Monday, December 10

Legoland, Johor



Percutian dan main!

Legoland ini terbahagi kepada beberapa tema seperti The Beginning, LEGO® Technic, LEGO Kingdoms,Imagination, LEGO City, Land of Adventure dan MINILAND.  Lebih 40 permainan, pertunjukan dan tarikan untuk dicuba tetapi kami tidak dapat menaiki/merasai kesemuanya walaupun masuk sebaik pintu dibuka serta balik setelah hampir pintu ditutup.  Kawasannya sangat luas dan ketika kami di sana, seramai-ramai manusia yang berkunjung di sana, menyebabkan masa menunggu bagi setiap permainan di antara 30 - 60min atau lebih.




The Beginning
Boating School

driving school
Lego Kingdom

Beetle bounce

Dino Island

Lego Studio - 4D movie
Jika ke sana, studio ini tidak boleh dilepaskan.  Anak-anak teruja dengan pertunjukan 4D yang kelihatan seperti hidup. 

Land of Adventure

The Dragon - Roller Coaster
Phew, 2 minit yang menggerunkan.  Kali pertama dan terakhir nampaknya saya akan menaiki roller coaster.  

Miniland


Saya sangat kagum dengan binaan lego yang disusun cantik yang mengambarkan bangunan/suasana sebenar di sesuatu kawasan.  Ada sesetengah binaan juga bergerak seperti di dalam video yang saya ambil ini.  Tetapi sampai bilakah binaan lego ini akan bertahan dengan cuaca panas lembab kita ini.  Contoh yang dapat dilihat seperti di Taman Tamadun Islam (TTI - Terengganu) di mana replika-replika yang ada semakin terhakis.  



Sakit kaki berjalan seharian di dalam sana.  



Bayaran masuk RM140/dewasa, RM110/kanak-kanak.  Diskaun sebanyak RM30 untuk pemegang MyKad.  Dutch Lady sekarang ini (sehingga 31 March 2013 - tidak silap saya)  menawarkan 1 tiket kanak-kanak yang perlu ditemani oleh seorang dewasa tetapi bayaran masuk untuk dewasa adalah bayaran penuh.

Sedikit panduan untuk ke sana:

1. Pakai kasut yang bersesuaian untuk berjalan jauh (seperti sport shoes).
2. Sediakan RM, RM dan RM (di dalam juga ada ATM berhampiran pintu masuk) kerana barangan di dalam kawasan ini agak mahal.  Sebotol mineral 500ml - RM2.50 (kalau tidak silap saya).
3. Sediakan payung/topi atau baju hujan.  Ada beberapa permainan basah (Dino Island) dan jika waktu hujan, wang tidak akan dikembalikan.
4. Ada dua surau untuk menunaikan solat.
5. Ada beberapa permainan yang tidak membenarkan beg dibawa bersama.

Jika boleh, berkunjunglah ketika bukan musim cuti sekolah dan dapat merasai semua permainan tanpa menunggu lama.  Untuk perancangan legoland, boleh ke interaktif ini.

2 comments:

  1. Dah sampai! aku nak pi tapi lambat lagi la sebab ada sikecik tuuuuu. Roler coster? huh! rasanya cukuplah masa kat disneyland dulu..dah tobat kut...hahaha
    4D...memang besttttttttt dah cuba masa di sentosa. the best la kalau leh bawa anak2 try 4D.
    nak p time bukan cuti sekolah alamat ponteng sekolah la... aci ka tak aci..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aci saja ponteng hehehe (mak bagi cuti sendiri) asalkan sudah lepas exam, terutamanya exam akhir tahun :D

      Tunggu budak besar sikitlah, dengan panasnya, jenuh nanti asyik berdukung tak larat jalan,tempat rehat pun kurang.

      Si farwiizah masa coaster mula menurun dia dah menangis sorok muka. Kakak dia yang berani. Lepas ni rasanya tak berani dah kot :D

      Delete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin