Showing posts with label shah alam. Show all posts
Showing posts with label shah alam. Show all posts

Monday, February 26

Jalan-jalan sihat @Tasik Shah Alam

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Antara perkara positif yang diperolehi dari penghijrahan ini adalah dengan kerapnya bersenam.  Bersenam dalam bentuk brisk walk mengelilingi tasik Shah Alam.  

 Kampus Shah Alam adalah kampus yang berbukit-bukit dan memerlukan pergerakan yang banyak berbanding ketika saya di Pulau Pinang.  Jika stamina tidak kuat, boleh termengah-mengah dibuatnya.  Atas faktor ini juga saya memulakan aktiviti mingguan ini di samping untuk mengurangkan tekanan bekerja.

persekitaran yang bersih

Dapat mendengar bunyi air tasik serta unggas berterbangan dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa amat menenangkan.  Mata tidak jemu memandang keindahan tasik yang dikelilingi oleh kehijauan pepohon yang ada.  Alhamdulillah...

Tasik buatan ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian: Tasik Timur, Tasik Barat dan Tasik Tengah.  Bahagian-bahagian tasik memberikan pemandangan dan keindahan yang tersendiri.

dari bahagian tasik yang berlainan

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah aka Masjid Biru yang menjadi center of attraction


Pokok warisan Ordeal Tree atau nama saintifiknya Erythrophleum Suaveolens ini ditanam pada tahun 1981.  Ketinggiannya mencecah 20 meter tinggi dengan kulit kayu yang kasar, tidak berbau dan berwarna kehitaman.  Bunganya berwarna krim kekuningan.  

Dari segi terapeutiknya, ianya bersifat astrigen.  Daun-daun keringnya jika dicampur bersama bijirin yang tersimpan dapat menghalau atau membunuh serangga.  

Pokok warisan
tidak banyak yang boleh bakar kalori :D

 dari sudut berbeza


 


Tuesday, July 26

Riadah pula

Pertama kali anak-anak menjejakkan kaki ke mega lane.  Pada mulanya adik tidak berminat untuk bermain, tetapi separuh permainan pertama, adik sudah mula mengendeng untuk bermain sama.  Saya 'mengajar' adik tetapi ibarat ketam mengajar anak kerana saya juga tidak pandai bermain boling hehehe.  Kali terakhir rasanya saya bermain boling adalah dengan kawan-kawan semasa bujang dahulu.  Lama dahulu.  

Kita lihat saja aksi-aksi pemain yang 'pakar' ini.  Skor mata, tidak memberansangkan langsung.  Ada sesekali saja strike.  Gembira bukan kepalang. 

kalau boleh berlari masuk ke lorong itu - abang iparku

budak penjaga bola

gelagat kakak 'mengawal' bola dengan menyengetkan badan (dia ingat macam remote control ke?)

oklah tu kakak...

aksi seorang amatur

pemain boling 'in the making'

jangan gelak!

Adik mengambil alih permainan saya, sebab itu yang 0... (padahal, yang sebenarnya, ada juga  balingan saya ke longkang! hehehe ).

Sekali-sekala beriadah begini, seronok juga.

Jalan-jalan Cari Makan... 1

Ke restoren cina Muslim yang saya suka di Seksyen 19.  Apabila melihat entri dulu-dulu, setiap kali singgah di situ, menu yang sama juga yang saya minta.  

kung fu yee mee

dari kiri : amra dan luo han guo (air campuran longan dan kundur)

Antara khasiat air luo han guo ini ialah ianya dapat menyejukkan badan serta menambahkan susu bagi yang menyusu badan.

sotong sizzling - abang ipar

ayam black pepper - untuk suami
 Alhamdulillah.

Saturday, July 23

I-City, Shah Alam

Dari KLIA ke Shah Alam pula.  Makan malam di salah sebuah restoren nasi kandar berhampiran dengan i-City.  




Meriah dengan lampu yang berwarna-warni.  Kami tidak masuk ke dalam Snowalk. Bayarannya RM25/dewasa dan RM20/kanak-kanak.  Sewa boots pula RM10 seorang, hmm, beratus RM juga untuk masuk bermain salji di dalam.  Mungkin trip yang akan datang boleh masuk ke sana lagi.

bersama karakter kartun kegemaran mereka



Akhirnya, mengosongkan poket melayan permainan-permainan di Arcade.  Seronok membaling bola ke sasaran sehingga sakit-sakit lengan dibuatnya.



Di luar ruang legar.





Ketika menaiki bukit yang menempatkan binatang seperti zirafah, kuda belang, lembu, kedua-dua kamera sudah kehabisan bateri.  Baru berangan ingin mengambil gambar dengan rancaknya di bahagian yang lebih berwarna-warni.  Apakan daya!  Bateri kamera itu bertahan dari ketika family day di Pangkor tempohari dan tidak dicaj semula.  Padan muka, salah sendiri juga!  Hehehe.

Dua belas jam berjalan, sangat meletihkan

Monday, January 10

"River Cruise"


Mahal juga Lake Cruise di Putrajaya.  Ketika kami bercadang untuk menikmati pemandangan Putrajaya dari tasik, terpapar di papan kenyataan yang harga tiketnya (untuk berkumpulan) untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak adalah RM84.  Itu adalah untuk pemegang MyKad.  Untuk pelancong asing, harga tiketnya lebih mahal. Akhirnya, hasrat tidak kesampaian.

Kami ke Shah Alam.  Cadangnya untuk menikmati makanan Cina di sebuah Restoren Cina Muslim di Seksyen 19.  Memandangkan petang itu sudah menjamah menu yang agak mengenyangkan, hasrat itu juga dibatalkan.  Sudahnya, dapat menaiki lake cruise di Tasik Shah Alam sudah cukup untuk mengujakan anak-anak.  Harganya tiketnya jauh lebih murah, RM5/dewasa dan RM3/kanak-kanak (atas 4 tahun) untuk cruise lebih kurang 15 minit.

 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin