Saturday, May 26

"R"

R-language.   Apa itu R?

R is a system for statistical computation and graphics. It provides, among other things,a programming language, high level graphics, interfaces to other languages and debugging facilities. (rujukan).

Selama 2 1/2 hari mempelajari ilmu baru ini, sarat dengan ilmu programming yang memeningkan kepala. 



Mungkin ada kegunaannya nanti di dalam bidang saya nanti.

Thursday, May 24

Meraikan rakan

Gambar sekitar jamuan di Puncak Mutiara, Kg Pelet meraikan rakan sejabatan yang akan berpindah ke kampus Perlis.  Setelah beberapa tahun bersama, terpaksalah kami mengucapkan selamat tinggal kepada rakan yang akan memulakan tugasnya 1 Jun nanti.   Semoga beliau dapat menyesuaikan diri dengan suasana, persekitaran dan rakan-rakan yang baru.  

Tiba-tiba teringatkan lagu tuai padi ini.  Ini hasil carian saya..  Tidaklah perlu saya taipkan semula.

GURINDAM JIWA – NYANYIAN DZUL HANAFIAH ISMAIL DAN NORAZLINA MOHAMED
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak Cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

* Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga

** Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

*** Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
Ulang * hingga ***

Lagu: Abdullah Sumardi
Lirik: Wan Chik

dicopy dari sini


Gambar menggunakan EOS1000D.

pinggan kawan

teh tarik 'terbaik'... 2 gelas!


Protaz kami (al-hafiz dan juga tenaga pengajar Matematik) membacakan doa




Kambing Grill

Nasi goreng cina

kek coklat

cheese kek

tanda ingatan dari kami di PP






Yang paling meriah!  Gambar diambil oleh seorang staf Puncak Mutiara.

kenangan bersamamu

Selamat bertugas di tempat yang baru!

Wednesday, May 16

Hari Guru 16 Mei 2012

Inilah hadiah untuk guru mereka.  Biarpun nampak tidak 'semenggah' tanpa hiasan icing, tetapi anak-anak teruja membawanya ke sekolah.  Hiasan bunganya dibeli di kedai.



Tadaa... make up kena cantik... gigih membalut sehingga 12++ pada malam itu.

ada lagi yang belum dibalut!


Adik sibuk bercerita tentang sambutan hari guru di sekolahnya.  Dengan semangat adik bercerita, ketika cikgu lelakinya sedang menyanyi, tiba-tiba hujan turun hehehe.  Adik beritahu, cup cake itu diberikan kepada guru besar.  Cikgu kelasnya tak jumpa.... laaaa....kenalah ummi siapkan lagi kek untuk cikgu kelas adik.  Saya berpuas hati dapat menyiapkan sendiri untuk mereka.

Kali ini saya menggunakan kaedah kukus pula, lebih cepat dan lebih cantik permukaannya dan chef kecil kata lebih gebu.  Lain kali boleh buat lagi lah adik...


pipi chef kecil yang semakin 'angry bird'

Selamat menyambut Hari Guru kepada semua warga pendidik secara langsung atau tidak langsung dan juga kepada keluarga saya yang menjadi guru pertama saya sebelum saya mendapat pendidikan formal di sekolah. 

Tuesday, May 15

Makanan sunnah


Saya baru memulakan pengambilan jus delima gulsan dan juga kurma.  Hampir separuh botol pertama jus delima saya sudah habiskan.  Rasanya, masam-masam, tetapi sedap!  Jus kurma pula, saya baru sangat mengambilnya sehari yang lalu.

Bagi yang berada di sekitar Seberang Perai dan Selatan Kedah (Sg Petani), saya mendapat jus delima ini dengan harga RM15 sahaja di Fatimah Bakery bersebelahan Nasi Kandar Hussain berhampiran Billion Sg. Petani.  Saya telah mencari-cari di laman web dan rata-rata harganya lebih mahal dari ini.  

Mungkin entri ini dapat membantu bagi yang sedang mencari-cari jus delima ini.  Untuk khasiatnya, tanya kepada pak cik google saja, banyak yang telah senaraikan khasiatnya.

Monday, May 14

Hari guru datang lagi...


Hadiah anak-anak untuk guru-guru mereka..







2008, gambar hadiahnya di dalam PICASA, dan saya sudah terlupa kata laluannya.  Nampaknya, hampir kesemua hadiah hari guru mereka di dalam bentuk bookmark.  Untuk 2012 ini, umminya tiada mood untuk berkraf... tetapi sesuatu telah difikirkan untuk tidak menghampakan anak-anak.  

Saturday, May 12

Apam polkadot pula...

Projek hujung minggu bersama anak-anak.  Apam polkadot yang tidak nampak dot nya... huhuhu.  Dan rupanya pula, ala-ala kawah bulan... tidak licin bagai telur dikupas!  Inti jemnya pula berada di bawah hehehe.  Kukusan pertama, inti diletak selepas separuh adunan diletak di dalam cawan, dan ditutup dengan adunan kemudiannya.  Jemnya di bawah.  Kukusan kedua pula, seluruh adunan diletak di dalam cawan dan baru diletakkan jem, pun jemnya di bawah juga.  Dot-dotnya kurang kelihatan mungkin warnanya tidak menyerlah, warna pastel saja.




Janji sedap dimakan!

Resepi asal : Kak Zu
(terima kasih di atas perkongsian resepi dan cara-caranya.  Saya letakkan di dalam blog saya pula untuk rujukan)

Bahannya:

3 biji telur
275 gm tepung gandum  (= 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus  ( = 1 cawan)
150 gm susu segar...@ 150 ml bancuhan susu tepung...150 ml air + 5 scoop susu.
3 sudu teh baking powder

1 sudu kecil ovellete
1 tsp esen vanilla
 pandan paste @ apa-apa paste disukai
pewarne hijau @ apa-apa warna

intinya....sekaya,filling,jem,inti kelapajem coklat @ apa-apa saja

Cara :

1. Putar gula,telur dan ovellete hingge kembang dan berkrim...pastikan sampai putih dan pekat.
2. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.
3. Masukkan esen vanilla

4.Bahagikan kepada beberapa mangkuk dan warnakan ikut warna kesukaan anda.Boleh letak paste juga
5. Masukkan ke dalam paper cup beralaskan acuan lompang dan corakkkan apam.
5. Kukus selama 10 minit (tudung saya lapikkan kain nipis supaya airnya tidak menitis ke dalam acuan)

 

Thursday, May 10

Fiqh wanita yang lelaki juga perlu tahu

Fiqh wanita - Kerahsiaan wanita telah disampaikan oleh Ustazah Zawiyah Hassan di kampus baru-baru ini.  Ceramah ini menjadi sesi penerangan dan perkongsian yang perlu diketahui oleh kedua-dua wanita yang bakal/sudah bergelar isteri/ibu dan juga lelaki yang bakal/sudah bergelar suami/ayah.  Perlu adanya penglibatan kaum adam di dalam isu-isu berkaitan kewanitaan kerana mereka adalah ketua dan pemimpin keluarga.  Janganlah malu dan segan wahai kaum adam untuk menyertai majlis ilmu sebegini.  


ustazah Zawiyah in action

Intipati ceramah saya letakkan di dalam diagram begini untuk rujukan mudah.  Jika perlukan penerangan lanjut berkaitan permasalahan wanita, bolehlah dirujuk kepada yang arif di dalam bidang ini.  


Saya juga baru mengetahui tentang darah 'fasad' ini.  Sedikit homework yang saya lakukan, ada penerangan ringkas oleh Ustaz Nor Amin.  

Tuesday, May 8

Cup cakes comel

Ini namanya 'cup cake' malas!  tiada topping... hanya semata-mata cup cake.



Percubaan pertama tidak mengecewakan.  Misi pertama saya untuk membuat apam dot dot hujung minggu lepas ke laut!  Apamnya tidak gebu dan leper (adunan tidak cukup kembang).  Tetapi leper-leper pun, ada tukang makan... ok lah.  Dot-dot nya pun tidak menjadi, salah teknik rupanya!  Setelah menelek blog ini, oooo... begitu caranya!  Kena cuba lagilah nampaknya...  

Cuba tengok blog itu, comel-comel apam polkadot dia... geram!      

Berbalik kepada cup cake yang saya buat, saya layankan keinginan adik ingin meletakkan manik kecil ke dalam kek tersebut, kelihatan seperti bertampuk-tampuk sedikit atas kek apabila masak.  Tidak kisahlah, janji saya puaskan hati pembantu chef itu.  Cawan kertas yang digunakan kecil sedikit, jadinya, saya dapat 27 cup cakes.  Jika ingin letakkan topping, lebih elok jika adunan diletakkan 1/2 dari paras cawan.

Terima kasih kepada alma kerana berkongsi resepi ini.

Resepi asal : alma (myresepi)

Bahan-bahan ( 18 - 20 papercups medium size )

  • 300g tepung (saya gunakan 2 cawan - converter)
  • 350g gula (saya gunakan 1 3/4 cawan - converter)
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1½ sdk soda bikarbonat
  • ½ cawan butter (lebih kurang 120gm butter.  Buttercup 250gm, saya gunakan hampir separuh)
  • 2 sdk esen vanilla
  • 1 ½ cwn susu segar
  • * 2 biji telur

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali *) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lg dgn kelajuan tinggi selama 2minit lagi.
  2. Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups. Yang saya buat ada yg tinggi, ada yg rendah. Bakar selama ±20min gitu atau hgga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, saya guna 170C.
  3. Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka. Topping saya tu: ¼ cwn susu pekat + ¼ cwn serbuk koko + ¼ buku butter. Masukkan smua dlm periuk, panaskn atas api & terus kacau, sekejap aje iaitu bila dah bercampur smua & beku sket trus angkat and sapukan atas cupcake yg telah sejuk. Hias ikut citarasa masing2.


Saya gunakan converter untuk menukarkan unit bahan-bahan yang digunakan.  Berlainan bahan, berlainan bilangan cawan yang digunakan.  

Mudah dan cepat disiapkan.  Selamat mencuba.  

Thursday, May 3

Bersatu dengan alam @Kg Kuala Boh, Cameron Highlands

Berada nun jauh di pedalaman perkampungan orang asli, melihat kanak-kanak yang bebas merayau berkaki ayam ke sana-sini tanpa rasa takut dan gentar akan kejadian jenayah culik seperti imbasan kaca televisyen yang mengulang tayang zaman kanak-kanak saya!  Mereka masih lagi bebas dari cengkaman perasaan takut.. alangkah bahagianya hidup mereka yang tidak terkurung oleh pagar besi di keliling rumah sendiri!


Mereka masih mengekalkan hidup bermasyarakat yang kian hari makin terhakis di kalangan masyarakat moden hari ini.  Seisi kampung dikenali dan hubungan kekeluarga erat sekali dengan wujudnya rumah-rumah sampingan di sisi rumah induk untuk anak-anak yang sudah berumahtangga.  Inilah sisi positif kehidupan masyarakat orang asli Kuala Boh, Cameron Highlands yang saya kunjungi selama 3 hari 2 malam itu.

demonstrasi masakan
Udara pagi yang segar di lembah antara dua bukit itu saya hirup dalam-dalam terutamanya di hari terakhir kami di situ.  Tenang ketika mendengar deruan air sungai Mensun yang tidak putus-putus mengalir yang jelas kedengaran ketika suasana sunyi biarpun airnya tidak lagi jernih yang mampu menggamit hati untuk terjun ke dalam isi perutnya.  Juga burung yang berkicau di sana-sini... ianya seakan berirama memecah keheningan pagi, aman dan damai. 

Mendengar cerita dari orang asli sendiri, keadaan di situ tidak lagi sama ketika 10 atau 20 tahun lalu di mana keadaannya lebih segar dan air sungainya lebih jernih berbanding hari ini.  Mungkin generasi mereka akan datang tidak lagi dapat menikmati khazanah alam yang semakin hari semakin terhakis.



demonstrasi masakan 




2 malam di khemah ini

deretan khemah yang didirikan (di atas sana juga ada)

perasmian - ucapan oleh tok penghulu

makan berjamaah

sedap tak dik?


ziarah rumah ke rumah untuk menyampaikan barang sumbangan berupa Quran, Iqra' dan Yaasin





salah sebuah rumah yang kami kunjungi (rumah induk)

rumah baru yang dibina untuk menampung keluarga anak yang sudah berkahwin


sungai Mensun yang sudah keruh airnya

deruan airnya, damai...

kelas fardu ain di surau lama




sukaneka wanita

bawa guli menggunakan chopstick

tepung sudah menjadi bedak!

naik turun naik turun tak pa saja...

mampu mengupas kulit limau menjadi panjang?

tadika lama yang sudah tidak digunakan
chalet

uniknya - dahannya bersudut tegak







Walaupun mereka sudah kembali kepada fitrah menjadi seorang muslim, tetapi masih banyak yang tidak mereka ketahui.  Bacaan solat mereka sekadar hafalan semata-mata, huruf-huruf Al-Quran tidak mereka kenali.  Anak-anak yang bersekolah tidak menjadi masalah kerana mereka dapat mempelajarinya di sekolah, tetapi ibu-ibu mereka, agak jauh ketinggalan.  Menjadi tanggungjawab seorang muslim yang lebih mengetahui untuk mengajar mereka, tetapi sudah tentu tidak dapat dilaksanakan di dalam masa yang singkat sekadar 2, 3 hari di sana.  Hanya setelah kita diterima oleh masyarakat mereka, ketika itulah pelajaran dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin