Monday, October 18

Rombongan pertama adik...

Agak susah untuk melepaskan 'anak dara' ini untuk mengikuti rombongan sekolah tadikanya.  Saya rasa, setiap ibubapa pasti merasai perasaan demikian (atau saya dan suami saja?).  Kasihan pula melihat keterujaan adik untuk mengikuti lawatan ke akuarium bersama kawan-kawan sekolahnya.  Saya meminta adik bertanyakan gurunya samada ibubapa dibenarkan turut serta di dalam rombongan itu.  Terukkan? Hehehe.  Saya meletakkan 'syarat' pada diri saya untuk tidak mengganggu aturcara lawatan.  Adik dibiarkan menaiki bas bersama guru dan kawan-kawannya dan kami akan ke tempat lawatan secara berasingan.  Adik dibiarkan bersama-sama dengan kawan-kawannya sepanjang program.  Saya boleh juga mencuba kamera  itu.   Lama juga tidak mencuba-cuba setting yang ada. (Nanti akan saya letakkan di sini beberapa gambar yang telah diambil menggunakan setting yang berlainan). 

Akuarium ini letaknya di Batu Maung di dalam kawasan penyelidikan perikanan.  Akuarium ini tidak jauh dari Muzium Perang Batu Maung.   Kawasannya tidak lah begitu luas.   Nasib kurang baik, kebetulan kawasan akuarium indoor ditutup untuk penyelenggaraan, jadi, hanya dapat bersiar di persekitaran yang memuatkan kolam ikan dan kura-kura saja yang tidak dikenakan apa-apa bayaran. 




 berbaris sebaik sampai ke akuarium




 auditorium yang mempunyai akuarium besar

 adik bersama cikgu dan kawan

 ikan yang ada di dalam akuarium besar

 adik dan kawan


 memberi ikan makan

 ikan koi


Selesai melawat akuarium, 'acara' yang paling dinanti-nantikan oleh mereka adalah aktiviti mandi di kolam air di Taman Belia.  





Ada yang tidak mahu naik setelah berendam.  Ada seorang anak ini, sesudah ditukar baju, terjun semula dengan baju dan kasut.  Mujur juga ada ibu lain yang membawa persalinan lebih, sudahnya, cikgu memakaikan baju kawannya.

 lapar, sesudah puas berendam

Tiga kali tambah si adik, dia yang terawal makan, dan antara yang terakhir sudah

Saya sangat kagum melihat kesungguhan dan kesabaran cikgu-cikgu ini menjaga dan mengawal kanak-kanak tadika.  Bukan senang kerjanya.  Hanya orang yang benar-benar sayangkan kanak-kanak boleh bertahan dengan kerja ini.

Adik berulang-ulang kali menyatakan keseronokannya dapat ke akuarium dan mandi kolam bersama kawan. 

"Nanti kita boleh pergi lagi ke kolam 'tu", saya memujuk adik kerana adik tidak puas mandi kolam di dalam tempoh tidak sampai 1 jam.

"Tapi kawan adik tak dak", jawabnya.

Begitulah keseronokan apabila bersama kawan-kawan. 

1 comment:

  1. serupa la kita..aku pun ikut ngan keta masa rombongan tadika anak2 ke Penang..

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin