Showing posts with label masyarakat. Show all posts
Showing posts with label masyarakat. Show all posts

Monday, March 10

Mereka yang hilang... MH370

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

(08032014) 
Penantian itu satu penyeksaan... itu yang mampu diungkapkan.  Biarpun tidak mempunyai talian kekeluargaan dengan mereka yang di dalam kapal terbang itu, kegusaran, kerisauan tetap terasa jauh di sudut hati... apatah lagi ahli keluarga dan sanak saudara mereka.

Photo: Mari ambil kesempatan seketika beberapa saat untuk sama-sama kita mendoakan semua yang berada di dalam penerbangan MH 370 saat ini agar dimudahkan segala urusan mereka. #MH370 #PrayForMH370
(sumber imej : facebook)

Diam bukan tidak peduli
Lebih baik diam dari berspekulasi
Yang bisa mengguris hati

Ahli keluarga, sanak saudara, rakan taulan yang menanti

Tragedi kehilangan mh370 ini

Ada hikmah yang tersendiri
Yang hanya Allah mengetahui
Biarpun perit menanti ditemui
Seluruh dunia menunjukkan solidariti
Berdoa dengan cara yang tersendiri

Biar berbeza bangsa, agama
Hakikatnya kita dari keturunan yang sama
Moyang kita adam dan hawa...
Harapan sentiasa ada
Hanya berdoa pada yang Maha Esa
Agar mereka dapat kembali semula
Bertemu keluarga
Yang merindui mereka

(Hasfazilah, 10032014)

Friday, December 27

Pasca Banjir Kemaman II

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Kunjungan 3 dalam 1 yang boleh saya katakan... susulan dari pakej tajaan yang kami sediakan untuk mangsa banjir (ceritanya) dan berkebetulan juga NGO Wargakilang membuat kunjungan lagi ke Kemaman, kami meluangkan masa membawa anak-anak untuk percutian pendek.

Penginapan bajet yang kami pilih melalui agoda.com - Le Village Beach Resort, Beserah RM106/satu malam untuk bilik standard.  Memadailah dapat meletak kepala untuk keluarga kecil kami kerana kami tiba di destinasi itu pun hari sudah menjelang malam dan keesokannya pula akan check-out awal pagi.  Sempat juga anak-anak berendam di kolam biarpun di dalam tempoh yang singkat.



Penyerahan pakej tajaan disempurnakan kepada En. Mahmud, penyelaras DUN Beserah. Jazakumullahu khairan kathira sahabat-sahabat di atas sumbangan ikhlas untuk mereleasasikan projek kecil kami ini.  Biarpun sumbangan ini jauh lebih kecil dari keperluan 500+ murid anak mangsa banjir, diharapkan tajaan yang sedikit ini menjadi asbab sebagai pelindung dari api neraka di Sana nanti, InshaaAllah.  

amanah telah disempurnakan

Kunjungan ke Kemaman buat kali kedua di dalam tempoh dua minggu ini meninggalkan kesan yang sedikit berlainan dari kunjungan pertama.  Menyedari semakin dekat tempoh pembukaan penggal persekolahan 2014, perasaan ini sedikit sebanyak berlegar-legar di fikiran.  Saya yang hanya mempunyai dua anak ini juga terkesan dengan perbelanjaan peralatan persekolahan anak-anak, apatah lagi mereka yang dilanda musibah banjir serta yang hidup di dalam kesederhanaan.  Biarpun ada lagi peralatan lama yang masih dapat digunakan, persiapan mereka saja sudah mencecah angka RM500+...:-<.  Ketika kembali dari orientasi kembali ke sekolah, anak di Tahun 6 memberitahu, tiap-tiap minggu perlu membayar RM2 untuk akhbar di dalam kelas.  Hurmm, bukan mengeluh, tetapi pilu memikirkan mereka yang kurang bernasib baik Allahu Allah...:( .  Hati teringat pada redup mata mereka ketika membelanjakan setiap sen di mana-mana ...

peralatan sekolah yang bakal beralih tuan

Adakah senyuman ini akan berkekalan sebaik penggal persekolahan baru bermula nanti?



Mampukah ibu ini menyediakan peralatan persekolahan yang lengkap buat anak-anaknya?



bersama penerima sumbangan

Sumbangan tilam dan bantal dari ANSARA Kulim ini diharapkan dapat memberikan sedikit keselesaan buat mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir lalu.








Rumah lama di Kg Air Putih yang musnah keseluruhannya dibadai oleh arus banjir dari sungai kemaman yang berhampiran.  



Paras air di rumah berhampiran yang roboh bahagian dapurnya.  Ketika kami sampai, ada pihak yang sedang membaiki bahagian dapur yang rosak.



Jalan kampung yang masih diselaputi selut.



Sungai berhampiran.



Gelanggang yang juga rosak akibat banjir.



Turut terselamat dari banjir, seekor anak beruang matahari.  



Kenangan yang kekal terpahat di dalam memori ini.  

Sunday, December 22

Buat mereka...

Menyaksikan sendiri keperitan pasca banjir Kemaman yang kami kunjungi pada 18 Disember 2013 lalu (cerita), en. suami mengusulkan kami menyediakan pakej tajaan untuk mangsa-mangsa banjir.  Susulan tajaan JJMS untuk orang yang kurang berkemampuan, kami yakin, ramai insan-insan yang berhati mulia yang sudi menaja pakej untuk murid-murid yang kurang bernasib baik ini.  

Pakej yang hanya RM10 untuk seorang murid ini dipakejkan di dalam dua kategori, sekolah rendah dan sekolah menengah.  

sekolah rendah

sekolah menengah

Alhamdulillah, ianya sudah melebihi 100 yang sudah ditaja.

alatulis yang dibeli

selesai di'packing'

Inilah yang akan diberikan kepada mangsa-mangsa melalui wakil tempat mereka.  Syukur ya Allah kerana kami dikelilingi oleh insan-insan yang berhati mulia yang prihatin dengan kesusahan orang lain.  Alhamdulillah.

Tuesday, December 17

Pasca Banjir Kemaman

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Pelbagai perasaan bercampur-aduk di benak fikiran ketika berkonvoi ke Kemaman menyantuni mangsa-mangsa banjir pada 14 Disember lalu. Susah untuk ditafsirkan apa yang bermain di fikiran ketika melihat pasca banjir di sana.  

konvoi di tol Karak
“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan" - Al-Baqarah : 155

"Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: Tidak ada seorang muslim pun yang tertusuk duri atau tertimpa bencana yang lebih besar dari itu kecuali akan tercatat baginya dengan bencana itu satu peningkatan darjat serta akan dihapuskan dari dirinya satu dosa kesalahan." - Sahih Muslim No.4664.

Saya bukanlah seorang jutawan mahupun hartawan yang mampu untuk menghulurkan segalanya kepada mereka, yang ada hanyalah sedikit kudrat untuk menyampaikan sumbangan yang dikirimkan oleh rakan-rakan yang perihatin.  Ingin juga mengutip pahala jariah walaupun dengan cara yang tersendiri...mudah-mudahan Allah akan memudahkan urusan saya dunia dan akhirat.  

kami berkira-kira ketinggian paras air dari pokok-pokok di kiri kanan jalan yang dipenuhi selut!

"Hadis riwayat Ibnu Umar ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat." - Sahih Muslim No.4677.

pasca banjir :(

pelantar rumah yang runtuh kerana menampung bebanan air mineral yang berat
apa yang tersisa
antara sumbangan
mudah-mudahan mereka sedikit selesa dengan adanya toto ini
paras air di dinding rumah
kerosakan harta-benda
sumbangan tilam yang juga terhad

Musibah banjir yang dikatakan antara yang terburuk di dalam sejarah ini (menurut beberapa penduduk di sana) juga merungkai hikmah persaudaraan yang tersendiri. Asas persaudaraan seakidah dan seagama inilah yang menyaksikan beberapa kumpulan sukarelawan dari pelbagai agensi bersama-sama menghulurkan sumbangan setakat yang termampu.  Ketika kami berkonvoi di Lebuhraya Pantai Timur dan ke desa-desa pasca banjir, kami berselisih dengan beberapa konvoi lain, sama-sama berbalas kerlipan lampu kereta sebagai menghargai kehadiran masing-masing - sungguh indahnya persaudaraan ini. Ianya menyatukan semua dari pelbagai latar-belakang bersama-sama menyantuni yang kurang bernasib baik.  Buat yang menguruskan bantuan mangsa banjir, mudah-mudahan usaha anda membantu semuanya tanpa mengira warna bendera parti politik seseorang itu mendapat ganjaran di sisi Allah...









Ketika berpelukan dengan salah seorang penerima sumbangan, dia berkata, "ini mak cik mun, ingat tak? kita jumpa dulu...".  Setelah saya merenung wajahnya, baru saya mengenali mak cik Maimun, ibu kepada adik Radhi OKU yang kami temui ketika jjmk Ramadhan yang lalu (cerita di sini).  Rupa-rupanya dia masih mengingati saya di pertemuan singkat kami itu :">


Memandangkan toto yang dibawa adalah terhad, hanya keluarga yang mempunyai anak kecil diberi kelebihan memilikinya.





Sebelum ini, banjir tidak mencecah lantai rumah ini, tetapi kali ini, air naik separas tingkap rumahnya.  Segala barangan tidak dapat diselamatkan lagi kerana air naik begitu mendadak.  


pemandangan yang hampir serupa di mana-mana







Wajah-wajah riang ini ibarat ais yang menyejukkan serta penawar kepada keletihan mengembara 1000km lebih.  Keletihan kami tidak setanding keletihan mereka ketika pra dan pasca banjir, kesusahan kami juga tidak dapat mengatasai kesusahan mereka berhadapan dengan musibah banjir!





Di dalam senyuman, ada air jernih yang bertakung di kelopak mata mereka.  Bibir mereka tidak henti-henti mengucapkan terima kasih di atas kunjungan dan sumbangan yang diberikan, walaupun kami hanya menyampaikan amanah rakan-rakan yang dermawan.  Sebak tertahan... apabila mereka beramai-ramai mendoakan kesejahteraan kami serta para penyumbang yang lain.




Kami tinggalkan mereka untuk meneruskan kehidupan mereka pasca banjir besar ini dengan harapan ada pihak-pihak yang sudi menyumbangkan sedikit peralatan asas untuk meringankan beban mereka.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Ummu Salamah, beliau bercerita: “Pada suatu hari, selepas menemui Rasulullah SAW, Abu Salamah mendatangiku, lalu beliau menceritakan bahawa beliau telah mendengar ucapan Rasulullah SAW yang membuat aku merasa senang. 


Baginda bersabda: Tidak ada seorang daripada kaum muslimin yang ditimpa musibah, lalu ia mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun, lalu ia berdoa, Allahumma’ jurnii fii mushibatii wa akhlif lii khairan minha (Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah pengganti yang lebih baik darinya), melainkan doanya itu dikabulkan.


Monday, December 16

JJMS

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.


Perjalanan masuk kampung untuk menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan ke daerah Selama - Ijok, Perak 8 Disember lalu  menempuh perjalanan pelbagai pemandangan - dari laluan sebesar-besar jalanraya hinggalah ke sekecil-kecil denai di pinggir hutan. 


Ianya membangkitkan kembali nostalgia bagi anak-anak desa yang membesar di dalam suasana yang serba sederhana.  Erti hidup pada yang memberi, rezeki dikongsi bukan sekadar untuk diri sendiri.  Setiap rezeki, ada hak orang lain yang perlu dipenuhi. Setiap senyuman, tangisan terharu menjadikan ianya pemangkin kepada saya untuk turut serta lagi di lain waktu.  Tidak semua dilahirkan di dalam keluarga yang mampu menyediakan segala-galanya, ianya hikmah yang hanya Dia mengetahuiNya.  




Medan kerja amal ini tidak mengira latar belakang, pangkat, jawatan serta pendidikan, semuanya berkumpul atas niat sukarela untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan.  Sama-sama berganding bahu mengangkat bebanan tanpa perlu arahan.


  

:-bd untuk marshall yang membantu kelancaran lalulintas konvoi.  

Setiap kali JJMK, wajah terharu, senyuman yang terukir di wajah penerima sumbangan pasti terpahat di ingatan para peserta konvoi.  Inilah 'penawar' bagi kepenatan berkonvoi di penghujung hari!



Mudah-mudahan dengan sumbangan dari pelbagai agensi ini dapat mengurangkan sedikit bebanan buat keluarga-keluarga ini untuk menyediakan kelengkapan dan peralatan persekolahan menjelang pembukaan penggal baru persekolahan 2014.



Generasi pelapis inilah diharapkan dapat meneruskan legasi semangat kesukarelawanan di kalangan generasi akan datang.



Biarpun serba kekurangan, mereka gigih mencari rezeki sesuap nasi tanpa mengharap simpati dari orang.

 Abang Nan OKU yang membuka bengkel motosikal di kampung Masjid

Dalam serba kekurangan, anak-anak dari Pak Sahak ini cemerlang di dalam akademik mereka.  Dua antara anak-anaknya berada di Jordan dan Mesir sedang melanjutkan pelajaran di sana tanpa biasiswa! Bagaimana mereka dapat ke sana di dalam keadaan serba kekurangan, sesungguhnya Allah datangkan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka untuk mereka.  

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 
"Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu". - At-Talaq : 2-3.



Adik ini tidak berenggang dengan beg baru yang diberikan.  Sehingga kami melangkah pergi, dia masih dengan beg panda ini.  Mudah-mudahan anak-anak ini dapat membebaskan keluarga mereka dari belenggu kemiskinan di masa akan datang.


Realiti kemiskinan yang masih wujud di abad ke-21 ini menjelang negara maju 2020.  


Di penghujung perjalanan, ini yang menanti kami...kicauan unggas dan deruan air yang tidak berhenti-henti, tenang dan damai dapat melupakan sekejap akan keletihan sepanjang hari.



Alhamdulillah masih diberi kesempatan umur, kesihatan dan masa untuk mengikuti program ngo wargakilang ini. 

Nikmat yang dikongsi, kepuasan tidak terperi, mudah-mudahan ianya menjadi perisai dari maraknya api, di akhirat nanti... InshaaAllah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin