Siti"
|
Kek "Mickey Mouse" yang diingini adik |
|
Tiada mood untuk tersenyum walaupun disuruh oleh cikgunya |
|
Hanya bergambar saja |
Selesai sesi bergambar, hanya sedikit potongan kek dibawa balik ke pejabat. Selebihnya, untuk kawan-kawan yang sudah tidak sabar-sabar untuk merasa kek kereta adik.
|
Letih... |
Harap-harap demamnya tidak berlarutan.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?