Jika Cinderella didera oleh ibu tirinya, tetapi Puteri Kemilau Cahaya (PKC) pula didera oleh ibu saudaranya yang merampas tahta kerajaan kepunyaan ayahanda dan bondanya.
Kisah dongengan islamik yang berlatar-belakangkan suasana istana ini sampai ke kemuncaknya apabila ibu saudaranya menggunakan sihir untuk memenuhkan hasrat hati yang tamakkan tahta kerajaan Intan Bertatah. Puteri Kemilau Cahaya yang amat disayangi oleh seluruh isi istana itu menderita kerana dipaksa menjadi seperti seorang hamba setelah ayahanda dan bondanya dikurung di dalam sebuah gua. Hanya PKC yang dapat menyelamatkan ayahanda dan bondanya serta kerajaan Intan Bertatah.
Kisah putera-puteri yang diterbitkan oleh PTS One ini menjadi alternatif kepada kisah dongengan barat yang banyak disajikan kepada anak-anak kita. Mukasurat yang berwarna-warni menjadikan anak-anak dan kita juga (orang dewasa) juga teruja untuk mengikuti kisahnya.
Harga pasaran : RM22 (SM) / RM25 (SS)
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?