Wednesday, January 28

Makan Kenduri + Makan Angin

Sabtu lepas, kami sekeluarga mengiringi sepupu yang bertemu jodoh dengan gadis Sayong, tempat yang sinonim dengan labunya. Majlis akad nikah telah dilaksanakan di Masjid Idrisiah Kedua Saiong yang telah disempurnakan pembukaannya pada 28 Februari 1969. Ternyata kunjungan ini bukan hanya sekadar makan kenduri tetapi kami juga sempat "makan angin" di sekitar bandar KK. Senibina Masjid, Istana serta Muzium ternyata memikat pandangan serta lensa kamera saya. Hehehehe... (berangan macam pro pula...). Teringin juga menjamah laksa "water front" seperti yang dicadangkan oleh kakak, tetapi tidak kesampaian. InsyaAllah, jika berkelapangan lagi, kami akan ke sana lagi.

cool saja dia mengadap tok kadi

mempelai menanti penuh debaran

aksi anak-anak yang teruja dengan air pancut Masjid Ubudiah

Masjid Ubudiah

Istana

Muzium DiRaja Perak

Friday, January 23

Cucu

Kanak-kanak ribena

Gambar ini tidaklah lama seperti yang kelihatan di sini. Sengaja saya letakkan special effect kepada gambar yang baru berusia setahun ini. Kelapan-lapan mereka adalah cucu kepada ibu/bapa mertua saya. Sehingga kini, telah bertambah dua orang lagi.

Hari Ahad insyaAllah kami akan pulang ke kampung suami. Dan kebetulan, kesemua anak-anak kepada Cikgu Nan juga dapat bersama. Sekali sekala berkumpul bersama, pasti ada cerita-cerita menarik yang dapat dikongsi. Yang pastinya, akan riuh rendahlah rumah "Tok Ki" dengan suara kanak-kanak ribena ini, hehehe. Suami sudah membuat perancangan, kita makan laksa Kuala Perlis pula! Saya sememangnya peminat laksa. Saya pernah merasa laksa Teluk Kechai, Laksa Johor, Laksa Sarawak, Laksa Kelantan, tetapi saya rasa, Laksa Penang juga yang menjadi "pujaan hatiku"...hehehe. Jangan marah ye...

Wednesday, January 21

Mendung...


3, 4 hari ini saya agak "mendung", diserang selesema dan batuk. Tidaklah seteruk mana, tetapi "mood" menjadi tidak menentu, mungkin disebabkan ubat selesema/batuk yang menyebabkan mengantuk atau...kerana terlalu fikirkan tugasan saya yang masih belum selesai. Rasanya kedua-duanya... hehehe. Cuma kena tetapkan di dalam fikiran, moga-moga Allah permudahkan segala urusan saya. Selalu teringatkan doa ini "Rabbi Yasir wa la tuassir" (Ya Allah permudahkanlah dan janganlah Engkau susahkan) tidak kira ketika memandu atau ketika melakukan apa saja.

Monday, January 19

Kalendar Persekolahan Tahun 2009

Dari laman web Kementerian Pelajaran


Kalendar Persekolahan Tahun 2009

Kumpulan A

Penggal

Cuti dan Hari Persekolahan

Mula

Akhir

Hari

I

Hari Persekolahan

04.01.2009

29.01.2009

20

Hari Persekolahan

01.02.2009

26.02.2009

20

Hari Persekolahan

01.03.2009

12.03.2009

10

Cuti Pertengahan Penggal

13.03.2009

21.03.2009

9

Hari Persekolahan

22.03.2009

31.03.2009

8

Hari Persekolahan

01.04.2009

30.04.2009

22

Hari Persekolahan

03.05.2009

28.05.2009

20

Cuti Pertengahan Tahun

29.05.2009

13.06.2009

16

II

Hari Persekolahan

14.06.2009

30.06.2009

13

Hari Persekolahan

01.07.2009

31.07.2009

22

Hari Persekolahan

02.08.2009

20.08.2009

15

Cuti Pertengahan Penggal

21.08.2009

29.08.2009

9

Hari Persekolahan

30.08.2009

31.08.2009

2

Hari Persekolahan

01.09.2009

30.09.2009

22

Hari Persekolahan

01.10.2009

29.10.2009

21

Hari Persekolahan

01.11.2009

19.11.2009

15

Cuti Akhir Tahun

20.11.2009

02.01.2010

44

Jumlah

288

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am

210

Jumlah Hari Cuti Penggal

78

Kumpulan B

Penggal

Cuti dan Hari Persekolahan

Mula

Akhir

Hari

I

Hari Persekolahan

05.01.2009

30.01.2009

20

Hari Persekolahan

01.02.2009

27.02.2009

20

Hari Persekolahan

01.03.2009

13.03.2009

10

Cuti Pertengahan Penggal

14.03.2009

22.03.2009

9

Hari Persekolahan

23.03.2009

31.03.2009

7

Hari Persekolahan

01.04.2009

30.04.2009

22

Hari Persekolahan

01.05.2009

29.05.2009

21

Cuti Pertengahan Tahun

30.05.2009

14.06.2009

16

II

Hari Persekolahan

15.06.2009

30.06.2009

12

Hari Persekolahan

01.07.2009

31.07.2009

23

Hari Persekolahan

03.08.2009

21.08.2009

15

Cuti Pertengahan Penggal

22.08.2009

30.08.2009

9

Hari Persekolahan


31.08.2009

1

Hari Persekolahan

01.09.2009

30.09.2009

22

Hari Persekolahan

01.10.2009

29.10.2009

22

Hari Persekolahan

02.11.2009

20.11.2009

15

Cuti Akhir Tahun

21.11.2009

03.01.2010

44

Jumlah

288

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am

210

Jumlah Hari Cuti Penggal

78

Kumpulan A

Kumpulan B


  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Friday, January 16

I was asked once..

Hasil tulisan yang menarik dari seorang teman yang melakukan PhD di Australia.

Sedikit cadangan dari beliau, "
To those who wanna read more about Islam, Quran and Science check out Harun Yahya's books, he writes a lot about Quran and science.. and they're easy to read too.. I have to give credit to him too ..His writing has always inspired me. This is the website : http://www.harunyahya.com/ "

-------------------------------------------------------------------------
I was asked once..
When we decided to come to Australia almost three years ago, though exciting, there were many worries in my mind. Will I be able to do well in my Phd? Will we manage financially? Will we be able to cope taking care of the family? Having a ‘bibik’ for a year has pampered me somewhat..and of course being a Muslim in the post 9/11 times, there’s always a bit of worry on how we will be accepted in a non-Muslim world. Many of the worries above proved unnecessary, praises to Allah. Sure, we haven’t had a super easy life here but hey, life’s an adventure...always with ups and downs and all in all, our life here is much easier than many.

My worry being a Muslim in a non-Muslim world was also not necessary. The Australians that I’ve met proved to be very open people and accepting to the different religions and culture. Of course, I can’t say that’s true about everyone in Australia but from my experience, that’s the idea I’m getting. One thing I like about the Aussies is their genuine interest to know. They can really ask questions! Not to intimidate, but just to know..which I really appreciate.

Perhaps one of the first questions I was asked was; “How can you be a scientist when you believe in God ?” When the whole modern science is based on evolution.. that’s a pretty tricky question to answer when it’s coming from a western scientist.. hmm..I can’t really remember what I answered back then, or I probably just smiled and kept quite out of respect for the senior scientist, because I have a different question ;
“How can you be a scientist and not believe in God ?”

This is the reason to my question. I’ve been doing Biology since 1992..(gosh I’m old)..From microbes to plants and now cows.. cow’s brains to be exact.. the more I learn , the more I’m convinced that there is a Creator, things can’t just happen..To me, everything in nature is too perfect.. everything in nature just works perfectly ..think about it.. every single creature, every single plant, every single stone or formation have their own functions. Let’s take an ecosystem in a cave for example, if there’s no caves, bats can’t live in them , if there’no bats, there’s no food for snakes.. if there’s no snakes, well..there’s no food for eagles and they’ll be too many bats around and they’ll find other places to stay and disrupt the ecosystem somewhere else. This is just one tiny weeny example, it just takes a flick to the discovery channel to just see how amazing nature can be and to me, everything is too perfect to just happen by chance or evolve..too perfect.

Now, as I’ve ventured into the world of molecules, genes and DNA, my amazement in Allah’s creation has increased even more. DNA is such an amazing molecule. The basics is so simple; every human being’s genome has 3 billion of 4 bases as we usually know as A C T G. But yet, how it works is so complicated and even after years and years trying, scientists are still in the dark of how it actually works. This is a proof of the wonder of this molecule. No two creatures have the exact same DNA sequence, well except for identical twins. And all humans, no matter whether we’re Asean, Caucasian, African, Arabs; our DNA is 99.9% similar..99.9%! Amazing isn’t it? Masyallah ! Everyone’s DNA is only 0.1% different from each other..but look around ! everyone sure looks different .. not only look different.., everyone works differently as well, some are prone to some diseases than others, some have better skills than other..not to mention, everyone behaves differently as well..
The structure of the genome too is amazing. The genome is in the nucleus of every single cell of our body and is folded into a structure that we know as chromosome. I read this in one of Harun Yahya’s book years ago..structural studies show, that if all our 3 billion bases is arranged like lines in a book; the length would make 900 volumes of 500 pages encyclopedias ! and to think it can fit in a nucleus of a cell that we can’t even with our naked eye.. It seems impossible, isn’t it ? Well it’s not..

Just by looking at only one molecule, my amazement in Allah’s creation grew even more..how DNA work is so complicated but yet so perfect and I’m convinced that Allah is the only one that can make it work ..No wonder Allah has always encouraged us to learn and read. He knows that knowing the truth will bring us closer to Him..insyallah...Of course I’m not saying those in science are more religious than others..I for one have so so so much more to learn. We don’t have to be in the lab to discover the wonders of Allah’s creations do we? We just need to look around and we will find..

Thursday, January 15

Mata

Semalam adik mengikut kakaknya ke kelas fardu ain di Transit kakak. Dia tidak mahu ke kelas taskanya. Semasa di dalam kereta dalam perjalanan balik ke rumah, adik bercerita...

"Umi, cikgu kakak lukis mata...Ainun"
"Hidung apa?", saya bertanya...
"Nose", jawapnya

Kami semua ketawa. Kakak menyampuk, "Anfun la adik.." hehehehe...

Alkisah

Semalam (Rabu) kakak mendapat MC. Malam sebelumnya, hidungnya tersumbat serta tekaknya sakit, tidur malam tidak berapa nyenyak.

Sebenarnya, saya hendak ceritakan kisah ini. Pagi-pagi semalam, saya keluarkan karipap dan samosa untuk digoreng. Karipap sudah selesai digoreng. Samosa masih di dalam kuali. Ketika hendak mengangkat... tiba-tiba... (saya tak pasti bagaimana bunyinya..hehehe)... meletup samosa yang masih di dalam minyak panas... apa lagi!... bersepah taburan-taburan samosa itu di lantai serta hood dapur saya. Terasa pedih di muka dan tangan. Cepat2 saya matikan gas dapur. Selesai disapu minyak habatussauda' di muka serta tangan yang terkena minyak panas, bekas yang terkena minyak kelihatan merah. Syukur anak-anak tidak berada berdekatan dapur ketika itu. Mereka mula bertanya-tanya, "kenapa umi" "kenapa umi".

Saya dan suami mula membuat teori sains...hehehe...kemungkinan samosa yang disimpan di tempat sejuk beku itu mengandungi air serta membeku di dalam balutan samosa itu, jadi, bila terkena minyak yang panas...maka, meletuplah samosa itu walaupun ketika gorengan itu dengan api yang kecil. Betullah kot...hehehe.

Alhamdulillah, bekas terkena minyak panas tidak kelihatan lagi, tetapi kesannya masih berbekas di hati.. hehehe. Hati-hati bila menggoreng...lebih-lebih lagi, jika ada kanak-kanak yang menyibuk di situ.

Dari aspek lain, jauh di sudut hati...saya menyedari, semua ini terjadi dengan izin Allah jua.

Monday, January 12

Mereka...

tidak pernah kenal apa erti peperangan...


tidak pernah kenal apa erti kebuluran...


tidak pernah kenal apa erti kehilangan...


Setiap kali terbaca/terlihat gambar-gambar sekitar wilayah bergolak di Gaza, hati saya diruntun sayu... kerana melihatkan wajah-wajah anak-anak yang seusia anak saya yang tidak berdosa, diperlakukan sedemikian rupa....speechless!

Friday, January 9

Sabar....

Kepala saya agak pusing hari ini memikirkan data analisis saya. Agaknya inilah yang dirasakan apabila semakin hari semakin hampir dengan dateline untuk menghantar laporan penuh dissertasi. Moga-moga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada saya untuk menghabiskan apa yang telah dimulai ini. Hanya beberapa bulan saja lagi...sabar...sabar...

Itu yang untuk meredakan "kepusingan" kepala saya, diubah gambar header yang baru... hehehehe. Sekurang-kurangnya lega sedikit...

Wednesday, January 7

Hari-hari seterusnya

1, 2 hari ini agak sibuk menguruskan kakak ke sekolah. Untuk permulaan, saya dan suami masih monitor tentang persekolahan kakak. Secara berperingkat dilepaskan berdikari.

Adik, Alhamdulillah, tidak banyak ragamnya ketika masuk ke tadika. Almaklum, suasana dan persekitaran yang tidak asing baginya. Adik agak teruja menyarungkan baju tadikanya kerana sebelum ini masih belum memakai uniform. Siap berpesan "umi, nanti umi ambik gambar adik di sekolah ya..." hehehehe....

Monday, January 5

Bagaimana?

Perjalanan disertasi saya insyaAllah, lancar dan dijangka tamat pada Mei/Jun ini jika tiada aral melintang. Ketika mengakhiri pertemuan dengan penyelia saya, beliau mengutarakan lagi cadangan untuk menyambung ke peringkat PhD...hmm.... masih lagi berfikir mengenainya.

1) Tadi pagi ketika masuk ke pejabat, terdengar berita beberapa teman yang memohon biasiswa untuk peringkat PhD telah berjaya.

2) Sahabat ketika sama-sama membesar di sekolah rendah dan menengah juga akan memulakan pengajian PhD tidak lama lagi.

Haiii... tiba-tiba semangat jadi berkobar-kobar semula kerana ramai kawan-kawan yang seangkatan telah mengambil langkah permulaan. Bagaimana dengan saya? hehehe...

Hari Pertama

Melihat kegembiraan dan keterujaan anak-anak melangkah ke alam persekolahan, saya terkenangkan anak-anak di Palestin...bergenang airmata.. bagaimana nasib mereka yang sering ditindas...ya Allah selamatkanlah bumi Palestin dari cengkaman musuh Islam.

Friday, January 2

Hari Orientasi Sekolah

Pagi-pagi kakak sudah bangun dengan semangat yang berkobar-kobar. Saya tahu, kakak amat teruja untuk memulakan persekolahannya sebagaimana perasaan saya dahulu ketika berusia 7 tahun. Kami bertolak ke SKPJ sekitar jam 7.30 pagi.


Ketika beratur untuk memeriksa nama kakak di kaunter, kakak bertemu dengan kawan tadikanya..apa lagi, bertambah confident lah kakak untuk masuk ke kelas. Sewaktu cikgu memanggil anak-anak murid beratur mengikut kelas masing-masing, kakak dan kawannya, Hajar terus ke depan..Amboi...bersemangat sungguh!


Agak lama sesi di dalam kelas, manakala di kantin, para waris diberi taklimat tentang sekolah serta peraturan-peraturan sekolah. Kami menjengah sekejap untuk melihat suasana di dalam kelas kakak dan terus berlalu untuk memberi ruang kepada guru menjalankan tugas mereka. Selesai orientasi di dalam kelas sekitar jam 11.30 pagi.

ingat nak curi-curi tengok dari belakang, dia perasan pula..(kakak dalam bulatan merah)


Di dalam kereta, macam-macam ditanya kepada kakak. Rupanya mereka diberikan roti dan air mineral. Kata kakak minggu depan tidak boleh makan di dalam kelas, kena makan di kantin, hanya hari ini dibenarkan makan di dalam kelas. Hehehe....

Suasana hari pertama persekolahan dahulu dan sekarang sangat jauh bezanya. Dahulu, kedengaran esak tangis murid-murid yang baru cuba berenggang dengan ibu ayah masing-masing. Sekarang, mungkin kerana kanak-kanak sudah biasa dengan alam tadika, maka, mereka menjadi lebih yakin untuk melangkah ke alam persekolahan.

Thursday, January 1

Permulaan Baru


Sudah lama saya tidak meletak kapur putih di kasut...comot-comot jadinya. Nanti kakak akan diajar bagaimana untuk meletakkan kapur di kasut sendiri. Esok kakak akan melalui orientasi bagi pelajar Tahun 1. Umi dan abah pula yang teruja! Hehehe....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin