Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Friday, September 2

Pra Raya 2

Hari terakhir berpuasa, kami dapat berbuka pula dengan keluarga mertua saya.  Seluruh ipar-duai dan anak cucu berkumpul untuk berbuka kali terakhir untuk Ramadhan ini.  Entah akan bertemu lagikah Ramadhan akan datang pun tidak pasti.    




budak yang membantu

suami dan adik-adik ipar


pak lang melayan anak-anak buah bermain bunga api


Anak-anak yang  teruja untuk menyambut raya.

Pra-Raya 1

Sehari sebelum balik ke Alor Setar, kami berbuka beramai-ramai di rumah mak.  Cornflakes madu terpaksa diulang adun kerana dua adunan pertama sudah hampir separuh dihabiskan.  Riuh-rendah dengan pelbagai tugasan yang telah diagihkan kepada setiap orang dari kecil ke besar.



di luar, bakar sate dan BBQ



well done!

Saya dapat rasakan mak begitu seronok kerana semua anak menantu dan cucu dapat berkumpul bersama untuk berbuka.  InsyaAllah, diharap hubungan adik-beradik ini akan terus diRahmatiNya dengan kasih-sayang. 

Monday, August 29

Aidilfitri 1432H

"TaqabbaluLlahu minna wa minkum" (semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu semua) 

Selamat Menyambut Aidilfitri 1432H untuk pembaca blog BC.  Semoga short course Ramadhan ini dapat membentuk jiwa kita menjadi lebih baik dari semalam dan berterusan istiqamah dengan amalan yang telah dilakukan sepanjang kursus jangka pendek Ramadhan ini.

Semoga kita mendapat Rahmat, Berkat dan Keampunan dari Allah.  Maaf Zahir Batin.



Saturday, August 27

Menjelang Raya

Beberapa hari sebelum, saya telah berpakat dengan anak-anak buah untuk membuat kuih popia bersalut nestum.    Ini saja kuih/biskut yang sempat saya buat bersama mereka.  'Pembantu' kecil saya juga turut serta menghangatkan suasana.

Selesai menyediakan kuih popia tersebut, bersambung pula dengan biskut Cornflake madu.  Kedua-dua kuih ini sangat mudah dan ringkas, namun, sedap, dan menjadi kegemaran anak-anak dan anak buah.  Sambil-sambil tangan meletakkan cornflakes ke dalam cawan kecil, adik membebel pada kakaknya yang hanya asyik menonton tv dan bermain computer games.  Dan sambil-sambil meletakkan cornflakes ke dalam cawan, dia juga 'meletakkan' cornflakes berkenaan ke dalam mulutnya.  Umpama iklan di tv saja lagaknya.

Cornflake bermadu



Di luar rumah, mak bersama dua lagi anak buah membuat kuih sepit. Adik bertanya, kenapa kuih sepit belum habis lagi, sedangkan kami sudah menghabiskan dua jenis kuih yang ringkas.






Sebaik berbuka, semua tertumpu kepada kuih popia dan juga cornflakes ini.  Sempat bertahan sehingga rayakah?

Friday, August 26

JJMK - 5 (akhir)

Penjelajahan kami diteruskan ke Gulau. Kediaman ini dihuni oleh seorang ibu tunggal yang baru kematian suami lebih kurang 4 bulan lalu.  Suaminya mengidap sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.  Ibu yang berumur 35 tahun ini mengambil upah menoreh getah dengan pendapatan hanya RM150/bulan!  Beliau mempunyai anak berusia 14 tahun dan 5 tahun.    


rumah tempat berteduh mereka 3 beranak

dapur
Saya mengintai di bahagian dapur, ternampak dapur arang satu tungku yang digunakan untuk memasak.  Saya pernah melihat dapur itu ketika saya masih kecil lagi, lebih dari 30 tahun lalu.



anak yatim
Rasulullah s.a.w amat menyukai anak yatim kerana baginda sendiri adalah seorang yatim piatu.

"Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”

"Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.” 





semoga anak ini dapat keluar dari belenggu kemiskinan

Destinasi berikutnya adalah Masjid Nami untuk bersolat zohor serta mengagihkan sumbangan kepada 23 keluarga dari kawasan sekitar.   




wakil UiTM, pengerusi kelab pensyarah menyampaikan sumbangan
kami

Kembara saya sekeluarga berakhir di sini saja kerana suami juga ada kerja yang harus disempurnakan.  Rakan-rakan UiTM lain meneruskan kembara mereka ke destinasi akhir, Pondok Ahmad Nahu di Jeneri.  

Setiap kenangan bertemu wajah orang yang menerima sumbangan terpahat di hati saya.  Semoga generasi pelapis mereka dapat meneruskan pendidikan mereka walaupun di dalam serba kedaifan supaya dapat membawa keluarga mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

Memetik kata-kata YDP Wargakilang Tengah, ada hikmahnya kenapa Allah jadikan orang kaya dan orang miskin, supaya yang kaya dapat membantu yang miskin.  

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”.

Akhir kalam, "Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”

(Sumber hadith di sini.)

Thursday, August 25

JJMK - 4

Dari Kota Aur, kami ke Kg. Lentang pula.  Kami menyusuri jalan kampung (1 lorong) yang agak jauh ke dalam untuk tiba ke destinasi sumbangan kedua seramai 8 keluarga.  Tiga keluarga berkongsi menggunakan air gunung untuk keperluan harian.  Mereka ini rata-ratanya adalah penoreh getah yang pendapatan bulanan tidak melebihi RM500 serta ada juga ibu tunggal.  





penerima dan pemberi sumbangan
wajah kegembiraan

eratnya memeluk bear pemberian insan yang prihatin...

Kampung itu dikurniakan dengan air terjun dan air sungai yang jernih mengalir dari gunung berhampiran.  Ada juga chalet untuk disewa dengan RM30/malam.

dari kereta yang bergerak

Selesai di Kg. Lentang, destinasi kami seterusnya ke Gulau....

deretan kereta konvoi

aturcara program kembara

Wednesday, August 24

JJMK - 3

Lamanya untuk saya menyambung kisah JJMK.  

Destinasi sumbangan pertama kami Kota Aur, Belantek.  Ada 8 keluarga penerima sumbangan kesemuanya.  Mereka adalah penoreh getah yang berpendapatan di antara RM100 - RM500 dengan beberapa tanggungan serta ada juga ibu tunggal yang kematian suami.

menapak di tanah selut

sama-sama mengumpulkan barang sumbangan

penerima sumbangan


Cerahkah masa depan anak-anak ini?



gembiranya mendapat sampul duit




Kanak-kanak ini tersenyum lebar mendapat soft toys yang diberikan oleh hamba Allah.  Bagi anak-anak kita, mungkin soft toys ini sudah terlalu banyak dan bersepah di sana-sini, bagi mereka yang semata-mata pendapatan yang diperolehi untuk kelangsungan hidup, pastinya ini tiada di dalam senarai keperluan mereka (bak kata tuan monier, "Nak beli teddy bear macam mananya, nak beli barang makan pun kena berkira").  

Ketika bersalaman dengan ibu-ibu mereka, ada yang mengesat airmata yang pastinya terharu dengan keperihatinan orang lain terhadap nasib mereka (opss... mata saya juga berkaca-kaca menahan dari mengalir).

Iktibar dari kehidupan mereka yang daif buat diri kita yang sentiasa alpa dan leka dengan nikmat dunia.

Sunday, August 21

JJMK - 1

Jalan-jalan Masuk Kampung 20 Ramadhan 1432H bersamaan dengan 20 Ogos 2011.

Alhamdulillah dan tahniah sekali lagi kepada pasukan Wargakilang.com yang diketuai oleh tuan Monier Mat Din dari Fuji Electric kerana berjaya menganjurkan lagi NGO jalan-jalan masuk kampung.  Usaha mereka untuk memberikan sedikit keceriaan kepada warga miskin berlangsung sepanjang tahun dan selalunya kembara ramadhan merupakan acara terbesar mereka yang turut disertai oleh individu dan juga organisasi lain.

Untuk penganjuran kali ini, lebih kurang 40 buah kereta turut serta di dalam konvoi yang meliputi daerah Sik.   Para peserta terdiri dari pelbagai wargakilang, rukun tetangga dari Mergong, individu dari Perlis, individu dari surau Bertam Perdana, serta kelab Pensyarah, UiTM Pulau Pinang.

mentari pagi yang mengiringi perjalanan kami

Alhamdulillah, saya cuba menjadikan aktiviti kemasyarakatan ini sebagai aktiviti keluarga.  Saya ingin mendidik anak-anak supaya menghargai kehidupan yang mereka ada dengan melihat sendiri mereka yang lebih daif dan serba tidak berkemampuan. 

check point pertama, persimpangan IKS, Jeniang

Jam 8.15pg kami tiba di check point pertama ini.  Peserta-peserta konvoi kemudiannya bergerak untuk ke check point kedua, Masjid Lubok Merbau untuk sesi penerangan ringkas serta pengumpulan dan pengagihan barang sumbangan.  

deretan konvoi

Di perkarangan Masjid Lubok Merbau, segala barang sumbangan dipindahkan ke kereta/pick-up yang telah ditentukan untuk memudahkan pengagihan kepada rumah peserta sumbangan yang berjumlah 40 keluarga kesemuanya.




penerangan ringkas serta doa selamat

Jam 9.30pg, selesai bacaan doa oleh Tuan Haji dari Naza Group, kami bergerak ke destinasi sumbangan yang pertama.



Semoga Allah memberkati perjalanan kami ini.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin