Monday, April 29

Lunyai huhuhu...

Proses restoration.... 



Kamus ini dihadiahkan oleh allahyarham bapak lebih dari dua dekad lalu.  Ketika itu, bahasa Inggeris saya adalah di peringkat pertengahan sahaja.  Ada ketika hampir kecundang kerana bahasa itu menjadi halangan yang paling besar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di mana bahasa pengantarnya adalah bahasa Inggeris.  Kamus ini menjadi sahabat akrab ketika itu.  Ketika balik ke kampung semasa kursus persediaan, bapak akan cuba bersembang di dalam bahasa Inggeris, katanya sebagai persediaan kepada saya.  Walaupun bapak tidak berpelajaran tinggi, tetapi kerana bapak mendapat kesempatan mendapat pendidikan formal di sekolah Inggeris, maka bahasa Inggerisnya lancar.  Ketika bapak menjadi pemandu teksi, pelancong dari luar negara memuji kefasihan bapak berbahasa Inggeris, cuma anaknya saja tidak pandai!

Saya masih menggunakan kamus ini sehingga kini. Anak saya yang berumur 11 tahun itu telah diajar melihat kamus dari tahun 1 lagi, kamus Bahasa Inggeri - Melayu, Melayu - Bahasa Inggeris.  Setahun dua ini saya menyerahkan kamus ini kepadanya untuk melihat maksudnya.  Sekejap saja, lunyai!

sudah elok semula....

Tulisan tangan bapak masih kekal di situ, dulu kini dan selamanya.

Edisi terkini 1990

Rindukan bapak.... :( :( :(

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin