Selepas ke Kg Baru membeli barangan untuk kedai, kami ke Pusat Sains Negara. Kunjungan ke sana sungguh menyeronokkan. Terdapat pelbagai aktiviti interaktif berkaitan sains dan teknologi ada di sana Saya sangat mengesyorkan kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil dan juga remaja untuk ke sana. Ianya permainan sambil belajar. Orang dewasa juga boleh menguji minda dengan aktiviti-aktiviti yang ada. Tidak rugi!
Kami tiba agak lewat, jam 2 petang, jadi masa di dalam sana agak terhad.
Dari laman web PSN
Waktu Lawatan
- Isnin hingga Ahad (9.00 pagi - 5.00 petang);
- Dibenarkan masuk hingga 4.00 petang
- Pengumuman penutupan pada hari perayaan akan disiarkan melalui pihak media.
Bayaran Masuk
Kategori |
Harga seorang (RM)
|
||
Dewasa |
6.00
|
||
Kanak-kanak (7-12 tahun) |
3.00
|
||
* Kumpulan Pelajar Sekolah Rendah (termasuk guru) |
2.00
|
||
* Kumpulan Pelajar Sekolah Menengah (termasuk guru) |
3.00
|
||
* Kumpulan Dewasa (minimum 10 orang) |
5.00
|
||
Untuk mendapatkan bayaran masuk bertanda *, tempahan awal adalah diperlukan. Tempahan kumpulan sekolah mesti melalui guru besar sekolah dan mesti diiringi oleh guru sekolah. | |||
Di laman hadapan bangunan, terdapat
beberapa aktiviti interaktif. Yang berbentuk piring satelit itu adalah
getaran bunyi. Berdiri di hujung penjuru, dan bercakap, masing-masing
dapat mendengar suara orang yang di sebelah sana. Di hadapan pintu
masuk pula mempunyai bumbung parabola yang dapat memantulkan bunyi (gambar
kakak melompat dan di bawah).
ikan chi chi yang besar. Tidak ingin dia menggigit tangan kami hehehe |
terowong akuarium yang pertama di Malaysia |
plasma |
Di ruang ini, pengunjung dapat menerokai dan fahami prinsip-prinsip
asas sains dan mengembara merentasi dunia makro
dan mikro dalam bidang biologi, fizik, kimia dan astronomi.
Di sini, adanya bilik gelap astronomi, simulator kapal selam dan pelbagai mesin pintar untuk dicuba.
gambar kiri : bola terapung, kanan : mengangkat diri sendiri |
Ruang kreatif. Disediakan beberapa alatan untuk menguji minda bagaimana untuk mengeluarkan gelung dari induknya.
Peneroka comel untuk anak-anak kurang dari 4 tahun.
ruang eksplorasi |
Anak-anak sangat teruja melepasi maze cermin ini. Agak mengelirukan untuk mencari laluan keluar kerana kelihatan seperti jalan keluar, tetapi rupanya, bertembung dengan cermin!
kembar |
adik rambang mata kerana terdapat pelbagai aktiviti di dalam ruang ini |
Berbaloi dengan bayaran masuk dan boleh merasai pelbagai aktiviti di dalamnya.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?