Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.
Acapkali kami mengikuti program JJMK - Jalan-jalan Masuk Kg. bersama NGO wargakilang (wk), perasaannya tetap sama. Di saat terasa seperti sudah lama tidak menyantuni golongan ini, seumpama bateri yang sudah di ambang merah indicatornya, ianya perlu direcharged semula, begitulah ibaratnya hati ini. Terasa seperti dunia ini lebih mengambil tempat di dalam hati ini, sudah tiba masanya untuk mendapat tazkirah secara langsung seperti dari program ini. Ianya seakan self-reminder buat diri ini untuk lebih bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan yang kadang-kadang jarang disyukuri.
antara sumbangan untuk penoreh getah |
Biarpun hanya menjadi posmen - memetik kata-kata orang kuat wk - membawa barangan sumbangan dari orang perseorangan mahupun berkumpulan, tetapi melihat keterujaan penerima sumbangan, menyoroti riak wajah mereka yang jelas terpancar kegembiraan adalah satu nikmat yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Kata-kata "kalau tak bawa (barang), tak sampai juga juga kat (pada) kami" masih terngiang-ngiang di telinga ini ketika saya beritahu mereka bahawa kami hanyalah tukang bawa barangan tersebut ketika bersalaman dengan kaum ibu ini. Pelukan erat mereka menjadikan saya sebak, apatah lagi melihat mata yang merah beserta takungan air di tubir mata mereka. Apalah sangat nilai barangan yang tidak memenuhi separuh troli pasaraya bagi kita, tetapi bagi mereka yang seumur hidup di dalam ruang lingkup kemiskinan, sangat besar maknanya buat mereka. Inilah penguat semangat kami untuk 'membuang masa, tenaga dan duit' untuk bersama-sama meredah perjalanan tidak kira berapa jauh jaraknya untuk bersama-sama menyampaikan sumbangan - biarpun menumpang sumbangan orang lain :) Terima kasih kepada para penyumbang yang anonymous yang dapat memberikan peluang kepada kami yang tidak mewah dari harta ini untuk turut menyumbang khidmat walaupun hanya sebagai posmen :)
Perjalanan jauh tidak terasa dengan pemandangan sebesar-besar lebuhraya sehinggalah jalan-jalan kampung merentasi ladang getah dan sawah padi yang hijau mendamaikan.
Biarpun di dalam serba kekurangan, mereka sangat meraikan tetamu. Di setiap perhentian untuk penyampaian sumbangan, kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan, sehingga terasa penuh perut dibuatnya.
Du'a dari mereka ini yang antara lainnya menjadi pendorong kuat untuk terus istiqamah dengan apa yang dibuat.
Kulihat hijau....
Apa ini? Generasi muda mungkin tidak mengenalinya...
Sebahagian sumbangan yang dibawa
Sebahagian dari mereka yang dibelakang tabir bersama penerima sumbangan
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?