Thursday, January 5

Keterujaan hari pertama

Hari pertama, masing-masing teruja.  Adik teruja begitu juga kakak yang baru ditukarkan ke sekolah baru.



Setelah menghantar beg adik ke kelasnya dan adik turun ke perhimpunan, saya menunggu di pejabat untuk urusan kelas kakak pula.  Ramai lagi ibubapa lain yang anak mereka bertukar sekolah menanti di hadapan pejabat untuk berjumpa dengan PK Hem untuk menentukan kelas berdasarkan prestasi tahun lepas.



Selesai urusan kakak, saya bersama jiran menunggu di kantin untuk waktu rehat murid tahun 1.  Pelbagai cerita tentang kerenah anak masing-masing dikongsi. 

(Gambar berikut menggunakan kamera telefon saja)

Dari kejauhan saya lihat adik seperti meninjau-ninjau keliling.  Agaknya mencari saya.



Ketika saya menghampiri adik, dia tersenyum.


adik bersama Intan

tangan kiri ke adik?

Ketika menemani adik di kantin, dia bertanya kenapa saya tidak menjengoknya ketika dia masuk ke kelas.  Saya katakan saya menguruskan kelas kakak.  Saya katakan,  saya menjengoknya di sebalik dinding tangga saja selepas itu.  "Iya ka?", dengan muka tidak percayanya.

"Iya... ummi jengok adik sekejap, lepas itu, ummi turun bawah tunggu dekat kantin".

"Esok ummi tak tunggu adik masa rehat tau, ummi kerja.", adik mengangguk-angguk.  

Selesai rehat, mereka berkeliaran di sekitar dewan sekolah untuk beratur semula masuk ke kelas.


berbaris untuk memasuki kelas semula




Balik adik puas bercerita tentang sekolahnya.  Berebut-rebut dengan kakak ingin bercerita, sabar sajalah!


letih hari pertama!

menyiapkan kerja sekolah yang tidak habis ketika di kelas

Kakak juga sudah dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan barunya.  Alhamdulillah.

Adik bercerita, "ummi jangan gelak tau.."

"Kenapa?"

"Ummi nak tau, tadi adik dengan kawan adik silap masuk tandas lelaki.... "

Apalagi, saya dan kakak ketawa besarlah...

"Adik tak tengok ke tandas perempuan ke lelaki?"

"Tandas di bawah tak ada tulis.  Hari tu cikgu tunjuk tandas di atas tak siap lagi"

"Tapi lepas tu adik masuk tandas perempuan lah.  Adik teman kawan adik."

Selepas ini saya akan biarkan adik berdikari dengan bantuan dari kakaknya.  Puas dipesan supaya menunggu kakaknya (kelasnya habis lewat sedikit) di dewan sebelum kami menjemput balik.  Begitu juga jika ada orang yang tidak dikenali menegurnya kerana adik ini agak 'peramah' sedikit.  Walaupun rumah berdekatan dengan sekolah, tetapi buat masa sekarang ini, kami tidak benarkan mereka berjalan kaki, biarlah kami menghantar dan menjemput mereka saja.  Keselamatan mereka lebih utama!

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin