Monday, December 19

Mereka teruja

Hujung minggu lalu saya menemankan mak untuk membeli-belah di sebuah pasaraya besar bersama anak-anak dan anak buah.  Dari kejauhan kelihatan kanak-kanak mengerumuni maskot arnab.  Kakak dan sepupunya cepat-cepat ke sana.

Walaupun tidak menggunakan jenama ubat gigi tersebut, mereka masih berpeluang mendapat belon serta 'mahkota' percuma.




Di mana adik?  Dia menyorok di belakang tok - ketakutan melihat maskot arnab.  Puas disuruh untuk mengambil belon, dia tetap tidak mahu.  Dia takut untuk menghampiri maskot kerana dahulu ketika percutian di Melaka Wonderland, 'seekor' maskot dinasour memasukkan mulutnya ke kepala adik.  

Setelah lama di situ, akhirnya adik juga memberanikan diri untuk mengambil belon dari maskot itu.  Itupun puas memegang tangan saya untuk menghampiri maskot tersebut.

2 comments:

  1. Takut gak..hahahaha..teringat peristiwa masa melawat planetarium...

    ReplyDelete
  2. mesin denyutan jantung terkejut laju sangat :D

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin