Minggu yang baru berlalu merupakan minggu yang memenatkan. Manakan tidak, puas berjalan ke sana ke mari. Selesai menghadiri majlis walimatulurus di KB dan Grik, perjalanan diteruskan ke rumah kakak di KL, persinggahan sebelum ke destinasi di selatan tanahair. Aktiviti seharian di KL dihabiskan di Jalan Tunku Abd Rahman serta Masjid India dan Jusco, Kepong hingga menjelang maghrib.
Kami bertolak ke selatan tanahair pada hari Selasa, 2 Jun, sekitar jam 9.30 pagi. Perjalanan yang mulanya sejuk menjadi panas setelah aircond kereta tidak berfungsi ketika menghampiri Senawang. Terpaksalah meneruskan perjalanan dengan udara asli yang dicemari dengan habuk dan asap. Diri terasa insaf dengan siksaan api neraka yang amat panas berbanding dengan kepanasan dunia. Anak-anak diingatkan tentang api neraka yang lebih dahsyat berbanding dengan kepanasan yang dirasai.
Destinasi pertama kami, Muar - mertua pernah menetap di situ untuk beberapa tahun. Salah satu hobi saya ketika melawat tempat-tempat orang adalah merakam sebanyak mungkin monumen dan mercu tanda sesuatu kawasan tersebut. Saya juga suka memerhatikan pelbagai binaan yang berlainan dari satu negeri ke negeri lain.
Kakak dan adik kegirangan sesudah beberapa jam kepanasan di dalam kereta
Masjid yang saya tidak tahu namanya, mungkin orang Muar/Johor mengetahuinya
Masjid yang saya tidak tahu namanya, mungkin orang Muar/Johor mengetahuinya
Kami berhenti berehat di dataran Sg. Muar berhampiran Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Di sini kami menunaikan solat zohor dan asar secara jamak.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?