Tuesday, April 10

Rintihan...

Satu hari, saya terdengar tangisan sendu halus dari dalam bilik air.  Saya mencari-cari dari mana datangnya suara kecil itu.

Apabila saya dekatkan telinga ke lantai, kedengaran hiba kecil datangnya dari selipar yang dipakai sehari-hari ketika menunaikan hajat.

"Apa yang menyebabkan kamu kelihatan begitu sedih sekali wahai selipar?"

"Hamba sangat sedih kerana berada di sini..."

"Kenapa pula?"

"Sudahlah rupa hamba hodoh dan murah, ditempatkan pula di dalam bilik air yang jijik ini, tidak seperti sepatu yang berkilat di atas rak kasut itu.  Sudahlah cantik, mahal pula harganya"

"Oh...begitu...janganlah bersedih wahai selipar..."

"Adakah tuan hamba memerli hamba?"

"Tidak wahai selipar.  Cuba fikirkan, apa yang telah kamu lakukan di dalam bilik air ini?"

"Hmm, tuan hamba pakai untuk membuang hajat.."

"Lagi?"

"Tuan hamba juga pakai untuk mengambil wudu'"

"Betul!  Wahai selipar, janganlah kamu bersedih.  Bukankah sunnah Rasul s.a.w memakai alas kaki untuk ke tandas?"

"Ya..."

"Bukankah kamu dibasahi dengan air bekas basuhan wudu'?"

"Ya..."

"Bagaimana dengan sepatu yang cantik itu?"



--- Anda tentukan kesudahannya --- 



No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin