Showing posts with label johor. Show all posts
Showing posts with label johor. Show all posts

Monday, December 10

Legoland, Johor



Percutian dan main!

Legoland ini terbahagi kepada beberapa tema seperti The Beginning, LEGO® Technic, LEGO Kingdoms,Imagination, LEGO City, Land of Adventure dan MINILAND.  Lebih 40 permainan, pertunjukan dan tarikan untuk dicuba tetapi kami tidak dapat menaiki/merasai kesemuanya walaupun masuk sebaik pintu dibuka serta balik setelah hampir pintu ditutup.  Kawasannya sangat luas dan ketika kami di sana, seramai-ramai manusia yang berkunjung di sana, menyebabkan masa menunggu bagi setiap permainan di antara 30 - 60min atau lebih.




The Beginning
Boating School

driving school
Lego Kingdom

Beetle bounce

Dino Island

Lego Studio - 4D movie
Jika ke sana, studio ini tidak boleh dilepaskan.  Anak-anak teruja dengan pertunjukan 4D yang kelihatan seperti hidup. 

Land of Adventure

The Dragon - Roller Coaster
Phew, 2 minit yang menggerunkan.  Kali pertama dan terakhir nampaknya saya akan menaiki roller coaster.  

Miniland


Saya sangat kagum dengan binaan lego yang disusun cantik yang mengambarkan bangunan/suasana sebenar di sesuatu kawasan.  Ada sesetengah binaan juga bergerak seperti di dalam video yang saya ambil ini.  Tetapi sampai bilakah binaan lego ini akan bertahan dengan cuaca panas lembab kita ini.  Contoh yang dapat dilihat seperti di Taman Tamadun Islam (TTI - Terengganu) di mana replika-replika yang ada semakin terhakis.  



Sakit kaki berjalan seharian di dalam sana.  



Bayaran masuk RM140/dewasa, RM110/kanak-kanak.  Diskaun sebanyak RM30 untuk pemegang MyKad.  Dutch Lady sekarang ini (sehingga 31 March 2013 - tidak silap saya)  menawarkan 1 tiket kanak-kanak yang perlu ditemani oleh seorang dewasa tetapi bayaran masuk untuk dewasa adalah bayaran penuh.

Sedikit panduan untuk ke sana:

1. Pakai kasut yang bersesuaian untuk berjalan jauh (seperti sport shoes).
2. Sediakan RM, RM dan RM (di dalam juga ada ATM berhampiran pintu masuk) kerana barangan di dalam kawasan ini agak mahal.  Sebotol mineral 500ml - RM2.50 (kalau tidak silap saya).
3. Sediakan payung/topi atau baju hujan.  Ada beberapa permainan basah (Dino Island) dan jika waktu hujan, wang tidak akan dikembalikan.
4. Ada dua surau untuk menunaikan solat.
5. Ada beberapa permainan yang tidak membenarkan beg dibawa bersama.

Jika boleh, berkunjunglah ketika bukan musim cuti sekolah dan dapat merasai semua permainan tanpa menunggu lama.  Untuk perancangan legoland, boleh ke interaktif ini.

Thursday, November 22

Cuti-cuti Malaysia - Tanjung Piai - Penghujung Benua Asia

Dari Muar, kami melalui jalan lama melalui Batu Pahat dan Pontian untuk ke Tanjung Piai - penghujung selatan benua Asia.

Bayaran masuk ke Taman Negara Tg. Piai : RM5/dewasa dan RM3/kanak-kanak.  

Lokasi koordinat : N 1° 15′ 58″ N, E 103° 30′ 39″



penyambut tetamu baru Tg Piai :D




Perjalanan melalui jambatan kayu kira-kira 1.2 km pergi dan balik ke Kompleks Pelawat.  Kami melalui jambatan kayu dengan diiringi bunyi unggas yang bebas di hutan bakau itu.  Ketika tiba di penghujung tanah besar, saya merenung jauh-jauh pemandangan yang terbentang di hadapan saya dengan kapal-kapal tanki besar yang berderetan di laut sana.  Pantainya berselut di hujung tanjung.  Maklumat lengkap dari blog ini.  





maklumat untuk pelawat

Pelihara alam-sekitar

Angin-angin sepoi mengiringi perjalanan

Akhirnya...

Pembelajaran di dalam persekitaran alam


Siput Berongan

Ikan?

Jeti pelawat


Langit kian gelap


Tips:

Peliharalah alam semulajadi dengan tidak membuang sampah merata-rata kerana ianya mengganggu ekosistem di taman negara tersebut.

Saturday, November 17

Cuti-cuti Malaysia - Selatan

Alhamdulillah, dengan izinNya, kami dapat bercuti-cuti Malaysia ke selatan tanahair pula.  Perancangan yang dibuat merangkumi 5 perhentian, PPinang - Puncak Alam - Muar - Skudai - Rompin - Puncak Alam - PPinang.  Perjalanan kali ini sehingga benar-benar ke selatan tanahair - Tanjung Piai - penghujung benua Asia.  Lengkap sudah jelajah ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, mungkin perjalanan akan datang akan menjangkau Sabah Sarawak pula (sambil menjeling orang sebelah).  



Kami memilih untuk menginap di Homestay (rumah singgah) di ketiga-tiga perhentian kami - Muar, Skudai dan Rompin.  



Homestay Al-Raudah, Muar adalah yang paling disukai oleh anak-anak.  Rumah ini sangat-sangat dicadangkan jika sesiapa yang berminat ingin bermalam di Muar.  Ianya boleh memuatkan beberapa keluarga dengan 3 bilik tidur yang besar beserta dua ruang tamu dengan bayaran RM170/sehari.  Jika keluarga yang ramai, rumah banglo berkembar ini dihubungkan dengan pintu tengah seperti di bilik hotel.  Rumah ini terletak di persekitaran kampung dengan dikelilingi oleh pokok buah-buahan.  
Lokasi koordinatnya : E 102.609194*, N 2.018033*.


Di Skudai pula, kami menginap di sebuah rumah di Taman Universiti.  Rumah ini agak kecil dengan satu bilik tidur utama serta dua bilik dengan katil bujang. Sesuai untuk keluarga yang mempunyai bajet yang agak terhad untuk menginap dengan bayaran hanya RM150/sehari.  
Lokasi koordinatnya : E 103.623960 N 1.528591.



Di Kuala Rompin pula, Homestay Al-Hana menjadi rumah singgahan kami.  Rumah ini juga agak selesa untuk keluarga yang ramai dengan bayaran RM200/sehari.  Lokasinya sangat mudah betul-betul berhadapan dengan Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Kuala Rompin.  Ketiga-tiga biliknya dilengkapi dengan penghawa dingin.
Lokasi koordinatnya : E 103.8222505 N 2.429760


Saturday, June 6

Jauh Berjalan

Minggu yang baru berlalu merupakan minggu yang memenatkan. Manakan tidak, puas berjalan ke sana ke mari. Selesai menghadiri majlis walimatulurus di KB dan Grik, perjalanan diteruskan ke rumah kakak di KL, persinggahan sebelum ke destinasi di selatan tanahair. Aktiviti seharian di KL dihabiskan di Jalan Tunku Abd Rahman serta Masjid India dan Jusco, Kepong hingga menjelang maghrib.

Kami bertolak ke selatan tanahair pada hari Selasa, 2 Jun, sekitar jam 9.30 pagi. Perjalanan yang mulanya sejuk menjadi panas setelah aircond kereta tidak berfungsi ketika menghampiri Senawang. Terpaksalah meneruskan perjalanan dengan udara asli yang dicemari dengan habuk dan asap. Diri terasa insaf dengan siksaan api neraka yang amat panas berbanding dengan kepanasan dunia. Anak-anak diingatkan tentang api neraka yang lebih dahsyat berbanding dengan kepanasan yang dirasai.

"Pelancong" katanya... papan tanda juga turut diambil gambar

Destinasi pertama kami, Muar - mertua pernah menetap di situ untuk beberapa tahun. Salah satu hobi saya ketika melawat tempat-tempat orang adalah merakam sebanyak mungkin monumen dan mercu tanda sesuatu kawasan tersebut. Saya juga suka memerhatikan pelbagai binaan yang berlainan dari satu negeri ke negeri lain.

Kakak dan adik kegirangan sesudah beberapa jam kepanasan di dalam kereta


Masjid yang saya tidak tahu namanya, mungkin orang Muar/Johor mengetahuinya


Kami berhenti berehat di dataran Sg. Muar berhampiran Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Di sini kami menunaikan solat zohor dan asar secara jamak.

Masjid Jamek Sultan Ibrahim

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin