Sudah lama tidak bertemu dengan pokok ini,
senduduk. Teringat dahulu ketika kecil, saya dan kakak saya akan makan buahnya, dan mulut akan dipenuhi dengan warna ungu. Ketika berjalan di Rimba Templer tempohari, ternampak tumbuhan ini meliar di tepi jalan kecil yang kami susuri.
|
pakis liar |
Monyet di sini agak 'tertib' juga berbanding di Kebun Bunga Pulau Pinang yang agak agresif. Monyet-monyet di sini hanya menanti orang menyuakan makanan kepada mereka (ketika kami di situ tiada adegan samun oleh monyet-monyet itu).
|
salah seekor yang menarik perhatian kami |
Kata anak buah saya, "monyet pun tahu sayang anak"....
|
bersembunyi di sebalik rimbungan pokok |
|
kerengga di sini agak besar berbanding biasa |
|
mengkarung? |
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?