Showing posts with label homestay. Show all posts
Showing posts with label homestay. Show all posts

Saturday, June 22

Homestay @Besut


18-20 Jun yang lalu, kami sekeluarga ke Besut, meraikan kejohanan memanah pertama kakak yang dianjurkan oleh Sek Keb Tengku Mahmud Besut bertempat di Kem Damai Beach Resort, Pantai Demong.  Saya sebenarnya teruja dengan pemilihan ini walaupun tahu kemampuan kakak di dalam acara memanah ini masih di peringkat amatur.  

Kakak ditinggalkan bersama rakan-rakan sepasukan di Kem Damai Beach Resort bersama dengan guru pengiringnya.  Kami menginap di Homestay Seri Amer yang terletak di Jalan Sekolah Nasiruddin.  Rumah besar 3 bilik tidur + 3 bilik air dan berkembar dengan unit lain, jika berkeluarga besar, boleh menyewa unit yang bersebelahan dengan pintu yang bersambung.  Homestay ini letaknya lebih kurang 15km dari Jeti ke Pulau Perhentian



bilik utama

dapur

ruang tamu

bilik 2

laluan ke bilik dan dapur

Kami hanya mengambil 2 bilik dengan bayaran yang dikurangkan dari harga sewaan asal.  Boleh ke website mereka di sini.

GPS Koordinat : 102.539832, 5.775888 

Saturday, November 17

Cuti-cuti Malaysia - Selatan

Alhamdulillah, dengan izinNya, kami dapat bercuti-cuti Malaysia ke selatan tanahair pula.  Perancangan yang dibuat merangkumi 5 perhentian, PPinang - Puncak Alam - Muar - Skudai - Rompin - Puncak Alam - PPinang.  Perjalanan kali ini sehingga benar-benar ke selatan tanahair - Tanjung Piai - penghujung benua Asia.  Lengkap sudah jelajah ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, mungkin perjalanan akan datang akan menjangkau Sabah Sarawak pula (sambil menjeling orang sebelah).  



Kami memilih untuk menginap di Homestay (rumah singgah) di ketiga-tiga perhentian kami - Muar, Skudai dan Rompin.  



Homestay Al-Raudah, Muar adalah yang paling disukai oleh anak-anak.  Rumah ini sangat-sangat dicadangkan jika sesiapa yang berminat ingin bermalam di Muar.  Ianya boleh memuatkan beberapa keluarga dengan 3 bilik tidur yang besar beserta dua ruang tamu dengan bayaran RM170/sehari.  Jika keluarga yang ramai, rumah banglo berkembar ini dihubungkan dengan pintu tengah seperti di bilik hotel.  Rumah ini terletak di persekitaran kampung dengan dikelilingi oleh pokok buah-buahan.  
Lokasi koordinatnya : E 102.609194*, N 2.018033*.


Di Skudai pula, kami menginap di sebuah rumah di Taman Universiti.  Rumah ini agak kecil dengan satu bilik tidur utama serta dua bilik dengan katil bujang. Sesuai untuk keluarga yang mempunyai bajet yang agak terhad untuk menginap dengan bayaran hanya RM150/sehari.  
Lokasi koordinatnya : E 103.623960 N 1.528591.



Di Kuala Rompin pula, Homestay Al-Hana menjadi rumah singgahan kami.  Rumah ini juga agak selesa untuk keluarga yang ramai dengan bayaran RM200/sehari.  Lokasinya sangat mudah betul-betul berhadapan dengan Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Kuala Rompin.  Ketiga-tiga biliknya dilengkapi dengan penghawa dingin.
Lokasi koordinatnya : E 103.8222505 N 2.429760


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin