Friday, November 29

Pra JJMS

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt.


Lamanya bersawang blog ini, nampaknya saya semakin kurang menulis di sini.  Sarat otak memikirkan tanggungjawab apabila menulis untuk dibaca oleh khalayak (ramai), dibimbangi akan adanya coretan yang mungkin 'mencederakan' emosi sesiapa yang membacanya walaupun pada asalnya tanpa niat, hanya sekadar ingin berkongsi cerita sahaja. 

Okey... berbalik kepada tujuan asal saya.. :) meleret ke lain pula setelah lama tidak membebel di ruang maya ini.  

Pada 8 Disember 2013 nanti, NGO Wargakilang akan menganjurkan program Jalan-Jalan masuk kampung beri sumbangan Masuk Sekolah (JJMS).  Dengan nawaitu untuk membantu rakan-rakan/sahabat-sahabat yang tidak dapat turut tetapi ingin turut menyumbang, kami sediakan pakej-pakej untuk sekolah menengah, rendah dan pra-sekolah untuk ditaja mereka.

pakej sekolah menengah RM10

pakej sekolah rendah RM10

pakej pra-sekolah RM5

kesemuanya sudah ada penajanya

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana projek kecil kami ini mendapat sambutan dari sahabat-sahabat yang budiman untuk menaja pakej-pakej yang kami sediakan untuk diberikan kepada anak-anak yang kurang berkemampuan di Ijok nanti.  Entri ini sebagai pemberitahuan kepada penyumbang-penyumbang yang bermurah hati menaja set alatulis ini.


set sekolah menengah (kuning) dan set pra-sekolah (hijau)

set sekolah rendah

Bilangan yang diperlukan untuk JJMS Ijok nanti telah kami serahkan kepada TYDP NGO Wargakilang (berbaju oren) untuk tujuan penyelarasan dengan barangan yang telah mereka sediakan.


Selebihnya akan diserahkan kepada mereka untuk anak-anak di daerah lain pula.  

Barakallahu fikum (Arabic :The blessings of Allah (be upon you) ).  

Jika ingin mengetahui maklumat lanjut:


No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin