Ayahanda saya pulang ke Rahmatullah pada 1 Jun 2006. Sudah 3 tahun dia meninggalkan kami, namun, kenangan bersamanya tetap segar di dalam ingatan. Sesudah jenazah selamat disemadikan, pada sebelah malamnya kami berkumpul serta meninjau kabinet yang menyimpan segala surat-menyurat dan dokumen penting untuk diuruskan jika masih belum diselesaikan. Satu persatu fail dan kertas, surat menyurat diselak. Airmata saya mengalir perlahan apabila saya melihat segugusan surat-surat saya ketika masih belajar ijazah pertama di Amerika Syarikat pada tahun 1994 - 1995 masih tersimpan rapi di antara helaian-helaian dokumen yang ada. Bukan itu saja, sampul surat juga diklipkan sekali beserta tarikh diterima. Setiap surat itu ditandakan dengan nombor turutan 1 - 10, bilangan surat yang dikirim sepanjang tempoh 2 tahun saya di sana. Surat terakhir yang diterima adalah 17 Oktober 1995, 2 bulan sebelum saya kembali ke tanahair. Itulah ayahanda saya, sekecil-kecil kertas serta surat, akan disimpannya dengan rapi.
Satu persatu surat-surat yang ada bertulis tangan dan bertaip itu saya ulang baca dan airmata semakin deras mengalir. Surat-surat itu masih saya simpan sehingga kini.
Sewaktu blog ini diwujudkan, saya ingin mengabadikan coretan itu agar ianya masih dapat ditatap oleh anak-anak saya di kemudian hari, supaya mereka dapat mengetahui, bahawa, internet masih lagi tiada di dalam kamus kehidupan orang kampung. Ketika itu, jaringan internet tidak begitu meluas seperti sekarang, dengan emel, facebook, tweeter, friendster, flixster dan bermacam-macam lagi. Sekali klik, sampailah berita dari benua Eropah ke Asia hanya dalam sesaat. Video dan gambar, segera dapat dilihat oleh keluarga di tanahair tidak seperti 10 tahun lampau. Agaknya generasi muda sekarang tertanya-tanya, bagaimanalah agaknya kita dapat "hidup" tanpa internet? hehehe.

pelbagai kenangan yg tak mungkin dapat dilupakan..akak penah kena kejar ngan bapak sbb lari bila nak kena rotan..dan for sure bapak dapat menangkap akak. teruk kena rotan sbb kesalahan dan sbb lari ...rasanya akaklah anak yg paling nakal..hehheheheh
ReplyDeletehehehe, lari pasai tak mau pi mengaji... merata lari keliling pokok moktan, adik tengok dengan ketakutan hehehe.
ReplyDeletehu hu hu...tp rasanya surat2 yg ditulis tu lbh terasa dkt dgn kita berbanding sms, e mel dll... rindu zaman menulis kad raya ;)
ReplyDeletebetul tu lin...surat ada "personal touch" lagi berbanding dengan emel. Kad raya masih dihantar, cuma alamat kawan2 je dah berubah. Siapa nak kad raya, beri alamat ye hehehe ^_^ (by the way, Lin, nak join kelab poskad kami tak? Dah ada 6 orang sekarang ni, 3 di M'sia, 1 di Australia, 1 di Netherland dan 1 di Thailand)
ReplyDelete