Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Thursday, April 26

Minggu yang sibuk...



Minggu yang super sibuk!  Isnin ke Isnin berikutnya.  Ada orang lain sebenarnya yang lebih sibuk dari ini, hampir setiap hari, minggu, bulan dan tahun.  Saya kagum dengan mereka yang lagi super duper sibuk, yang pagi di negeri A, petang di negeri B dan malam pula di negeri C untuk menunaikan amanah mereka *Salute*. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya.”
 
Riwayat Bukhari


Semoga kita semua senantiasa berada di dalam lembayung rahmat Ilahi InsyaAllah.

Friday, March 16

Cop mengecop


Sudah lama saya memiliki cop ini.  Cop yang diberikan kepada pelajar mengikut markah mereka di dalam ujian atau tugasan yang mereka lakukan.  Sudah lama saya meninggalkan 'cop-mengecop' ini...tetapi apabila membaca tentang teknik pujian di dalam blog Puan Khairulaniza ini, semangat untuk mengecop kembali semula.    Sayangnya, semester sudah hampir berakhir, dan hanya kertas ujian terakhir ini saja yang dapat saya tinggalkan 'kenangan' untuk mereka hehehe.  

Friday, March 2

Kenangan bersama mereka

Selesai sudah tanggungjawab yang diamanahkan untuk semester ini.  
Di dalam debaran menanti, 
apakah hasilnya nanti

Ilmu yang dicurah adakah terpahat kemas di dada?
berjayakah mereka atau sebaliknya?
atau akukah yang seronok sendiri tidak terkata?
merasakan yang kusampaikan cukup belaka?

Anak-anak muridku yang elok paras rupa
ilmu yang dicurah bukan sekadar suka-suka
bukan juga semata hanya untuk lulus periksa
gunakan ia untuk di masa akan datang juga
untuk dimanfaatkan kepada agama
juga bangsa dan negara

Anak-anak muridku yang indah pekertinya
jagalah diri agar tidak terpedaya
dengan bisikan syaitan durjana
yang sentiasa berusaha mengajak manusia
mengikut jalan pilihannya
jalan yang dimurkai Allah Taala

Selamat maju jaya
buat kalian semua
semoga tidak bertemu lagi untuk sekian kalinya
di dalam subjek yang sama...

HS1132B

HS1132A

Juga untuk EM1104M dan EH1105A

Jumaat, 9 Rabi'ul Akhir, 2 Mac 2012
Kampus Permatang Pauh

- ketika hujan turun lebat di luar sana



Saturday, December 24

Berganda-ganda

Jika saya masih dapat meneruskan kandungan itu, jangkaannya pertengahan Disember ini kami telah menerima anugerah baru itu.  Saya redha dengan ketentuanNya, dan Allah menggantikannya dengan anugerah lain pula pada waktu yang sama.  Alhamdulillah.  

(kiri menurun) Gambar 1 - Anugerah Pengajaran Cemerlang dari Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik
Gambar 2 - Anugerah Penulisan (gangsa) dari Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar
Gambar 3 - Anugerah Khidmat Cemerlang dari Rektor UiTM Caw. P.Pinang
(kredit gambar 1 - 3 : UTPP UiTM Caw. P.Pinang)

bersama rakan sejabatan yang turut menerima anugerah

Pemberi semangat untuk mengajar dengan lebih cemerlang

Saya pasti ramai lagi pensyarah yang cemerlang pengajarannya, namun tidak dicalonkan agaknya.  Sebenarnya, ada kisah di sebalik anugerah pengajaran cemerlang yang saya perolehi ini.  Tarikh tutup penghantaran borang pencalonan sudah lama berlalu, dan AJK masih lagi membuka peluang untuk pencalonan.  Senior dan koordinator saya mencadangkan saya supaya mengisi borang ini.  Saya tidak memberikan perhatian serius kerana saya beranggapan, sudah tentu ramai lagi pensyarah lain yang lebih berkelayakan.  Atas desakan dan sokongan dari mereka, saya menghantar borang pencalonan di saat akhir. Nampaknya, sudah tertulis rezeki saya di situ.  Alhamdulillah.

Saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri supaya bekerja kerana Allah, bukannya kerana pengiktirafan manusia.  Pengiktirafan manusia adalah sebagai 'bonus' dan bukanlah sesuatu yang perlu dikejar.  InsyaAllah, jika kita tidak mengejarnya, ianya akan datang dengan sendiri.  Jika dikejar, dan seandainya tidak mendapat apa yang dikejar, kita akan kecewa. 

Saya memetik kata-kata sahabat saya - N, "Sesungguhnya dugaan yang Allah berikan untuk menguji kesabaran hambaNya, rupanya ada kemanisan yang menanti, kejayaan bertimpa-timpa.  Bermohonlah pada Allah agar hati terpelihara dari segala perasaan kurang elok, agar kejayaan bukan kejayaan semata-mata, tetapi kejayaan yang lebih mendekatkan diri pada Allah yang Maha Esa".  Terima kasih N di atas nasihat ini.  

Apabila saya mengirimkan SMS memberitahu kakak saya tentang anugerah penulisan, katanya, saya tulis novel kah?  Saya menjawab dengan nada bergurau, saya menulis blog!

Sememangnya saya tidak menjangkakan anugerah berganda ini.  Saya ingatkan satu saja, rupanya tiga!  Alhamdulillah.

(Nota: Anugerah penulisan itu adalah untuk penulisan atau terbitan akademik saja, bukannya kerana blog ini)

Friday, December 23

Seronoknya mereka...

Saya mencuba pelbagai kaedah untuk menarik minat pelajar saya supaya mereka seronok dan tidak tertekan ketika belajar Matematik.  


gambar menggunakan kamera telefon bimbit sahaja

Salah satu caranya, saya meminta mereka menjadi 'pensyarah' dan menerangkan kepada rakan-rakan sekelas mereka untuk menyelesaikan masalah Matematik.  Saya menggunakan Genius G-Pen tablet yang disambungkan ke netbook saya menggantikan pen marker yang selalu digunakan.  


Ternyata ianya mewujudkan suasana ceria di dalam bilik kuliah dan mereka juga teruja mencuba sesuatu yang baru.

Wednesday, November 23

Ehem..ehem...

Inilah pejabat sementara saya di kampus Bertam (jika tetap lagi saya suka).

masih kosong

Sekarang ini saya berkongsi dengan seorang lagi rakan pensyarah dari jabatan saya.

Pemandangan dari tingkap bilik saya.



pos pengawal - nun dihadapan sana adalah kampus perubatan USM yang baru

Alhamdulillah, masa dan kos di jalanraya berkurangan dari segi bayaran tol dan minyak walaupun hanya dua hari seminggu saya berada di kampus ini.

Update : Dengarnya ada lagi program baru bidang saya akan diadakan di sini.  Menanti dengan penuh harapan untuk kekal di sini... hehehe.... 

Maka, yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 

Friday, November 11

Tamat sudah seminar (11-11-11)

Alhamdulillah, walaupun berada di belakang tabir seminar kebangsaan Sains Matematik ini, saya tetap bersyukur semuanya sudah selesai.  

Minggu hadapan juga padat dengan aktiviti bengkel dan mesyuarat akademik bersama pengurusan tertinggi sebelum bermulanya kuliah diploma 21 November ini.  Tiada lagi cuti-cuti Malaysia, harap maklum!  hehehe...

Cerita bergambar.

rakan-rakan yang bertungkus-lumus di meja pendaftaran



al-fadzil ustaz merangkap orang penting seminar

pengerusi sesi pembentangan saya


bla..bla...bla... apa lah yang dibebelkan oleh dia tu? (bukan orang lain, saya lah tu)

kami berposing sebelum tetamu lain sampai di majlis makan malam

tidak sedar 'mamarazi' tengah usha

saya yang menurut perintah

nombor yang bertuah... selepas ini, bolehlah saya belajar biologi pula
Penat....

Thursday, November 10

Seminar Sains dan Matematik

Saya sedang menghadiri Seminar Sains dan Matematik dari 9 - 11 Nov.  InsyaAllah, jika berkelapangan nanti, saya kongsikan pembentangan dari pembentang jemputan seminar yang mengaitkan matematik dengan kehidupan kita.

p.s : Blogger bermasalah, saya cuba masukkan gambar, tidak boleh pula.

Friday, October 7

Penatnya...

(selingan) Ketika melihat lukisan adik, saya terperasan, seorang kanak-kanak telah menjadi alien, kerana keseluruhan matanya dipenuhi dengan hitam.  Nampaknya ada seorang kanak-kanak tidak begitu gembira dengan sambutan hari lahir.   Saya bertanya adik, kenapa mulutnya ke bawah, kata adik, dia tidak suka dengan makanan itu.  Oh...begitu...



Flashback tiga hari ini...

.... pelajar datang bertanyakan penjelasan untuk soalan sebelum peperiksaan akhir mereka sabtu ini
.... tanda 200+ skrip jawapan
.... nescafe.... neslo.... kopi
.... kerja sekolah adik....
.............. zzzzz

Ini yang sudah selesai ditanda untuk kumpulan saya.  




Kami menanda kertas secara berkumpulan.  Ada 4 soalan kesemuanya dan telah diagihkan kepada pensyarah yang lain juga untuk menanda satu soalan setiap seorang supaya penandaan menjadi seragam untuk setiap pelajar.

Esok... 60++ skrip jawapan lagi yang akan diterima.... kemudian, penjumlahan markah akhir di dalam sistem... validasi... mesyuarat... 

dan senarainya bersambung...


Tuesday, October 4

Tempoh bertenang

Tempoh bertenang @ bersenang lenang (buat sementara waktu) sudah tamat.  Mulai esok saya akan disibukkan dengan menanda kertas peperiksaan akhir pelajar selama seminggu atau lebih.  




Untuk seminggu akan datang, saya amat berharap agar minda dan jiwa saya setenang ketika menikmati hembusan angin Pangkor tempohari.


Saturday, September 17

Berkongsi Kasih

Alhamdulillah, dengan izinNya, kami sejabatan dapat meraikan keluarga Darul Hanan sempena AidilFitri.  Wajah mereka ceria menerima kunjungan kami. Pelbagai cerita yang diceritakan kepada kami., ada yang dengan linangan airmata. Berbeza dengan pengalaman bersama anak-anak yatim, ibu-ibu dan ayah-ayah ini agak sensitif jiwa mereka dan inginkan perhatian supaya kita mendengar kisah mereka.  Apapun cerita yang disampaikan, saya mendengar dengan fikiran yang terbuka dan tidak ingin menyebelahi mana-mana pihak.

Pictures speak thousand words.








protaz

doa dipanjat untuk kesejahteraan hidup

pengurus Darul Hanan menerima cenderahati dari koordinator jabatan


sedikit sebanyak dapat mengubat hati ibu ini

ayah ini mengalami masalah penglihatan


terkenangnya allayarham bapak sendiri



kegembiraan terpancar di wajah mereka





kami bersama pengurusan Darul Hanan

Tiga jejaka jabatan (tengah)

Biarpun prasarana yang disediakan untuk mereka ini lengkap, tetapi, sokongan moral perlu untuk warga emas ini supaya mereka tidak merasa terpinggir dari kasih sayang.  Pengurus Darul Hanan yang berusia awal 30an amat berharap kami dapat membuat kunjungan balas ke sana untuk mengembirakan hati penghuni di situ.  Besar pahalanya bagi mereka yang menguruskan warga emas dan O.K.U di sana.  Doa saya agar mereka dilimpahi Rahmat dan Kekuatan untuk berbakti kepada ibu ayah yang menumpang kasih di rumah Darul Hanan itu.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin