Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Monday, December 19

Mereka teruja

Hujung minggu lalu saya menemankan mak untuk membeli-belah di sebuah pasaraya besar bersama anak-anak dan anak buah.  Dari kejauhan kelihatan kanak-kanak mengerumuni maskot arnab.  Kakak dan sepupunya cepat-cepat ke sana.

Walaupun tidak menggunakan jenama ubat gigi tersebut, mereka masih berpeluang mendapat belon serta 'mahkota' percuma.




Di mana adik?  Dia menyorok di belakang tok - ketakutan melihat maskot arnab.  Puas disuruh untuk mengambil belon, dia tetap tidak mahu.  Dia takut untuk menghampiri maskot kerana dahulu ketika percutian di Melaka Wonderland, 'seekor' maskot dinasour memasukkan mulutnya ke kepala adik.  

Setelah lama di situ, akhirnya adik juga memberanikan diri untuk mengambil belon dari maskot itu.  Itupun puas memegang tangan saya untuk menghampiri maskot tersebut.

Friday, December 9

Kebakaran @kampus Bertam

Ianya adalah kebakaran 'olok-olok'.  Latihan fire drill ini dilakukan untuk memastikan prosedur keselamatan ketika berlakunya kecemasan dapat dipatuhi oleh warga kampus. 

Tiga 'mangsa' berjaya diselamatkan oleh anggota bomba di dalam latihan ini.  Kebakaran berpunca dari aras 1 blok akademik.  

Ada yang 'pengsan' terpaksa diangkat menggunakan pengusung

warga kampus Bertam yang tidak ramai

taklimat oleh anggota bomba

Demonstrasi memadam api menggunakan alat pemadam api juga ditunjukkan.  

Alahai... mood menulis blog semakin berkurangan sejak bermula semester ini, begitu juga mood mengambil gambar.  Fuhhhh... tolonglah hembus 'mentera' supaya mood penulis kembali seperti biasa hehehe.  

Saturday, September 17

Berkongsi Kasih

Alhamdulillah, dengan izinNya, kami sejabatan dapat meraikan keluarga Darul Hanan sempena AidilFitri.  Wajah mereka ceria menerima kunjungan kami. Pelbagai cerita yang diceritakan kepada kami., ada yang dengan linangan airmata. Berbeza dengan pengalaman bersama anak-anak yatim, ibu-ibu dan ayah-ayah ini agak sensitif jiwa mereka dan inginkan perhatian supaya kita mendengar kisah mereka.  Apapun cerita yang disampaikan, saya mendengar dengan fikiran yang terbuka dan tidak ingin menyebelahi mana-mana pihak.

Pictures speak thousand words.








protaz

doa dipanjat untuk kesejahteraan hidup

pengurus Darul Hanan menerima cenderahati dari koordinator jabatan


sedikit sebanyak dapat mengubat hati ibu ini

ayah ini mengalami masalah penglihatan


terkenangnya allayarham bapak sendiri



kegembiraan terpancar di wajah mereka





kami bersama pengurusan Darul Hanan

Tiga jejaka jabatan (tengah)

Biarpun prasarana yang disediakan untuk mereka ini lengkap, tetapi, sokongan moral perlu untuk warga emas ini supaya mereka tidak merasa terpinggir dari kasih sayang.  Pengurus Darul Hanan yang berusia awal 30an amat berharap kami dapat membuat kunjungan balas ke sana untuk mengembirakan hati penghuni di situ.  Besar pahalanya bagi mereka yang menguruskan warga emas dan O.K.U di sana.  Doa saya agar mereka dilimpahi Rahmat dan Kekuatan untuk berbakti kepada ibu ayah yang menumpang kasih di rumah Darul Hanan itu.

Tuesday, September 13

Jalan-jalan hari Ahad

Walaupun namanya tinggal di Pulau Pinang, kami sudah lama tidak ke sebelah pulau dan sudah agak lama tidak menaiki feri kerana tiada urusan di Tanjung (panggilan orang tempatan kepada pulau).  Sekali-sekala menaiki feri, anak-anak sangat teruja.  Gambar-gambar hasil bidikan saya atau suami dengan menggunakan Canon IXUS 105 dan juga EOS 1000D.






sakit mata melihat sampah yang bertaburan

Teman tempat kerja lama suami menjemput kami serta dua keluarga yang lain makan-makan di Hotel bertaraf 5-bintang.  Memandangkan ada yang mengajak, kami menerima saja.  






terima kasih "tuan rumah"

nasi + ayam + daging kambing kapitan - suami

saya - tanpa nasi



Walaupun bertaraf 5-bintang, tetapi makanannya biasa-biasa saja (bagi saya).  Ada yang sudah kehabisan tetapi tidak ditambah semula.  Ketika waktu makan hampir berakhir, pengunjung beratur panjang untuk mendapatkan minuman panas.  Rupanya sudah kehabisan, maka adalah yang bising-bising kerana tidak dapat merasa Cappucino atau King Coffee yang ada!




Atas segala-galanya, terima kasih k.Ina kerana menjemput kami sekeluarga.  Adik menjadi 'ratu makan' sehingga tersandar kekenyangan.  Dia mengulang pasta/spagetti yang menjadi kegemarannya.  Begitu juga kakak.   

Sedari awal, adik sudah bertanya tentang 'mandi kolam'.  Mind set nya hotel = kolam mandi hehehe.  Untuk tidak menghampakan anak-anak, kami bawa ke Taman Majlis Perbandaran (Taman Belia).  Ada beberapa kolam (percuma) yang boleh digunakan.  Sebelum ini, ketika rombongan adik (cerita di sini), mereka ke kolam yang berlainan.  Memadailah berendam untuk beberapa ketika sebelum balik.




seronoknya mereka




Saya sukakan kehijauan di Taman Belia ini, tetapi kehadiran monyet yang mengintai-intai beg untuk mencari makanan agak menggugat keselamatan pengunjung ke situ.  Bimbang juga diterkam beg-beg yang ditinggalkan di kerusi-kerusi di tepi kolam, atau anak-anak kecil di situ.  Jangan ada yang membawa beg plastik yang disangkanya berisi makanan, pasti diikutnya, bukan seekor dua, tetapi beberapa ekor.

Puas berjalan sehingga jam 11.00 malam tiba di rumah!  Hujung minggu ini juga sudah dipenuhi dengan undangan makan lagi, sehingga habis Syawal lah nampaknya.

Tuesday, July 12

Ekspo

Cerita beberapa hari lalu.  Bersempena ekspo usahawan bumiputera yang berlangsung baru-baru ini, kami juga meninjau-ninjau apa yang menarik di sana.  Apabila nampak 'nenas' ini, kakak cepat-cepat meminta saya mengambil gambarnya bersama nenas tersebut.  Gerai ini memasarkan hasil produk yang berasaskan nenas. 


Ini satu lagi kegemaran mereka.  Tidak sanggup saya memenuhi permintaan mereka untuk membela arnab.  Pertama, kerana siapa yang akan menjaganya?  Kedua, jika hendak ke mana-mana, agak susah untuk meninggalkan haiwan peliharaan ini.  Boleh lihat dan main-main sajalah ya anak-anak.


Saya juga teruja melihat burung dan arnab yang agak unik ini.



Puas anak-anak merasa sampel yang disediakan digerai-gerai.  Oh... ini sampel yang ditukarkan dengan duit untuk mendapatkannya.  Buah-buahan celup coklat.  


Pendek kata, puas menjamu mata dan menjamu poket dengan barangan yang ada.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin