Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.
Kunjungan 3 dalam 1 yang boleh saya katakan... susulan dari pakej tajaan yang kami sediakan untuk mangsa banjir (ceritanya) dan berkebetulan juga NGO Wargakilang membuat kunjungan lagi ke Kemaman, kami meluangkan masa membawa anak-anak untuk percutian pendek.
Penginapan bajet yang kami pilih melalui agoda.com - Le Village Beach Resort, Beserah RM106/satu malam untuk bilik standard. Memadailah dapat meletak kepala untuk keluarga kecil kami kerana kami tiba di destinasi itu pun hari sudah menjelang malam dan keesokannya pula akan check-out awal pagi. Sempat juga anak-anak berendam di kolam biarpun di dalam tempoh yang singkat.
Penyerahan pakej tajaan disempurnakan kepada En. Mahmud, penyelaras DUN Beserah. Jazakumullahu khairan kathira sahabat-sahabat di atas sumbangan ikhlas untuk mereleasasikan projek kecil kami ini. Biarpun sumbangan ini jauh lebih kecil dari keperluan 500+ murid anak mangsa banjir, diharapkan tajaan yang sedikit ini menjadi asbab sebagai pelindung dari api neraka di Sana nanti, InshaaAllah.
amanah telah disempurnakan |
Kunjungan ke Kemaman buat kali kedua di dalam tempoh dua minggu ini meninggalkan kesan yang sedikit berlainan dari kunjungan pertama. Menyedari semakin dekat tempoh pembukaan penggal persekolahan 2014, perasaan ini sedikit sebanyak berlegar-legar di fikiran. Saya yang hanya mempunyai dua anak ini juga terkesan dengan perbelanjaan peralatan persekolahan anak-anak, apatah lagi mereka yang dilanda musibah banjir serta yang hidup di dalam kesederhanaan. Biarpun ada lagi peralatan lama yang masih dapat digunakan, persiapan mereka saja sudah mencecah angka RM500+...:-<. Ketika kembali dari orientasi kembali ke sekolah, anak di Tahun 6 memberitahu, tiap-tiap minggu perlu membayar RM2 untuk akhbar di dalam kelas. Hurmm, bukan mengeluh, tetapi pilu memikirkan mereka yang kurang bernasib baik Allahu Allah...:( . Hati teringat pada redup mata mereka ketika membelanjakan setiap sen di mana-mana ...
peralatan sekolah yang bakal beralih tuan |
Adakah senyuman ini akan berkekalan sebaik penggal persekolahan baru bermula nanti?
Mampukah ibu ini menyediakan peralatan persekolahan yang lengkap buat anak-anaknya?
bersama penerima sumbangan |
Sumbangan tilam dan bantal dari ANSARA Kulim ini diharapkan dapat memberikan sedikit keselesaan buat mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir lalu.
Rumah lama di Kg Air Putih yang musnah keseluruhannya dibadai oleh arus banjir dari sungai kemaman yang berhampiran.
Paras air di rumah berhampiran yang roboh bahagian dapurnya. Ketika kami sampai, ada pihak yang sedang membaiki bahagian dapur yang rosak.
Jalan kampung yang masih diselaputi selut.
Sungai berhampiran.
Gelanggang yang juga rosak akibat banjir.
Turut terselamat dari banjir, seekor anak beruang matahari.
Kenangan yang kekal terpahat di dalam memori ini.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?