Sunday, March 11

Mengembirakan mereka yang memerlukan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Di dalam rezeki kita ada hak mereka.

Kegembiraan memberi apabila melihat senyuman kelegaan di wajah mereka.  Ianya satu terapi jiwa yang tidak dapat diperolehi di mana-mana melainkan melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti sebegini.

Kemiskinan bukan hanya dapat dilihat di kampung-kampung.  Di bandar, dari segi luarannya mungkin kelihatan rumah-rumah mereka tidak melambangkan kemiskinan, namun hakikat yang dilalui penghuni di dalamnya tidak dapat diselami.  Makanan bercatu tiada siapa yang tahu. 

Flashback setahun yang lalu. 

11 Februari 2017 - Jalan-jalan Masuk Bandar anjuran NGO Wargakilang
Sumbangan dari pelbagai pihak

Sedikit tazkirah dari mantan YDP NGO Wargakilang

Simbolik penyerahan

19 Februari 2017 - Free Market anjuran Masjid Seksyen 24, Shah Alam yang turut disertai oleh pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik.

Permainan yang menjadi tumpuan anak-anak

Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik

 


Sumbangan bahan makanan terhad untuk keluarga yang terpilih


Pensyarah bersama AJK Masjid Seksyen 24

Sumbangan dari pelbagai pihak antaranya soft toys untuk anak-anak

Monday, February 26

Jalan-jalan sihat @Tasik Shah Alam

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Antara perkara positif yang diperolehi dari penghijrahan ini adalah dengan kerapnya bersenam.  Bersenam dalam bentuk brisk walk mengelilingi tasik Shah Alam.  

 Kampus Shah Alam adalah kampus yang berbukit-bukit dan memerlukan pergerakan yang banyak berbanding ketika saya di Pulau Pinang.  Jika stamina tidak kuat, boleh termengah-mengah dibuatnya.  Atas faktor ini juga saya memulakan aktiviti mingguan ini di samping untuk mengurangkan tekanan bekerja.

persekitaran yang bersih

Dapat mendengar bunyi air tasik serta unggas berterbangan dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa amat menenangkan.  Mata tidak jemu memandang keindahan tasik yang dikelilingi oleh kehijauan pepohon yang ada.  Alhamdulillah...

Tasik buatan ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian: Tasik Timur, Tasik Barat dan Tasik Tengah.  Bahagian-bahagian tasik memberikan pemandangan dan keindahan yang tersendiri.

dari bahagian tasik yang berlainan

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah aka Masjid Biru yang menjadi center of attraction


Pokok warisan Ordeal Tree atau nama saintifiknya Erythrophleum Suaveolens ini ditanam pada tahun 1981.  Ketinggiannya mencecah 20 meter tinggi dengan kulit kayu yang kasar, tidak berbau dan berwarna kehitaman.  Bunganya berwarna krim kekuningan.  

Dari segi terapeutiknya, ianya bersifat astrigen.  Daun-daun keringnya jika dicampur bersama bijirin yang tersimpan dapat menghalau atau membunuh serangga.  

Pokok warisan
tidak banyak yang boleh bakar kalori :D

 dari sudut berbeza


 


Friday, February 23

Hijrah Kerja

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته


Lamanya tidak bersiaran.  Tempat baharu menuntut komitmen yang lebih berbanding tempat lama.

Edisi flashback yang tertangguh setahun lamanya big grin

2 Januari 2017 merupakan tarikh penghijrahan ke daerah baharu.  Ianya tidak pernah terjangkau dek akal untuk memulakan kehidupan di luar dari negeri kelahiran.  Perancangan yang ada hanyalah menghabiskan sisa-sisa kehidupan sehinggalah menempuh fasa pencen di sana.

Hanya barang yang diperlukan sahaja yang diangkut


Namun perancangan Allah sebaliknya.  Direncanakan saya 'kembali' ke daerah saya menimba ilmu pada tahun 1991 - 1992 di Shah Alam.  Begitulah takdirNya yang memilih saya untuk menjadi warga fakulti di UiTM Shah Alam.

Tidak mudah untuk keluar dari zon selesa, tetapi itulah ketentuan yang perlu dihadapi.  Apatah lagi berpindah ke daerah yang umum sudah mengetahui dengan kos sara hidupnya yang tinggi. 

Hijrah yang diiringi dengan gerimis, cerminan gerimis di dalam hati

Bersedialah untuk menempuh perjalanan yang agak panjang beserta kesesakan lebuhraya untuk balik ke kampung di musim perayaan nanti... Barulah 'balik kampung' namanya.  Kamilah wargakota yang akan turut memeriahkan kesesakan jalanraya nanti laughing


Memetik kata-kata Ustaz Pahrol Muhamad Juoi, "orang Mukmin yang berjaya sentiasa melakukan perubahan dan penghijrahan diri untuk mendapat kehidupan yang lebih baik".

Itulah yang diharapkan dengan IzinNya.

Wednesday, August 9

Chocolate Museum, Kota Damansara

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته


Sebaik melangkah ke dalam muzium ini, aroma coklat memenuhi ruang, harum dan nyaman. 
  
pemandangan hadapan muzium

Mesin yang terdapat di pintu masuk muzium

Ruang muziumnya tidaklah besar, tetapi setiap inci ruang dimanfaat sepenuhnya dengan pelbagai maklumat berkaitan koko dan pembikinan coklat.  Menarik!

Sebaik melangkah masuk, maklumat pertama berkaitan koko.







Ruangan Cocoa History & Journey 




Fakta kesihatan

Orang Aztec dan Eropah dahulunya menggunakan minuman koko untuk merawat cirit-birit, demam, batuk dan kemurungan.



Chocolate Fathers







Pembikinan coklat

mesin adunan coklat yang direka pada tahun 1879 oleh Swiss chocolatier, Rudolphe Lindt














Chocolate panning machine




Chocolate Kitchen

Bahagian yang menunjukkan demonstrasi pembuatan coklat.  Waktu demonstrasinya jam 12pm dan 3pm.


ruang demonstrasi coklat


 



Chocolate Galleria

Shopping time! Terdapat pelbagai jenama coklat dijual di sini.  Seperti mahu diborong kesemuanya :D :D Sediakan saja al-fulus.


 Pilihan saya adalah dark chocolate atau coklat gelap.



Masuk percuma.  Maklumat lanjut, boleh layari laman web ini: 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin