Destinasi terakhir sebelum balik ke Pulau Pinang adalah Cameron Highlands. Kami sampai di sana sekitar tengahari. Hajat untuk menikmati strawberi coklat tidak kesampaian kerana bukan musimnya. Kami singgah di KHM serta Al-Mashoor, strawberinya kehabisan. Kecewa (nampaknya, alasan untuk pergi ke CH lagi).
2008, kami ke Boh Tea Garden. kali ini kami ke Sg Palas Tea Centre pula. Tempat ini lebih mencabar kerana jalannya sempit serta berliku. Kereta dapat selisih pada tempat-tempat tertentu yang dilebarkan jalannya.
Tempat ini dibuka hari Selasa - Ahad (Isnin - tutup) dari jam 8pg - 4.30ptg.
|
Tea centre Sg Palas |
|
kilang pemprosesan teh |
|
ramai beratur untuk menikmati teh |
|
teh tarik kurang manis |
|
mereka - teh ais |
Di dalam cuaca sejuk mereka minum teh ais.
|
deretan kereta ke Sg Palas |
Yep, pemandangan di Boh Sg Palas memang cantik :) kadang - kadang, bila rindu Cameron, saya akan buat gambar2 yang ditangkap jadi wallpaper :)
ReplyDeleteAl-Mashoor saya tahu .. KMH itu di mana ?
Sg Palas cantik, tetapi gerun... saya tak nak lagi ke situ terutamanya apabila kereta menghampiri tebing untuk berselisih dengan kereta lain. Hehehe...
ReplyDeleteKHM juga berhampiran Al-Mashoor di Kg Sedia, naik ke atas sikit, tetapi kami selalu ke KHM kerana aiskrimnya lebih 'smooth' berbanding Al-Mashoor (citarasa masing-masing). Tempatnya lebih kecil dari Al-Mashoor.