Legoland ini terbahagi kepada beberapa tema seperti The Beginning, LEGO® Technic, LEGO Kingdoms,Imagination, LEGO City, Land of Adventure dan MINILAND. Lebih 40 permainan, pertunjukan dan tarikan untuk dicuba tetapi kami tidak dapat menaiki/merasai kesemuanya walaupun masuk sebaik pintu dibuka serta balik setelah hampir pintu ditutup. Kawasannya sangat luas dan ketika kami di sana, seramai-ramai manusia yang berkunjung di sana, menyebabkan masa menunggu bagi setiap permainan di antara 30 - 60min atau lebih.
The Beginning
Boating School |
driving school |
Beetle bounce |
Dino Island |
Lego Studio - 4D movie |
Jika ke sana, studio ini tidak boleh dilepaskan. Anak-anak teruja dengan pertunjukan 4D yang kelihatan seperti hidup.
Land of Adventure
The Dragon - Roller Coaster |
Phew, 2 minit yang menggerunkan. Kali pertama dan terakhir nampaknya saya akan menaiki roller coaster.
Miniland
Saya sangat kagum dengan binaan lego yang disusun cantik yang mengambarkan bangunan/suasana sebenar di sesuatu kawasan. Ada sesetengah binaan juga bergerak seperti di dalam video yang saya ambil ini. Tetapi sampai bilakah binaan lego ini akan bertahan dengan cuaca panas lembab kita ini. Contoh yang dapat dilihat seperti di Taman Tamadun Islam (TTI - Terengganu) di mana replika-replika yang ada semakin terhakis.
Sakit kaki berjalan seharian di dalam sana.
Bayaran masuk RM140/dewasa, RM110/kanak-kanak. Diskaun sebanyak RM30 untuk pemegang MyKad. Dutch Lady sekarang ini (sehingga 31 March 2013 - tidak silap saya) menawarkan 1 tiket kanak-kanak yang perlu ditemani oleh seorang dewasa tetapi bayaran masuk untuk dewasa adalah bayaran penuh.
Sedikit panduan untuk ke sana:
1. Pakai kasut yang bersesuaian untuk berjalan jauh (seperti sport shoes).
2. Sediakan RM, RM dan RM (di dalam juga ada ATM berhampiran pintu masuk) kerana barangan di dalam kawasan ini agak mahal. Sebotol mineral 500ml - RM2.50 (kalau tidak silap saya).
3. Sediakan payung/topi atau baju hujan. Ada beberapa permainan basah (Dino Island) dan jika waktu hujan, wang tidak akan dikembalikan.4. Ada dua surau untuk menunaikan solat.
5. Ada beberapa permainan yang tidak membenarkan beg dibawa bersama.
Jika boleh, berkunjunglah ketika bukan musim cuti sekolah dan dapat merasai semua permainan tanpa menunggu lama. Untuk perancangan legoland, boleh ke interaktif ini.