Friday, January 23

Cucu

Kanak-kanak ribena

Gambar ini tidaklah lama seperti yang kelihatan di sini. Sengaja saya letakkan special effect kepada gambar yang baru berusia setahun ini. Kelapan-lapan mereka adalah cucu kepada ibu/bapa mertua saya. Sehingga kini, telah bertambah dua orang lagi.

Hari Ahad insyaAllah kami akan pulang ke kampung suami. Dan kebetulan, kesemua anak-anak kepada Cikgu Nan juga dapat bersama. Sekali sekala berkumpul bersama, pasti ada cerita-cerita menarik yang dapat dikongsi. Yang pastinya, akan riuh rendahlah rumah "Tok Ki" dengan suara kanak-kanak ribena ini, hehehe. Suami sudah membuat perancangan, kita makan laksa Kuala Perlis pula! Saya sememangnya peminat laksa. Saya pernah merasa laksa Teluk Kechai, Laksa Johor, Laksa Sarawak, Laksa Kelantan, tetapi saya rasa, Laksa Penang juga yang menjadi "pujaan hatiku"...hehehe. Jangan marah ye...

4 comments:

  1. laksa penang buatan mak kita juga yg best kan ke ke ke.... sabar je la ... selamat CCM kat Aloq Staq

    ReplyDelete
  2. yum yum...mak buat ja yg sedap..hehehe. Lagi 1 laksa kg petani, ok jugak.

    ReplyDelete
  3. Memang seronok dapat berkumpul. Miss all that... salam kenal .. i like you blog

    ReplyDelete
  4. wan rose,
    salam kenal. Terima kasih kerana berkunjung ke sini. Memang seronok apabila berkumpul, bermacam2 cerita yang timbul.. :-)

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin