Cuti Tahun Baru Cina yang lalu tiada perancangan khusus. Hampir 11 tahun balik ke Alor Setar, masih ada lagi tempat-tempat menarik yang tidak dikunjungi. Pusat Sains Negara cawangan utara ini adalah keputusan secara spontan ketika berada di dalam kereta di dalam perjalanan balik dari pekan rabu.
|
harp tidak bertali (lupa apa namanya) |
Anak-anak berlari ke sana ke mari mencuba pelbagai aktiviti yang ada.
|
Slot parabolik |
|
segiempat ajaib |
|
orang kenit |
Anak-anak paling teruja di sini. Pengunjung disediakan dengan kain bercorak sama seperti latar belakang (seperti baju kelawar). Di dalam gambar, ianya seperti tidak berbadan.
|
ilusi optik |
Pengunjung disediakan dengan kacamata 3D untuk 'Wayang' 3D tentang bumi dan kehidupannya.
Adik menjerit-jerit di dalam replika rumah yang dilanda 'gempa bumi' berskala kecil, sederhana dan besar. Di pusat sains negara Bukit Kiara disediakan kerusi, tetapi apabila berdiri, impaknya lagi terasa.
|
simulasi gempa bumi |
|
kakak beritahu seperti tengkorak itu mengikutnya |
|
comelnya... |
|
kakak di dalamnya |
|
ingin terbang ke langit |
|
simulasi puting beliuang |
Kualiti gambar kurang memuaskan menggunakan tablet. The Ice Age, kawasannya agak terhad.
|
lari...dinosaur kejar |
|
underwater world |
Walaupun agak kecil dan kurang aktiviti berbanding Pusat Sains di Bukit Kiara, anak-anak masih dapat belajar sambil bermain di sini.
punya la cari tpt nak p kat alog stag masa antag auni tak tau pun ada PSN ni. kat area mana?
ReplyDeleteDekat gunung keriang. Ada rekreasi gunung keriang juga, tapi macam tak terpelihara. Kami ronda di bawah saja, tak naik atas pun, sebab dah petang. Bila balik lagi insyaAllah, nak pi rekreasi gunung keriang, ada trek pejalan kaki.
ReplyDelete