Friday, August 26

JJMK - 5 (akhir)

Penjelajahan kami diteruskan ke Gulau. Kediaman ini dihuni oleh seorang ibu tunggal yang baru kematian suami lebih kurang 4 bulan lalu.  Suaminya mengidap sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.  Ibu yang berumur 35 tahun ini mengambil upah menoreh getah dengan pendapatan hanya RM150/bulan!  Beliau mempunyai anak berusia 14 tahun dan 5 tahun.    


rumah tempat berteduh mereka 3 beranak

dapur
Saya mengintai di bahagian dapur, ternampak dapur arang satu tungku yang digunakan untuk memasak.  Saya pernah melihat dapur itu ketika saya masih kecil lagi, lebih dari 30 tahun lalu.



anak yatim
Rasulullah s.a.w amat menyukai anak yatim kerana baginda sendiri adalah seorang yatim piatu.

"Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”

"Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.” 





semoga anak ini dapat keluar dari belenggu kemiskinan

Destinasi berikutnya adalah Masjid Nami untuk bersolat zohor serta mengagihkan sumbangan kepada 23 keluarga dari kawasan sekitar.   




wakil UiTM, pengerusi kelab pensyarah menyampaikan sumbangan
kami

Kembara saya sekeluarga berakhir di sini saja kerana suami juga ada kerja yang harus disempurnakan.  Rakan-rakan UiTM lain meneruskan kembara mereka ke destinasi akhir, Pondok Ahmad Nahu di Jeneri.  

Setiap kenangan bertemu wajah orang yang menerima sumbangan terpahat di hati saya.  Semoga generasi pelapis mereka dapat meneruskan pendidikan mereka walaupun di dalam serba kedaifan supaya dapat membawa keluarga mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

Memetik kata-kata YDP Wargakilang Tengah, ada hikmahnya kenapa Allah jadikan orang kaya dan orang miskin, supaya yang kaya dapat membantu yang miskin.  

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”.

Akhir kalam, "Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”

(Sumber hadith di sini.)

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin