Showing posts with label kedah. Show all posts
Showing posts with label kedah. Show all posts

Thursday, December 15

@Masjid Zahir, Alor Setar

Masjid Zahir ini dirasmikan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H, bermakna, usianya sudah menghampiri 100 tahun Hijri (sumber).

Sg Kedah - di belakang Masjid Zahir

rumah di tepi sungai


model saya

Kami menikmati bihun sup di gerai yang dibina bersebelahan dengan Masjid.  Bihun supnya sedap, tetapi jika ditambah sedikit lagi perencah sup, rasanya akan lebih ummph.  

bihun sup pula


tauke bihun sup

senibina lama dan baru





Kami di dalam 'misi' pencarian klinik pakar kulit untuk merawat kaki adik yang dipenuhi kudis.  Ada dua klinik, Dr. Jalaluddin (tutup) dan juga sebuah klinik am + kulit di Tg. Pauh (menghala ke Jitra) tetapi doktor kulitnya cuma ada pada hari tertentu sahaja.

Sudahnya kami ke klinik kulit Dr. Venkat di Jalan Putra, Alor Setar.  


Masa menunggu lebih kurang 45 minit kerana ramai pesakit, tetapi masa rawatan hanya sekitar 2 - 3 min saja.  (Nota : agak mahal bayarannya, dengan 6 jenis ubat serta perundingan, kesemuanya RM90).

Monday, December 12

Laksa @Teluk Kechai

Bagi penggemar laksa, laksa dari pelbagai negeri dengan kelainan rasa perlu dicuba.

laksa + sambal kelapa (nyiok)

sate @RM0.50/cucuk



selepas

Pilihan saya tetap laksa di tempat sendiri.  Ada dua gerai yang terkenal letaknya bersebelahan di Jalan Kuala Kedah. Tidak kisah yang mana satu gerainya kerana laksanya adalah sama saja.

Tuesday, October 25

"Le Tour De Kedah"

Selesai makan tengahari di RFC, perjalanan diteruskan ke Hutan Rekreasi Tupah (C).  Ianya menjadi pusat perkelahan keluarga dengan aliran air sungai yang menyegarkan.



Tidak pula kami ketahui yang pengunjung boleh mengambil air di loji air Bukit Tupah ini.




Menurut pak cik (yang tidak berbaju ini), dia sudah bertahun-tahun mengambil air mineral di situ.  Bertong-tong dan berbotol-botol air mineral yang menjadi bekalan air minuman mereka sekeluarga.  



HANYA UNTUK DIMINUM SAHAJA!

Ketika kami ingin beredar, ada beberapa buah kereta lagi yang datang untuk mengambil air mineral di situ.




Kami tidak merancang untuk mandi-manda di situ kerana setiap petang, kebiasaannya akan hujan lebat.   Tiada persalinan mereka yang dibawa untuk mandi air sungai.  Hanya touch n go sahaja untuk mengambil gambar alam semulajadi.

apabila berjumpa air

muka budak yang ceria sebelum amukan bermula

Adik mengamuk kerana tidak puas 'merendam kaki'nya ke dalam air.  Masa yang terhad membataskan kami untuk berlamaan di situ.





Destinasi seterusnya, Lembah Bujang (D).  Gambar-gambar ini adalah hasil dari dua kamera.

denai untuk ke Gunung Jerai


 



jurugambar cilik

budak yang ketakutan untuk memanjat cerun



comelnya bunga rumput ini

membuang kemuncup yang melekat

seronok memanjat tangga



Destinasi akhir adalah Pantai Murni, Yan, Kedah (E).  Saya pernah kisahkan pantai ini di sini.  Kami berkongsi cendol, keropok lekor serta laksa di gerai di tepi laut.  Pemandangan air surutnya tidak begitu menarik tetapi tetap santai menikmati udara yang bertiup sepoi-sepoi sambil menikmati minum petang di situ.





Tuesday, July 5

Foto @Pantai Merdeka

Koleksi foto pemandangan di Pantai Merdeka.



masjid Tg Dawai yang telah di'zoom'

pemandangan Tg Dawai tanpa 'zoom'

pesisiran pantai merdeka yang dilatari oleh gunung jerai

di bawah rimbunan pohon


titisan hujan


saya sukakan bunyi deruan ombak - tenang dan damai
pantai pulau sayak
Keindahan pantai yang paling saya suka adalah di sebelah pantai Terengganu, saujana mata memandang serta sangat cantik.  Segala puji-pujian hanya kepadaMu yang menciptakan langit dan bumi yang terbentang luas untuk manusia yang mahu berfikir.  Tidak jemu rasanya berada di pantai sana.  Selalu juga bersuara dengan suami, jika kita berkelapangan lagi, saya ingin lagi pergi ke daerah sana.  Satu hari nanti...InsyaAllah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin