3 Negeri 5 Hari, edisi cuti-cuti Malaysia kali ini. Sudah agak lama tidak bercuti bersama keluarga begini memandangkan cuti semester UiTM tidak bertindih dengan cuti sekolah! Kebiasaannya, setahun minima sekali kami akan keluar dari daerah ini untuk melihat negeri orang. Kata pepatah, banyak berjalan, luas pemandangan, tetapi belum masanya lagi untuk keluar dari Malaysia, ada sebabnya...
Perjalanan kali ini melibatkan 3 negeri di pantai timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang (Kuantan). Edisi cuti-cuti sebelum ini, kami hanya melalui Kelantan untuk ke Batu Rakit, Cherating dan Teluk Cempedak, jadi, kali ini, kami peruntukkan 2 malam di Kelantan sebelum transit di Kuala Terengganu (1 malam) dan Kuantan (1 malam).
Destinasi percutian (B,C dan D) |
Kami singgah sehari di rumah kakak di Puncak Alam sebelum bertolak balik ke rumah. Jumlah perjalanan kami lebih dari 1,000 km.
Di akhir perkongsian nanti, saya akan catatkan juga review hotel yang kami inap untuk rujukan rakan-rakan yang akan bercuti ke sana.
Kota Bharu - Grand Riverview Hotel
Kuala Terengganu - Felda Residence
Kuantan - Vistana Hotel
Ketiga-tiga hotel ini ditempah secara atas talian melalui agensi tempahan kecuali Vistana yang ditempah secara terus dengan hotel. Kami hanya memilih bilik yang termurah kerana sepanjang masa akan berada di luar berbanding di bilik hotel.
Cerita bergambarnya nanti...
can't wait to hear.. we might go the same way... :-)
ReplyDeletebanyak sangat gambaq, kena pilih2
Delete