Friday, February 23

Hijrah Kerja

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته


Lamanya tidak bersiaran.  Tempat baharu menuntut komitmen yang lebih berbanding tempat lama.

Edisi flashback yang tertangguh setahun lamanya big grin

2 Januari 2017 merupakan tarikh penghijrahan ke daerah baharu.  Ianya tidak pernah terjangkau dek akal untuk memulakan kehidupan di luar dari negeri kelahiran.  Perancangan yang ada hanyalah menghabiskan sisa-sisa kehidupan sehinggalah menempuh fasa pencen di sana.

Hanya barang yang diperlukan sahaja yang diangkut


Namun perancangan Allah sebaliknya.  Direncanakan saya 'kembali' ke daerah saya menimba ilmu pada tahun 1991 - 1992 di Shah Alam.  Begitulah takdirNya yang memilih saya untuk menjadi warga fakulti di UiTM Shah Alam.

Tidak mudah untuk keluar dari zon selesa, tetapi itulah ketentuan yang perlu dihadapi.  Apatah lagi berpindah ke daerah yang umum sudah mengetahui dengan kos sara hidupnya yang tinggi. 

Hijrah yang diiringi dengan gerimis, cerminan gerimis di dalam hati

Bersedialah untuk menempuh perjalanan yang agak panjang beserta kesesakan lebuhraya untuk balik ke kampung di musim perayaan nanti... Barulah 'balik kampung' namanya.  Kamilah wargakota yang akan turut memeriahkan kesesakan jalanraya nanti laughing


Memetik kata-kata Ustaz Pahrol Muhamad Juoi, "orang Mukmin yang berjaya sentiasa melakukan perubahan dan penghijrahan diri untuk mendapat kehidupan yang lebih baik".

Itulah yang diharapkan dengan IzinNya.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin