Monday, April 16

Kek sahaja...

Saya membuat kejutan untuk adik dengan membawa dua jenis kek untuk hari lahirnya.  Kek pertama, untuk menjamu kawan-kawannya di transit dan satu lagi, khusus untuk ahli keluarga.  Seronok melihat kegembiraan kawan-kawannya dapat makan kek beramai-ramai.



Ini untuk keluarga!  Dikelilingi oleh ahli keluarga.


adik dan cik

birthday girl


dengan sepupu

Friday, April 13

Selamat Hari Lahir Adik - 7 tahun



Diam tak diam, sudah 7 tahun usia adik.

Dari sekecil 2 kg sudah membesar sehingga hampir 30 kg.

Semoga adik membesar menjadi seorang muslimah yang sentiasa taatkan perintah Allah dan Rasul.

Semoga sunnah menjadi pakaian dan perisai kepada adik untuk menghadapi cabaran yang semakin getir dewasa ini.

Selamat Hari Lahir yang ke-7 Adik

Thursday, April 12

@Menara Alor Setar, Kedah

Jalan-jalan hari cuti...

Ketika sekelian rakyat jelata meraikan pertabalan yang DiPertuan Agong yang baru, kami ke menara Alor Setar serta balik ke rumah mertua.

Ketika kegemparan berlaku gempa bumi di Aceh yang gegarannya terasa ke Malaysia pada petang itu, saya membayangkan jika ketika itu kami berada di atas sana.  Pasti menakutkan.

Pada malam sebelumnya, saya sudah pastikan bateri kamera IXUS saya sudah dicharge sepenuhnya, rupa-rupanya tidak!

Makanya, saya hanya melayan en. suami mengambil gambar pemandangan di sekitar menara.  Saya pula, apabila berdiri lama-lama di tepi platform pemerhati, sudah terasa pening, gayat! walaupun ada pagar dan juga cermin.

Bayaran masuk: RM6/dewasa dan RM3/kanak-kanak.

Menara ini hasil stitching 4 panel gambar.  Kebanyakan gambar pemandangan adalah hasil tembakan oleh en. suami. 

lobi



stadium darul aman (kredit en. suami)

masjid zahir (kredit en. suami)


dataran (kredit en. suami)

Istana Sepachendera (kredit en. suami)

Istana Sepachendera ini dibina pada 1882 oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah untuk isteri baginda.


Istana Kuning (kredit en. suami)

Istana Kuning ini sangat berhampiran dengan menara dan merupakan istana kediaman lama Sultan Kedah.


kami di aras 88 meter (kredit en. suami)

perbandingan antara menara di dunia




stitch 3 gambar
Kali ini saya menggunakan Windows Live Photo Gallery saja untuk stitching gambar serta edit.  Saya mula menyukai software ini.  Boleh didownload secara percuma dari internet.  Cuma proses mengeditnya mengambil masa berbanding Photoscape.


Tuesday, April 10

Rintihan...

Satu hari, saya terdengar tangisan sendu halus dari dalam bilik air.  Saya mencari-cari dari mana datangnya suara kecil itu.

Apabila saya dekatkan telinga ke lantai, kedengaran hiba kecil datangnya dari selipar yang dipakai sehari-hari ketika menunaikan hajat.

"Apa yang menyebabkan kamu kelihatan begitu sedih sekali wahai selipar?"

"Hamba sangat sedih kerana berada di sini..."

"Kenapa pula?"

"Sudahlah rupa hamba hodoh dan murah, ditempatkan pula di dalam bilik air yang jijik ini, tidak seperti sepatu yang berkilat di atas rak kasut itu.  Sudahlah cantik, mahal pula harganya"

"Oh...begitu...janganlah bersedih wahai selipar..."

"Adakah tuan hamba memerli hamba?"

"Tidak wahai selipar.  Cuba fikirkan, apa yang telah kamu lakukan di dalam bilik air ini?"

"Hmm, tuan hamba pakai untuk membuang hajat.."

"Lagi?"

"Tuan hamba juga pakai untuk mengambil wudu'"

"Betul!  Wahai selipar, janganlah kamu bersedih.  Bukankah sunnah Rasul s.a.w memakai alas kaki untuk ke tandas?"

"Ya..."

"Bukankah kamu dibasahi dengan air bekas basuhan wudu'?"

"Ya..."

"Bagaimana dengan sepatu yang cantik itu?"



--- Anda tentukan kesudahannya --- 



Monday, April 9

Little Chef



Kakak kata, "Kitchen Helper".  Adik kata, "Chef".  Adik teruja apabila melihat saya belikan apron baru.  Adik sememangnya bersemangat menolong saya di dapur.

Ketika saya menyediakan makan malam, dia sibuk ingin mengacau di dalam belanga.  Saya tidak benarkan!  Akhirnya, dia menjadi tukang rasa.  

"Sedap dah ummi... ada rasa pedas, ada rasa masin..."

Adik bukannya chef, adik tukang rasa saja.  

"Kan chef tu rasa-rasa saja... rasa... cukup tak masin, cukup ke manis dia..."

Amboi... (nampaknya dia merujuk kepada masters chef).  Chef-chef hebat cuma merasa masakan orang lain!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin