"Ummi,adik baca Alham (Al-Fatihah) saja boleh?"(dia maksudkan di dalam solat)
"Boleh", dan saya menyambung lagi, "Ok,adik suka makanan yang sedap atau biasa-biasa yang tak rasa apa?"
"Adik suka makanan sedap-sedaplah ummi"
"Ha,macam tu juga dengan solat kita. Kalau kita baca surah,solat kita pun jadi lebih sedap. Kalau baca Alham saja,solat kita jadi biasa-biasa saja"
Saya memberikan analogi makanan kerana adik seorang yang suka makan. Di peringkat usia adik,mungkin dia perlukan sesuatu yang boleh dilihat atau dibandingkan.
Dulu, saya pernah ceritakan kepada mereka bahawa makanan yang dimakan hari-hari itu adalah makanan untuk badan (jasad), dan solat serta amal ibadah yang lain itu adalah makanan bagi roh.
"Adik tak larat nak baca surah lah ummi"
"Pendek-pendek pun boleh"
Tiada paksaan,tetapi Alhamdulillah,dia dapat bersolat bersekali dengan membaca surah lazim. Masih ada beberapa tahun untuk membentuk adik supaya dapat menunaikan solat lima waktu secukupnya.
Teknik memuji
Saya masih mencuba-cuba teknik memuji untuk anak-anak begitu juga dengan pelajar-pelajar saya. Entah betul atau tidak teknik saya itu, tetapi saya cuba adaptasikan dari pembacaan blog Puan Khairulaniza itu.
"Siapa yang dapat buang tisu di atas meja itu, dia seorang yang rajin"
Tanpa disuruh, adik bangun dan terus membuang tisu itu ke dalam plastik sampah.
"Bagus adik...adik seorang yang rajin"
Adik tersenyum-senyum.
Masih lagi di peringkat cuba-cuba. Saya faham, teknik ini mengajar kita supaya lebih banyak sabar. Sememangnya mendidik memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi, dan saya masih lagi belajar untuk bersabar dengan kerenah anak-anak dan juga pelajar-pelajar saya.
As-Sabru minal iman... sabar itu separuh dari iman....
betul tu puan kesabaran mg penting sangat :D..saya pun sedang cuba utk..mengelakkan menggunakan perkataan "jangan" kpd anak2..sekarang ni "jom"...tp kadang2 terlepas jugak..saya pun dapat rasa keberkesanan mengajak dari melarang :)
ReplyDeleteBiasalah lin, kita sentiasa di dalam proses pembelajaran, kadang-kadang terlepas, adatlah :D. Saya pun begitu. InsyaAllah, lama-kelamaan boleh menjadi kebiasaan. Anak-anak yang masih kecil mudah dibentuk.
Deletememang patut mula awal. kalau dah besar cam auni n angah depa dah paham yg tersirat. payah juga. Yah pun kekadang dah paham apa kita nak sebenarnya. Alhamdulillah Yah dah mula solat penuh thn ni..aku tak tau puncanya..kalau tertinggal subuh dia dah muka masam sebab tak digerak.
ReplyDeleteInsyaAllah, masih belum terlambat. Proses pembelajaran & nasihat adalah 'continuous'...
DeleteBagus tu aina, kalau dia mula solat penuh dengan sendiri, tak payahlah selalu kena tegur dia