Thursday, July 31

Panggilan Mesra

Semalam saya mendapat panggilan telefon dari Kak Long Syikin. Walaupun perbualan yang singkat, tapi cukup untuk mengeratkan lagi silaturrahim yang baru terjalin.

Syikin, InsyaAllah, bila-bila turun ke KL nanti, akan singgah juga ke rumah. Tempohari, masa agak singkat di KL, jadi tak sempat berkunjung ke sana.

Alor Star

Sebenarnya, semasa pagi di Cameron Highland tu, suami dapat berita, ayah telah dimasukkan ke dalam wad. Sebelum ini ayah memang pernah dimasukkan ke dalam wad kerana masalah jantung.

Sampai di rumah, keluarkan baju-baju terpakai, dan kemaskan serta gantikan dengan baju yang bersih. Hmm... rasa letih juga bila dah sampai rumah dan duduk-duduk mandi. Selepas maghrib bertolak ke Alor Star pula.


Sampai di sana, kebetulan mak juga sudah bersiap sedia untuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, hospital yang penuh dengan kontroversi dulu itu. Terus kami pun berangkat ke sana. Ambil giliran untuk melawat ayah di Wad Pemulihan Jantung kerana hanya 2 orang pelawat dibenarkan ketika itu serta kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan melawat. Kata ayah, darahnya pekat, jadi jantung agak bermasalah untuk menjalankan fungsinya.


2 hari di Alor Star, sempat berjalan-jalan sekitar bandar diRaja Anak Bukit menyaksikan sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Kedah.



Alhamdulillah, Isnin tengahari ayah sudah kembali ke rumah.

Wednesday, July 30

Day 7 : Cameron Highland (Part 3)

Berkemas-kemas awal pagi, selesai sarapan terus check-out dari Hotel penginapan. Destinasi seterusnya ke Mardi.




asyik adik dan kakak menaburkan makanan ikan


Di sini sempat juga membeli beberapa batang pokok kaktus untuk menambahkan koleksi mak.


Selesai ke Mardi, singgah di sebuah ladang strawberi lagi, nak juga cari strawberi segar! Lupa pula ambil gambar di ladang ini. Dapat akhirnya strawberi, tapi tak banyak yang ada. Sempat lagi beli beberapa batang pokok untuk dibawa balik.

Akhir perjalanan, singgah di sini untuk membeli souvenir, harganya agak murah berbanding dengan di tempat yang kami berhenti sebelum ini.



Perjalanan pulang melalui simpang pulai, anak-anak lena keletihan di dalam kereta, terutamanya adik. Sampai di rumah mak sekitar jam 4. Berehat sebentar, makan-makan, jam 6 balik ke rumah. Masih perlu meneruskan perjalanan lagi.

Tuesday, July 29

Day 6 : Cameron Highland (Part 2)

Bertolak dari Gua Musang selepas sarapan di Kesedar Inn. Perjalanan ke Cameron Highland mengambil masa lebih dari 1 jam. Sesampai di atas sana, udara dingin mula menerpa muka. Wahhh...nyamannya. Destinasi pertama, ladang teh Boh. Dalam kegayatan saya mendaki ke 'view point', berjaya juga sampai. Kesian adik, terbatuk-batuk dia mendaki, agaknya disebab kan sejuk dan penat.


saujana mata memandang

di kedai souvenir ladang Boh


Selesai di ladang Boh, kami bergerak ke Hotel. Berhenti sekejap di sini (Nota : Jangan terburu-buru membeli souvenir, ada tempat yang lebih murah, mungkin boleh tinjau-tinjau dulu)

Di Cameron Valley

Salah satu kedai souvenir yang ada


Petang selesai check-in di the Cool Point Hotel, kami bergerak ke Ladang Strawberi KHM, agak hampa kerana strawberi segar, sudah habis! Yang masih ada, masih belum boleh dipetik.



Dalam suasana sejuk masih sempat merasa "home-made" ais krim. Sedap!


Anggur pun ada, tapi tak banyak.


Sempat memborong barangan seperti jem, kordial, strawberi kering dan syrup.

Menjelang petang, hujan turun mencurah-curah. Oh ya, yang saya perasan, kebanyakan kedai di Cameron Highland ditutup menjelang jam 6 petang. Selepas ke ladang KHM, kami mencari makan malam sampai ke Tringkap? (betul ke), ada sebuah restoren (papan tandanya ditulis Restoran Islam), jika tidak kerana papan tandanya, kami pun tak perasan, sebab restorennya terletak jauh ke dalam. Tuan punya kedai amat peramah sekali. Selesai makan, balik ke Hotel, berehat dan zzzzz.

Day 6 : Cameron Highland (Part 1)

Layan gambar bunga-bungaan dulu ye...bunga-bungaan di Cameron Highland begitu menarik saya rasa (Nama pun perempuan, minat bunga sudah tentu). Saya ada beli beberapa pokok bunga di Cameron.

kek wa ke? (tak pasti)

bunga apa ye?

bunga strawberri

bunga kucai

ini sangat dikenali kan...

yang paling saya suka :-)

bunga senduduk

keladi


Banyak lagi koleksi gambar bunga-bungaan, tak termuat di sini. Untuk part 1 cukuplah untuk bunga je sebagai pengenalan.

Monday, July 28

Berehat Sekejap

Tengahari Ahad, kepala saya pusing, muntah-muntah serta cirit-birit. Entah apa yang menyebabkan saya begini, tidak pula saya ketahui. Apa yang saya makan, anak-anak turut merasa...mereka OK saja, tetapi saya yang lembik! Ketika itu di rumah mak. Hmm, digagahkan diri untuk memandu pulang. Suami di rumah, bekerja syif malam. Sesampai di rumah, lagi teruk jadinya, berselubung selimut, bagaikan demam...cirit-birit dan muntah lagi. Hmm.. suami pula perlu bekerja lagi. Aduh..takkan nak melayan mek2 berdua dengan keadaan begini. Dibuatnya si adik muntah di tengah malam seperti 2 malam sebelumnya, teruk lagi. Dia bersuara, dah rasa badan lain macam, kenapa balik juga...saya ingatkan OK, tak sangka makin teruk.

Kasihankan saya, suami mencadangkan saya ke rumah mak...balik semula...hehehe. Sebenarnya, sudah 2 malam di sana kerana suami bekerja syif malam..hehehe. Dia menghantar saya serta anak-anak ke rumah mak ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Hari ini agak OK sedikit kecuali cirit-birit nye masih berbaki. Baru 2 hari diuji begini, berat turun sebanyak 1 kg. Oh..kalau berhari-hari, agaknya turun lagi banyak..tak perlu berdiet kan..hehehe.

Niat untuk menyambung cerita cuti-cuti malaysia tergendala. Badan masih lemah juga..selera makan hanya sedikit...tak pelah kan, kan sakit itu mencuci dosa-dosa kita.

Saturday, July 26

Day 5 : Gua Musang

Plan asalnya, keluar melalui Kuala Kubu Baru untuk ke Cameron Highland. Sudahnya, tersalah jalan semsa keluar di Bentong, terus ke Kuala Lipis, dan berakhir di Gua Musang. Tiba di sana, jam menunjukkan angka 6. Akhirnya suami bersuara, perjalanan malam ke Cameron Highland agak merbahaya, dia tidak mahu mengambil risiko. Akhirnya nekad mencari chalet/resort/hotel di Gua Musang. Alhamdulillah, kami dapat bermalam di Kesedar Inn. Tempatnya bersebelahan dengan Istana Persinggahan di Raja Gua Musang. Biliknya sangat sesuai untuk keluarga kecil seperti kami, dan kerana kakitangan awam, dapat kurang lagi harga biliknya. Tiada aktiviti menarik yang dilakukan di sana, kecuali makan malam, dan tidur..hehehe.


perjalanan ke Gua Musang

Menikmati makan malam di sini

besarnya cawan minumannya

nasi pataya

nasi goreng ladna

Kesedar Inn bersebelahan dengan Istana ini

Friday, July 25

Day 5 : Cherating (Part 4)

Hari terakhir di Cherating kami gunakan untuk melawat Santuari Penyu. Untuk kanak-kanak, tempat ini merupakan tempat yang menarik untuk mereka. Pusat dibuka dari jam 9pg - 5.30 ptg dan pada malamnya dari 7.30 mlm - 7.30 pagi. Menurut pegawai yang bertugas, mereka akan melepaskan anak-anak penyu pada malam tersebut. Oh...kami terlepas peluang itu kerana kami hampir berangkat pulang. Anak-anak agak keberatan untuk meninggalkan "kecomelan" penyu-penyu tersebut (Nota : siap berjanji dengan anak-anak, jika ke cherating lagi, kami akan ke pusat tersebut lagi)... hehehe.



adik yang keberatan meninggalkan penyu

penyu yang besar kalau tak silap saya, berumur 4 tahun, disimpan di kolam untuk tujuan penyelidikan

anak-anak penyu yang berusia 1 - 2 minggu sudah sedia untuk dilepaskan ke laut

Day 4 : Cherating (Part 3)

Hari Selasa, kami bersiar-siar sekitar pantai kemasik dan Kuala Kemaman. Terengganu sememangnya mempunyai pantai yang cantik. Leka melihat keindahan alam ciptaan Allah ini.

pantai kemasik

singgah di Kuala Kemaman membeli keropok lekor dan keropok kering

saya amat suka keropok lekor goreng, harus beli semasa di kuala kemaman

Thursday, July 24

Day 4 : Cherating (Part 2)

Makanan - saya berikan sekitar B-, kenapa? saya pernah menikmati makanan yang sama, tetapi lebih enak dan menarik dari ini.

pilihan kakak

pilihan abah

umi - hash brown dan bread pudding

omelette

adik bila nampak honey star, dia nak yang ini je

Selingan

Saya ala-ala pencinta alam begitu. Saya sangat geram apabila melihat orang membuang sampah merata-rata, merokok tanpa mengira tempat terutamanya di tempat awam, dalam lif pun boleh merokok..iskh...dan lain-lain lagi. Semalam sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, terpandangkan satu senario ini. Kebetulan ada kamera di tangan, inilah yang saya dapat paparkan antara punca-punca pencemaran alam kita.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin