Showing posts with label bebel. Show all posts
Showing posts with label bebel. Show all posts

Friday, October 7

Penatnya...

(selingan) Ketika melihat lukisan adik, saya terperasan, seorang kanak-kanak telah menjadi alien, kerana keseluruhan matanya dipenuhi dengan hitam.  Nampaknya ada seorang kanak-kanak tidak begitu gembira dengan sambutan hari lahir.   Saya bertanya adik, kenapa mulutnya ke bawah, kata adik, dia tidak suka dengan makanan itu.  Oh...begitu...



Flashback tiga hari ini...

.... pelajar datang bertanyakan penjelasan untuk soalan sebelum peperiksaan akhir mereka sabtu ini
.... tanda 200+ skrip jawapan
.... nescafe.... neslo.... kopi
.... kerja sekolah adik....
.............. zzzzz

Ini yang sudah selesai ditanda untuk kumpulan saya.  




Kami menanda kertas secara berkumpulan.  Ada 4 soalan kesemuanya dan telah diagihkan kepada pensyarah yang lain juga untuk menanda satu soalan setiap seorang supaya penandaan menjadi seragam untuk setiap pelajar.

Esok... 60++ skrip jawapan lagi yang akan diterima.... kemudian, penjumlahan markah akhir di dalam sistem... validasi... mesyuarat... 

dan senarainya bersambung...


Friday, March 11

Geram!!! (kalau ada sakit jantung, jangan baca)

Maafkan saya... ini bukan entri yang manis-manis atau sweet kata orang putih.  Kalau baca atas risiko masing-masing, tiada faedah dari entri merapu ini.

Saya hanya manusia biasa-biasa, ada perasaan, jika jadi manusia 'bahagia' agaknya sudah tiada perasaan.  Ini bermakna saya masih waras.  Alhamdulillah.

Ada beberapa peristiwa di dalam minggu ini yang membuatkan hati saya panas.  Saya letakkan dua peristiwa saja sudahlah... yang selebihnya, biarlah di simpan di dalam lipatan memori (atau dibuang terus dari hard disk saya).  Masalah saya, saya ini suka menyimpan segala data yang tidak penting sekalipun... huhuhu.  Apa yang saya merepek ni?

Geram 1

Ketika berhenti di traffic light sebuah bulatan di pertengahan daerah Seberang Perai ini, kereta saya betul-betul di belakang garisan putih.  Ketika lampu bertukar HIJAU, kaki sudah bersedia untuk menekan minyak, oh..tidaklah pecut sangat, kerana kereta lain masih ada di kawasan bulatan tersebut.  Ada pula hamba Allah berkereta MyVi silver (ingat lagi tu) dari jalan sebelah kanan yang sepatutnya MERAH terus menonong bergerak ke bulatan.  Saya sudah separuh di dalam petak kuning.  Muncul pula kereta Kelisa Biru yang terus juga bergerak walaupun sepatutnya berhenti.  Saya apa lagi... dengan wajah garang merenung kepada pemandu kereta tersebut (garang juga saya ni), terus kereta tersebut berhenti mengejut!  

"Cik abang... kalau iya pun nak cepat... tunggulah giliran ya.  Orang lain pun nak balik juga!", kata saya, tetapi di dalam hatilah... mana dia nak dengar pun.

Nota : Sudah banyak kali berlaku pada saya, itu yang saya geram.  Saya bukan pembuli jalanraya, tetapi saya juga bayar cukai jalan, ok...


Geram 2

Ketika sedang bekerja (ya.. waktu bekerja), telefon pejabat berbunyi.  Selalunya, telefon pejabat adalah untuk urusan rasmi (kadang-kadang telefon bimbit juga untuk urusan rasmi).  Terdengarlah suara yang lemak manis bersuara,

"Boleh bercakap dengan puan .... saya dari Hotel bla..bla... telah mendapat arahan dari pengurusan untuk memberikan status VIP Hotel bla.. bla... untuk puan " 

"Oh..saya tak berminat!", terus saya letakkan gagang, maaflah...saya tengah berserabut... lupa segala sopan santun yang ada.  Hehehe

Tiba-tiba, berbunyi lagi...ingatkan dari rakan sepejabat.

"Boleh bercakap dengan Pn. .... (rakan sebilik saya).", macam suara sama saja....

"Ini dari Hotel lagi kan... dia tak de!"

Bagaimanalah saya tidak geram... sudahlah sebelum ini saya menerima bermacam-macam tawaran promosi video panas, insurans, hotel, bla..bla., sekarang ini, telefon pejabat pula?  Aisey... ini yang geram ni.  Dari manalah mereka mendapat nombor telefon ni?  Tolong jawab sikit... 

Itu je.  Nak membebel sikit.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin